CALON PENGHUNI SYURGA
bismillahirrahmaanirrahiim
Terkabul doa seorang ibu
TERSEBUT sebuah kisah pemuda yang dihormati masyarakat desanya. Setiap orang mencintainya bukan kerana dia seorang yang miliki nama yang baik, punyai darjat yang tinggi dan tidak pula memiliki harta yang melimpah tetapi kerana dia memiliki akhlak dan banyak amal solehnya.
Ibunya tersangat bahagia mempunyai anak seperti itu. Walaupun hidupnya sederhana namun anaknya yang memiliki akhlak yang mulia itu sudah mencukupi untuk memberi ketenangan dalam rumah tangganya. Oleh kerana itulah ibunya agak keberatan melepaskan anaknya menuntut ilmu ke rantau orang yang jauh dari desanya.
Pada suatu hari anaknya sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Makkah. Hasratnya ingin menuntut ilmu di negeri yang mempunyai sejarah yang agung. Tentu saja ibunya sangat keberatan untuk membenarkan anaknya pergi merantau ke negeri orang. Betapalah perginya itu bukan cukup dua tiga minggu bahkan bertahun di sana.
"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam yang hening. "Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau merantau ke Makkah. Engkau kasihanilah ibumu yang telah tua ini. Apakah engkau tergamak untuk tinggalkan ibu seorang diri! Dari itu batalkan sajalah niatmu itu" nasihat ibu penuh harap.
Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tidak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Makkah. Nasihat ibunya tak diindahkan lagi. Sekarang tinggallah ibunya bersendirian di rumah penuh kesepian dengan deraian air mata. Hatinya bertambah derita bila mengingati anaknya yang tidak memperdulikan nasihatnya itu.
"Ya Tuhan," demikian ibunya merintih. Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan!" Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.
Anaknya pada waktu itu telah sampai ke Makkah. Dengan bersungguh-sungguh ia menuntut ilmu dan mengerjakan ibadah di negeri itu. Pada suatu malam telah berlaku kejadian kecurian di negeri itu. Ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah.
Pencuri itu larilintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya selalu dan dapat diekori oleh tuan rumah. "Ah! Celaka aku, jika aku tidak mencari akal," bisik pencuri itu di dalam hati. "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri".
Kebetulan di masjid dilihatnya ada orang sedang berzikir. Dengan khusyuk sekali lantas dia berteriak-teriak sambil menunjuk-nunjuk ke arah orang yang berzikir itu. "Pencuri-pencuri..," teriaknya dengan keras sekali.
Tuan rumah ketika sampai di masjid lantas saja menangkap orang yang disebut pencuri itu. Tanpa berfikir panjang lagi dia diheret dan dihadapkan kepada raja negeri itu. Setelah mahkamah bersidang dan menghukumkan pemuda itu dipotong tangan, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintah supaya hukuman itu dilakukan di hadapan khalayak ramai.
"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang", kata pegawai raja itu sepanjang jalan. Sewaktu pemuda itu dibawa lalu di hadapan pasar berkatalahorang yang dituduh mencuri itu kepada pegawai raja, "wahai pegawai! janganlah engkau berkata begitu tetapi katakan begini : Inilah balasannya kalau orang itu menderhakai kepada ibunya. Ayuh! katakanlah begitu!"
Para pegawai yang mengiringi pemuda itu berasa hairan sekali mendengarkan saranan yang dikatakan oleh orang itu. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah disiasat lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencuri. Para pegawai pun membebaskan dan menghantarkan pemuda itu ke rumah ibunya.
Ketika sampai di rumah ibunya para pegawai terdengar ibunya berdoa : "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara yang berpura-pura menjadi pengemis, " Ya, tuan berilah hamba sedekah".
"Datanglah ke sini mendekati pada pimtu itu", terdengar suara dari dalam. "Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki", jawab anaknya. "Kalau begitu hulurkan saja tanganmu", jawab ibunya dari dalam. "Tuan maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong".
"Jika demikian bagaimana aku dapat memberitahumu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya. "Tuan jangan khuatir sebab kedua belah mata hamba telah buta", jawab anaknya.
Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebenarnya ialah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan tiba-tiba pengemis merendahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.
"Ibu... maafkanlah ibu! Sebenarnya hamba ialah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, hamba terasa berdosa kepada ibu, maafkanlah saya ibu". Ibunya yang telah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata :
"Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah saya maafkan. Tetapi sungguhmengerikan siksa anakku ini Ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya! Tuhanku, akhirnya hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi".
