CALON PENGHUNI SYURGA

bismillahirrahmaanirrahiim Terkabul doa seorang ibu gambar hiasan TERSEBUT sebuah kisah pemuda yang dihormati masyarakat desanya. Setiap orang mencintainya bukan kerana dia seorang yang miliki nama yang baik, punyai darjat yang tinggi dan tidak pula memiliki harta yang melimpah tetapi kerana dia memiliki akhlak dan banyak amal solehnya. Ibunya tersangat bahagia mempunyai anak seperti itu. Walaupun hidupnya sederhana namun anaknya yang memiliki akhlak yang mulia itu sudah mencukupi untuk memberi ketenangan dalam rumah tangganya. Oleh kerana itulah ibunya agak keberatan melepaskan anaknya menuntut ilmu ke rantau orang yang jauh dari desanya. Pada suatu hari anaknya sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Makkah. Hasratnya ingin menuntut ilmu di negeri yang mempunyai sejarah yang agung. Tentu saja ibunya sangat keberatan untuk membenarkan anaknya pergi merantau ke negeri orang. Betapalah perginya itu bukan cukup dua tiga minggu bahkan bertahun di sana. "Anakku!"...