Posts

KHAULAH BT. AZUR/AZWAR/AZUAR Srikandi Perang Yarmuk

Image
Bismillahirrahmaanirrahiim   Berdepan Dengan Pasukan Rumawi           Berita tentang kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam di bawah  pimpinan Khalid bin Walid, si Pedang Allah dalam pertempuran menentang kaum kafir penyembah api di daerah Parsi, semakin menguatkan pendirian Khalifah Abu Bakar untuk mengutus pasukan Islam yang dipimpin oleh panglima yang gagah berani itu, kerana pasukan Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah tidak berdaya melakukannya.             Pemerintah dari khalifah ini segera dilaksanakan oleh Khalid bin Walid dengan penuh patuh dan disiplin, lantas beliau dengan penuh semangat juang memimpin pasukannya menuju utara Makkah. Peristiwa ini terjadi pada tahun 13 Hijrah.           Berita pergantian panglima perang Islam ini sampai kepada Kaisar Hiraclius, pemimpin Rumawi ketika itu. Berita ini amat mengejutkan beliau, se...

PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT

Image
bismillahirrahmaanirrahiim SEMUA MAKHLUK PASTI MATI Semua makhluk yang hidup pasti mati, baik yang berupa manusia, binatang, jin, syaitan dan malaikat. Mereka ini tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah Subhanahu wa taala. Allah berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 185 , ertinya : " Setiap jiwa itu merasakan kematian ". Adakah kita tahu bila kita akan mati? Tentu sekali tidak. Itu semua ditentukan oleh Allah s.w.t. Ada orang mati muda dan ada pula yang mati tua. Walau di mana sahaja kita berada, kita pasti mati. Yakni kita tidak dapat melarikan diri dari mati. Firman Allah dalam Surah An-Nisa; ayat 78, ertinya : "Di mana sahaja kamu sekalian berada, pasti kamu sekalian akan dicapai oleh kematian itu sekalipun kamu berada di dalam gedung-gedung yang tinggi. "  HAKIKAT MATI  Ramai sekaliorang yang takut mati. Ramai juga orang yang ingin mati cepat dengan membunuh diri. Kedua-dua ini salah dan tidak dibenarkan sama sekali oleh agama Islam. Bila data...