Begitulah akhirnya sebuah kisah yang berlaku di zaman dahulu. Akibat deritany nasib seorang anak yang derhakai terhadap ibunya dan ibu yang kurang redha kepada anaknya di dalam mencari ilmu. Oleh itu cukuplah kisah ini menjadi pengajaran yang boleh memperbaiki akhlak mulia terhadap kedua ibu bapa kita semoga di kurniakan kita bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Pengembala unta yang terkenal di langit
Pada zaman dahulu ada sebuah kisah seorang hamba Allah yang hidup penuh dengan taqwa serta zuhud terhadap kehidupan dunia. Nama beliau ialah Uwais Al-Qarni. Ia hidup dengan memelihara unta-unta kepunyaan saudara kandungnya di daerah yang bernama Qarni.
Pada suatu hari ketika Uwais berdiri seorang diri ia menerima khabar berita mengenai Rasulullah SAW yang ketika itu sedang menghadapi peperangan Uhud. Uwais mendapat khabar bahawa gigi Rasul telah tanggal dalam pertempuran itu. Ini membuatkan Uwais berasa amat sedih dn terharu sekali.
Bagaimana pun setelah beliau memperoleh khabar itu, Uwais pun mencabut sebatang giginya untuk merasai sendiri batapa sakitnya sebagaimana apa yang Rasulullah rasai betapa pedihnya tanggal gigi itu. Demikianlah betapa besarnya cinta Uwais terhadap Rasulullah.
Menurut sejarah, hanya sekali Uwais dapat berjumpa dengan Rasulullah, ketika itu Rasululah hendak berangkat keluar. Oleh kerana Uwais bukan sahaja menjaga unta-unta abangnya, dia juga terpaksa menjaga ibunya yang telah tua. Ini membuatkan Uwais tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah dan berdamping dengannya. Tapi dia menerima keadaan itu ditambah dengan kedudukan kampungnya yang jauh dari kota Madinah.
Suatu hari beliau telah dapat mengunjungi rumah Rasulullah, tetapi alangkah malangnya ketika itu, Rasulullah tiada, jadi dia hanya meninggalkan pesan kepada Ummul Mukminin bahawa ia akan datang lagi menemui Rasulullah. Apabila Rasulullah SAW pulang, baginda pun bertanya "Adakah sesiapa yang datang hendak menemuinya". Isteri Rasulullah pun menyampaikan pesanan Uwais. "Adakah engkau melihat wajahnya?" tanya Rasulullah. Maka jawab Ummul Mukiminin Siti Aisyah, "Saya hanya melihat belakangnya saja." Maka berkata Rasulullah SAW, "Engkau akan masuk syurga kerana memandangnya".
Ketika Rasulullah SAW sedang berada di akhir hayatnya, baginda telah memesan agar baju yang sedang dipakainya itu diberikan kepada Uwais. Saidina Ali dan Saidina Umar pun bertanya kepada orang yang ramai kiranya ada di antara mereka yang berasal dari Qarni. Seorang lelakitampil ke hadapan lalu menyatakan kesanggupan membawa kedua orang sahabat itu ke wilayah Qarni.
Tidak lama kemudian setelah berjalan berbatu-batu jauhnya, mereka pun sampailah ke wilayah Qarni. Mereka pun bertanya kepada orang-orang di desa itu di mana rumah nama orang yang dicari itu, penduduk kampung itu sungguh terperanjat. Mereka tidak menyangka kedua orang tokoh sahabat besar Rasulullah ingin berjumpa dengan seorang pengembala unta yang serba dhaif serta tidak dipedulikan orang langsung.
Apabila mereka sampai di tempat Uwais berada, mereka lihat ia sedang bersolat. Setelah ia selesai bersembahyang Uwais pun berkata : "Sesungguhnya inilah pertama kali orang melihat aku bersembahyang". Kedua orang sahabat itu pun memperkenalkan diri masing-masing setelah memberi salam kepadanya. Mereka kemudiannya menyampaikan Rasulullah SAW dan menyuruh Uwais mendoakan keampunan untuk para umat Nabi Muhammad SAW. Di atas permintaan mereka, Uwais dengan rendah diri hati menunaikannya.
Kemudian mereka pun bertanya kepadanya, "Kiranya tuan sangat mencintai Muhammad SAW, kenapa tuan tidak selalu menziarahinya ketika ia masih hidup. Uwais enggan menjawab melainkan ia bertanya pula sama ada mereka turut menyertai baginda dalam peperangan Uhud. Kiranya mereka benar bertempur apakah mereka tahu gigi Rasulullah SAW yang mana satukah yang tanggal dalam peperangan itu. Saidina Umar benar-benar tertarik dengan pemuda yang sangat sederhana lagi teramat warak lalu meminta Uwais mendoakannya. Maka Uwais pun berkata :
"Hai Umar! Aku bersembahyang dan mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk sekalian kaum Muslimin pada setiap sembahyangku. Kiranya engkau banar-benar bertaqwa kepada Allah dan mentaati ajaran RasulNya engkau akan terima berkat doaku di akhirat kelak. Saidina Umar lalu berkata : "Aku sedia memberikan kedudukan khalifahku kiranya engaku terima hajatku." Lalu Uwais pun menjawab, "Siapakah yang mahu menerimanya? Tiada siapa yang akan menerimanya sekalipun engkau menyerahkan dunia dan seisinya kepadaku."
Dua orang sahabat besar Rasulullah SAW itu dengan perasaan kagum dan terharu setelah meneui orang yang disebutkan oleh baginda itu. Uwais orang yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit.
BALASAN KEPADA ORANG SOLEH
Pada zaman dahulu hiduplah seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Ia juga terkenal seorang yang sangat jujur dalam percakapan maupun perbuatannya.
Nama pemuda itu ialah Abu Salih. Dia tinggal di sebuah kota kecil berhampiran kota Jilan dalam negeri Farsi. Beliau juga berketurunan dari Saidina Hassan bin r.a. iaitu cucu Rasulullah SAW.
Abu Salih adalah seorang pemuda yang gear beribadat , luas ilmunya serta hatinya tidak tertarik pada kesenangan dunia. Beliau suka mengasingkan diri dan duduk beruzlah serta bermunajat kepada Allah SWT.
Pada suatu hari sedang ia duduk di tepi sungai sambil memikir dan melihat kebesaran Allah, tiba-tiba ia ternampak sebiji buah epal sedang hanyut dibawa arus sungai itu. Kebetulan Abu Salih belum lagi makan apa-apa pada hari itu dan perutnya benar-benar terasa lapar. Tanpa berfikir panjang lagi ia terus mengambil buah epal yang sedang hanyut itu lalu dimakannya. Baru setengah ia makan buah epal itu barulah ia sedar kesilapannya. Ia telah berbuat dosa kerana telah mengambil makanan yang bukan haknya.
Oleh kerana Abu Salih adalah seorang yang kuat berpegang pada agamanya, ia merasa bimbang kerana mengambil sesuatu yang bukan miliknya dan dia takut perbuatannya itu akan dipersoalkan di akhirat nanti. Lantas ia pun bangun untuk mencari tuan punya pokok buah epal itu. Dia ingin memberitahu akan keterlanjuran perbuatannya serta minta dihalalkan buah yang telah dimakan itu.
Beliau pun berjalanlah mudik ke hulu sungai, sedang ia berjalan nampak olehnya dahan pokok-pokok epal berjuntai ke muka sungai tersebut. Kelihatan banyak buah-buah epal yang jatuh ke dalam sungai dan dibawa arus. Kini ia sedar sudah tentulah buah epal yang dimakannya tadi datangnya dari salah sebatang dari pokok yang tumbuh di tebing sungai. Maka ia pun berjalan untuk mencari tuan punya pokok-pokok epal.
Tidak lama kemudian sampailah Abu Salih ke sebuah rumah yang sederhana besarnya. Katanya dalam hati, tuan rumah ini sudah tentulah yang empunya pokok-pokok epal tersebut. Tuan punya rumah itu bernama Abdullah Sawmai, seorang alim dan warak terkenal di bandar tersebut.
Setelah memberi salam dan masuk berjumpa orang tua itu maka Abu Salih pun memberitahu apa yang telah berlaku lalu meminta maaf akan kesalahannya. Orang tua itu memberi syarat dan sedia memaafkannya sekira Abu Salih sanggup tinggal dan bekerja dengannya selama dua belas tahun. Abu Salih yang lurus itu bersetuju kerana memikirkan kesalahan yang telah dilakukan dan sejak itu tinggallah ia di rumah Abdullah Sawmai. Ia melakukan kerja-kerja harian di rumah dengan mengangkut air dan membersihkan ladang serta kebuan orang tua itu.
Setlah dua belas tahun ia memperhambakan diri di rumah Abdullah Sawmai, maka pada suatu hari ia pun pergi berjumpa dengan orang tua itu dengan tujuan untuk meminta maaf sekali lagi. Tetapi orang tua itu telah mengenakan syarat yang kedua lalu berkata :
"Aku sedia memaafkan engkau dengan syarat kau besetuju berkahwin dengan anak gadisku yang buta, pekak dan cacat anggotanya."
"Wah! bukan main berat syarat yang dikenakan ke atas diriku," kata Abu Salih dalam hatinya.
Termenung ia memikirkan syarat itu, tapi ia menganggap satu ujian dan cubaan dari Allah untu menuji kesabarannya dan keimanannya. Mungkin Allah mahu membersihkan dosa-dosanya, akhirnya dengan rela hati Abu Salih menyetujui syarat permintaan Abdullah Sawmai.
Kini tibalah masanya Abu Salih dipertemukan dengan isterinya. Ia pun masuk ke dalam bilik peraduan tempat isterinya menunggu. Alangkah terperanjatnya apabila ia dapati wanita yang berada dalam bilik itu tidak pekak, buta atau cacat sepertimana diberitahu oleh bapa mertuanya.
Sebaliknya perempuan yang berada di dalam bilik itu adalah seorang gadis yang sangat jelita yang tidak pernah ditemui gadis secantik itu seumur hidupnya. Abu Salih menyangka ia tersalah bilik atau wanita itu bukan isterinya, lantas ia berlari keluar mendapatkan bapa mentuanya untuk mendapatkan kepastian.
Abdullah Sawmai hanya tersenyum memerhatikan gelagat Abu Salih samil berkata :
"Masuklah ke dalam bilikmu, itulah isterimu yang sebenar. Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab ia belum pernah melihat lelaki lain selain ayahnya. Dia itu aku katakan pekak kerana ia belum pernah mendengar sebarang kta nista dan aku katakan dia cacat kerana di belum pernah membuat sebarang dosa."
"Mungkin inilah balasan Allah terhadapku kerana sabar menghadapi ujian yang Allah timpakan," kata Abu Salih dalam hatinya.
Semenjak hari itu hiduplah Abu Salih dengan isterinya yang solehah yang bernama Ummu Khair Fatimah dengan penuh bahagia dan aman damai. Mereka juga dikurniakan dengan keturunan yang baik-baik dan soleh-soleh belaka.
AZAB ORANG BAKHIL
Kisah ini diceritakan oleh Sayidatina Siti Aisyah bahawa pada suatu hari seorang gadis berjumpa Rasulullah S.A.W. Kehadirannya di hadapan Rasulullah S.A.W. dengan wajah yang sedih seolah-olah ada sesuatu yang menyusahkan hatinya.
Sampai saja di hadapan Rasulullah S.A.W tangannya dipegang oleh Rasulullah S.A.W. Bila tangannya diangkat, gadis itu terasa begitu sakit. Bila sahaja Rasulullah S.A.W melihat telapak tangan kanannya warna kehitam-hitaman nyatalah tangan kanan gadis itu sakit.
Lantaran itu, gadis yang tangannya sakit itu berkata, "Wahai Rasulullah, tolonglah saya. Tangan saya ini sakit tak tertahan. Sudilah kirany wahai kekasih Allah doakan agar sakit tangan saya ini segera sembuh.
Rasulullah S.A.W diam sebentar, sambil memerhatikannya dengan penuh hiba. "Hai Jariah!" segera Rasulullah S.A.W bertanya. "Apa sebab tangan kamu sampai terbakar?". Gadis itu pun berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya malam tadi saya bermimpi dan tersedar dari mimpi dan bangun dari tidur, saya lihat tangan kanan saya terbakar seperti ini".
"Kalau begitu, ceritakan kepada saya mengenai mimpi kamu itu", perintah Rasulullah S.A.W. "Malam tadi saya bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiba. Dunia menjadi goncang, gunung-ganang berterbangan begitu mengerikan dan keadaan itu tidak pernah saya lihat selama ini. Terlihat pula orang yang menjadi penghuni neraka jahim yang menjulang-julang api-nya," terang gadis itu.
Dia menyambung ceritanya lagi, "Di tempat lain pula, saya lihat syurga terbuka luas. Bila saja saya melihat ngerinya api neraka jahim itu menyebabkan saya jatuh pengsan. Setelah saya sedar, saya lihat lagi adanya jurang-jurang neraka yang sangat menakutkan. Alangkah terkejutnya saya menyaksikan ibu ada di dalam jurang neraka itu. Keadaannya sungguh menyedihkan. Tentu sekali saya hairan kerana tempat itu tidak layak dengan amalnya di dunia".
"Bagaimana keadaan ibumu ketika di dunia?" tanya Rasulullah S.A.W. Gadis itu pun menjawab, "Ibu saya ya Rasulullah adalah seorang yang taat beribadah, berbakti kepada semuanya dan selalu sabar. Tidak pernah dimarahi oleh ayah kerana tingkah laku ibu yang menyenangi dan mentaati ayah."
"Tetapi apa sebabnya ibumu sampai berada di dalam neraka yang azab itu?" tanya Rasulullah S.A.W lagi. "Kemudian ya Rasulullah, saya pun menanyakan kepada ibu sebab dirinya sampai masuk ke tempatyang hina itu. Maka kata ibu dalam mimpi saya itu bahawa tempat neraka yang dihuninya itu adalah untuk orang orang yang bakhil sewaktu di dunia. Hanya secarik kain dan sepotong lemak yang dibawanya di mana barang itu pernah di sedekahkannya di dunia dulu. Hanya sedekahnya itu sahajalah ibuku dapat berlindung dari azab neraka itu. Lamu saya bertanya ibu dimanakah ayah. Ibu kata ayah di sebelah sana dan tempatnya di syurga".
"Saya pergi ke tempat ayah berbahagia. Di sana saya dapati ayah sedang memberi minuman kepada teman-temannya. Air yang ada di dalam gelas itu diambil dari tangan Sayidina Alai, Sayidina Ali pula mengambil gelas itu dari tangan Sayidina Umar, Sayidina Umar mengambil gelas itu dari tangan Rasulullah S.A.W, " ceritanya.
Gadis itu menyambung kisahnya, "Ayah! Mengapa ibu tidak ayah beri minum sedangkan ayah sendiri beri minum kepada orang lain? "Benar anakku", jawab ayah. "Sesungguhnya ibumu ada di tempat golongan orang yang bakhil, orang-orang maksiat dan orang yang dimurkai oleh Allah. Oleh kerana itu, Allah telah mengharamkan mereka minum dari telaga Rasulullah S.A.W ini.
"Ya Rasulullah, ketika saya mendengar jawapan ayah lantas saya mengambil segelas air dari telaga itu untuk diberikan kepada ibu. Ketika ibu sedang minum keluar suara yang menakutkan. Allah membakar tanganku yang telah memberi minum kepada orang yang melakukan maksiat dan orang yang bakhil dari air telaga Rasulullah S.A.W", terang gadis itu.
Suara yang bergema dan menakutkan itu menyebabkan dia tersedar dari mimpi dan bangkit terus dari tidur. Setelah itu Rasulullah S.A.W menceritakan semula apa yang telah dimimpikan oleh gadis itu bahawa sifat bakhil ibunya itu telah membuatkan dirinya sengsara di dunia dan keadaannya begitu azab di akhirat.
Keudian Rasulullah S.A.W meletakkan tongkatnya di tangan gadis yang terbakar itu sambil berdoa, "Ya Allah, demi mimpi yang telah diceritakan oleh gadis ini, semoga Allah menjadikan baik dan sembuhkan tangan hambaMu ini."
Setelah Rasulullah S.A.W mendoakannya, sembuhlah keadaan tangannya seperti sediakala dengan izin Allah S.W.T. Dengan itu fahamilah kita bahawa orang bakhil, orang yang selalu mementingkan diri sendiri, orang yang suka melihat orang lain menderita dengan mengumpul harta untuk kesenangan sendiri hingga lupa untuk membelanjakannya pada jalan Allah S.W.T. maka termasuk mereka dalam cerita tadi.
Mudah-mudahan kita terhindar dari sifat itu yang menyebabkan kita mendapat azab yang pedih di akhirat dan selalulah kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan bertolong bantu dalam mengerjakan amar-makruf dan nahi-mungkar.
RINDU PEMUDA LUMPUH
ALANGKAH terharunya Rasulullah S.A.W. mendengar keinginan seorang yang lumpuh tetapi memiliki iman yang kuat. Ia adalah seorang lelaki penduduk kota Madinah yang mengidapi penyakit lumpuh di kakinya hingga menyebabkan dia tidak dapat bergerak dan berjuang bersama Rasulullah S.A.W.
Imannya yang kuat selalu mendorong dirinya untuk menyertai perjuangan Rasulullah S.A.W. sebagai seorang yang mahu mati syahid tetapi tenaganya tidak ada. Muqad, demikianlah ahli hadis menyebutkan dirinya iaitu orang yang tidak dapat berjalan kerana menderita lumpuh.
Terpaksa dia duduk sahaja sepanjang hari dan malam, namun kecintaan dan kerinduannya pada Allah dan Rasul berkobar-kobar di hatinya. Sungguhpun keadaannya demikian rupa, dia tidak sunyi mendengar dan mengetahui perkembangan Islam dan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabatnya yang lain.
"Bawalah aku ke pinggir jalan yang dilalui Rasulullah S.A.W. bila baginda pergi ke masjid," demikian dia menyuruh keluarganya. Dapatlah dibayangkan betapa rindunya dia hendak melihat wajah Rasulullah S.A.W., kalaupun tidak melihat wajahnya cukuplah dengan mendengar suaranya.
Harapan ini diijabkabulkan oleh keluarganya. Ia dibawa ke pinggir jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah S.A.W. Sudah tentu tidak akan dapat bertemu secepat mungkin sebab dia sudah sampai tetapi Rasulullah S.A.W. belum lagi lalu. Dan bagi menunggu itupun sudah menyejukkan perasaannya dan menghilangkan rasa rindu pada Rasulullah S.A.W.
Semua ini diketahui oleh Rasulullah S.A.W. sehingga baginda lalui jalan yang ditunggu oleh lelaki lumpuh itu, Rasulullah S.A.W. mengucap salam kepadanya. Begitu rianglah hatinya tiada terkira bila sahaja Rasulullah S.A.W. mengucap salam kepadanya.
Bila sudah bertemu dengan Rasulullah S.A.W. maka keluarganya ingin membawanya pulang. Pulangnya ke rumah dengan hati yang gembira dan menyuburkan lagi imannya kepada Allah S.W.T. Pergi dan pulang selalu Rasulullah S.A.W. memberi salam kepadanya, bila baginda melihat Muqad masih ada di jalan yang dilaluinya itu.
Muqad berjanji kepada keluarganya, "Selepas ini dan demi Allah, aku tidak akan pulang lagi." Selama Rasulullah S.A.W. masih hidup saya tidak mahu pergi dari sini, sebab itu kamu dirikanlah Khushsh untukku."
Ia mengharapkan agar dapat didirikan Khushsh iaitu rumah dari kayu yang sederhana untuk berlindungan dirinya dari panas matahari dan debu-debu padang pasir yang berterbangan. Alangkah murninya hati Muqad dengan keadaannya yang lumpuh.
Keluarganya pun menunaikan permintaannya sehingga terdirilah pondok di pinggir jalan yang dilaui oleh Rasulullah S.A.W. Mulailah Muqad menginap pondok yang bertiang pelepah tamar dan berdindingkan kulit-kulit kambing dengan hati yang gembira.
Rasulullah S.A.W. mengetahui keinginan hati nurani Muqad yang begitu rindu padanya. Setiap kali Rasulullah S.A.W. lalu di jalan itu, baginda singgah sebentar dan memberi salam padanya sebagai menyenangkan hatinya dalam keadaan dirinya yang uzur itu.
Bukan sahaja Rasulullah S.A.W. memberi salam padanya malah Rasulullah S.A.W. sendiri menghantar makanan untuknya. Ini menyebabkan Muqad bertambah kasih kepada Rasulullah S.A.W. tidak terhingga rasanya. Perlakuan Rasulullah S.A.W. menyebabkan dia sendiri lupa dengan penderitaan yang dialaminya selama ini. Itulah ubat baginya.
Demikianlah berlalu hari demi hari dan bulan demi bulan. Sampai pada suatu saat, pada ketika semuanya terhenti dengan meninggalkan kesan-kesan yang mengharukan dan hiba apabila mendengar kematian Muqad.
Kematiannya ini diberitahu kepada Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. pergi menziarahi jenazahnya dengan penuh kehibaan. Beberapa orang ikut bersama baginda untuk melepaskan hamba Allah yang dikasihinya ini ke alam barzakh, seorang diri.
"Seorangpun tidak boleh mendekati tempatnya melainkan saya," kata Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya. Rasulullah S.A.W. segera masuk sedang sahabat yang lain berada di luar sahaja. Malah mereka ingin agar segera dibolehkan masuk melihat mayat Muqad yang mempunyai jalan hidup sendiri.
Sewaktu Rasulullah S.A.W. ke dalam tempat Muqad dilihatnya malaikat Jibril sudah ada di sisinya. Barangkali inilah sebabnya Rasulullah S.A.W. belum mengizinkan sahabat ikut masuk bersamanya.
"Wahai Rasulullah! Sekiranya engkau tidak datang, maka kamilah yang akan menguruskan jenazahnya. Tetapi kerana engkau sudah datang maka engkaulah yang lebih utama menguruskannya," demikian kata Jibril kepada Rasulullah S.A.W.
Akhirnya Rasulullah S.A.W. menguruskan jenazah Muqad, memandikan, mengkafan, menyembahyang dan mengkebumikannya ke dalam lahat. Berangkatlah Muqadmenuju ke alam baqa dengan iman yang terbina di dalam jasadnya yang lumpuh.
Rasulullah S.A.W. memperlihatkan kasih dan cinta kepadanya dalam bentuk lain dari yang lain. Sebab Muqad ini adalah orang yang mengalami lumpuh jasmani, tetapi imannya tidak lumpuh. Dengan iman yang tidak lumpuh itu dia mencintai Allah dan Rasul dan dengan itulah dia menghadap Allah S.W.T.
PESAN DARI ALAM KUBUR
SABAN Jumaat, Tsabit Al Banani menziarahi perkuburan. Sudah menjadi kebiasaannya, setiap kali menziarahi kubur, beliau bermunajat kepada Allah S.W.T. hingga ke subuh.
Pada suatu hari beliau tertidur di atas tanah perkuburan. Dalam tidurnya dia telah bermimpi melihat seluruh ahli kubur masing-masing dengan berpakaian putih lagi bersih.
Setiap ahli kubur membawa makanan beraneka jenis yang lazat-lazat. Ada di antara ahli kubur itu, dia melihat keluar dari kubur dengan keadaan pucat lesi. Rambutnya kusut dan perasaannya gelisah selalu.
Ahli kubur itu adalah seorang pemuda. Dia berjalan tunduk ke bumi. Di wajahnya mengalir air mata dan di tangannya tidak ada apa-apa makanan yang dibawa. Tetapi ahli-ahli kubur yang lain, kembali semula ke kubur mereka dengan perasaan sukacita. Cuma pemuda itu saja yang terus berduka.
"Orang muda, siapakah engkau dari golongan ahli kubur tadi?" tanya Tsabit.
"Semua ahli kubur telah memperolehi hidangan yang lazat tetapi aku lihat kamu tidak membawa apa-apa. Yang aku rasa pelik lagi, bila kamu kembali dengan perasaan gelisah," kata Tsabit.
Pemuda yang berduka itu pun berkata, "Wahai Imam Muslimin, antara semua ahli kubur itu akulah perantau. Tidak ada dalam dunia ini yang ingin membuat kebaikan untukku, bahkan mereka tidak mahu mendoakan aku."
Hati Tsabit rasa hiba bila mendengar pengaduan pemuda itu. Pemuda itu sambung katanya lagi, "Ahli kubur yang lain semuanya mempunyai anak-anak saudara, keluarga serta sahabat handai. Mereka sering berdoa, membuat kebaikan serta bersedekah pada setiap malam Jumaat. Pahalanya terus ditujukan kepada mereka di alam kubur.
Tsabit mula mengalirkan air matanya, bila mendengar kisah lanjutdari pemuda itu. Walaupun pemuda itu lihat Tsabit bersedih, dia tetap menyambung kisahnya.
"Sewaktu di dunia aku telah menunaikan haji bersama-sama ibuku. Tapi, setelah aku berhijrah ke alam kubur ini, ibuku telah berkahwin dengan lelaki lain. Setelah ibuku kahwin, ia lupa padaku. Ibuku lupa untuk mendoa dan sedekahkan fatihah padaku."
Pemuda itu bercerita lagi,"Aku telah berputus asa dari rahmat Allah dan sentiasa bersedih sepanjang hayatku."
Tsabit mencelah, "Wahai pemuda, khabarkanlah kepadaku di mana tempat tinggal ibumu itu. Aku akan ceritakan pada ibumu nasib kamu saat ini."
"Kalaulah begitu hajatmu wahai saudaraku maka aku tunjukkan di mana tempat tinggal ibuku di dunia sana. Ceritakan padanya bahawa di dalam bajunya ada wang seratus misqal warisan dari ayahku. Wang itu adalah milikku. Bila kamu tanya wang itu, nanti ibuku akan ingat untuk menunaikan hajat ayahku," terang pemuda itu dengan penuh harapan.
Selesai saja pemuda itu berkata, Tsabit pun terjaga dari tidur. Tsabit bingkas bangun dan terus mencari tempat tinggal ibu pemuda di alam kubur itu.
Akhirnya Tsabit bertemu dengan ibu pemuda itu dan menceritakan kisah sebenar mengenai anaknya di alamkubur saat ini. Mendengarkan cerita Tsabit, ibu itu rebah ke bumi. Ibu pemuda itu pengsan buat seketika waktu.
Sedar dari pengsannya, segera diberikan wang sebanya seratu misqal kepada Tsabit untuk disedekahkan. Malam Jumaat berikutnya Tsabit tidur dan bermimpi bertemu semula dengan pemuda itu.
Wajah pemuda itu berseri-seri dan gembira dia dapat bertemu lagi dengan Tsabit. Dia berkata, "Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihani kamu sebagaimana kamu mengasihani diriku."
CALON PENGHUNI SYURGA
ADA seorang lelaki yang tinggal di kota Makkah, terkenalnya beliau kerana mempunyai paras muka yang cantik dan janggutnya pula tersusun rapi. Pada suatu malam dia diperkenalkanoleh Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya dalam majlis agama.
Rasulullah S.A.W berkata, "Saya nak tunjukkan kepada kamu malam ini ialah seorang calon penghuni syurga, sambil sahabat-sahabat yang hadir pada malam itu menoleh ke arah lelaki yang disebut oleh Rasulullah S.A.W itu.
"Lelaki ini adalah calon penghuni syurga !" kalimat yang amat menyenangkan itu diucapkan oleh Rasulullah S.A.W kepada lelaki itu. Mendengar ucapan Rasulullah S.A.W itu, Abdullah bin Umar yang hadir di majlis itu tertarik hati untuk mengetahui apa amalan yang enjadikan sebab lelaki itu dicalonkan sebagai penghuni syurga.
Kalaulah hendak dilihat pada lahirnya, lelaki itu tidak punya apa-apa keistimewaan. Malah, bila Rasulullah S.A.W ucap sahaja beliau calon penghuni syurga segera hendak pulang. Oleh kerana memandangkan Rasulullah S.A.W sebagai gurunya belum lagi berlalu dari majlis itu maka dia tidak sampai hati untuk berangkat lebih dahulu.
Adakah Rasulullah S.A.W berkata demikian satu gurau senda? Mustahil Rasulullah S.A.W berkata dengan sia-sia tetapi apa yang Rasulullah S.A.W kata itu adalah wahyu dari Allah S.W.T. Maka kata-kata Rasulullah S.A.W pada malam itu pastilah wahyu berdasarkan dari wahyu Allah S.W.T.
Sebabnya hanya Allah S.W.T. sahaja yang berhak menentukan seseorang itu masuk syurga atau masuk neraka. Rasulullah S.A.W ditugaskan hanyalah memberi petunjuk dari Allah S.W.T. dan menyampaikan larangan seperti larangan dari Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
Ungkapan syair Hassan ini tinggi mutunya, dalam maksudnya. Apalagi syair-syair itu merupakan wahyu Allah swt yang diperdengarkannya kepada musuh-musuh Rasulullah saw. Kerana itu Rasulullah saw rasa senang hati membuatkan mimbar untuknya. Dia atas mimbar itulah Hassan membacakan syair-syairnya kepada Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya yang lain.
Syairru Rasul, demikianlah gelaran Hassan bin Tsabit ini. Dengan kata-katanya yang indah dan berisi memaparkan ketinggian Islam dan kaum Muslimin. Dalam waktu yang lain pula untuk menangkis syair-syair musuh terhadap kesucian Islam.
Jasa Hassan bin Tsabit ini tidak kurang pentingnya dari pedang Khalid ibnu Walid. Rasulullah saw pernah mendoakan beliau : "Ya Allah, berikanlah kekuatan padanya dengan roh Qudus (Jibril)".
Dalam doa ini dapat dibayangkan betapa pentingnya Hassan bin Tsabit dalam perjuangan Islam. Terutamanya di zaman itu kedudukan syair ini mendapat tempat di kalangan bangsa Arab di waktu itu. Setiap suku dan puak merasa bangga dengan penyair-penyairnya.
Suatu kerugian dirasakan bila tidak ada di kalangan mereka ahli penyair yang boleh dibanggakan. Islam juga mempunyai penyair yang ulung dan agung seperti Hassan bin Tsabit.
Ketika penyair-penyair Bani Tamim menyampaikan kata-katanya, Hassan bin Tsabit menyampaikan kata-katanya. Hassan bin Tsabit belum sampai lagi. Rasulullah sangat memerlukannya kerana di sinilah Hassan bin Tsabit dapat memainkan peranannyabahawa Islam mampu menandingi syair-syair mereka yang penuh kesombongan itu.
Sementara menunggu kehadiran beliau, Utharid bin Hajib mengulangi syairnya. Dalam waktu itu Hassan pun tiba dan sempat mendengar syair-syair Utharid itu.
Hassan berdiri tegak, sedang bersedia menangkis kesombongan mereka. Berkumandanglah sejurus itu syair-syair Hassan bin Tsabit bagaikan air sungai yang mengalir menuju ke muaranya. Syair Hassan bin Tsabit bukan mahu menunjukkan bahawa dialah orang yang layak dan patut diagungkan, tetapi dia yang mengajak kepada setiap yang mendengar syairnya mengajak mengabdikan diri kepada Allah swt.
Dengarkanlah antara syairnya :
Sejak saat itu Bani Tamim telah mengakui kebesaran Islam dan mahu saja mengikuti perjuangan Rasulullah saw setelah mendengar Hassan bin Tsabit menyampaikan syair-syairnya.
Peranan yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, telah ramai di kalangan penyair-penyair Arab jahiliah di waktu itu mengakui kebenaran Islam. Inilah senjata yang digunakan oleh Rasulullah bila berhadapan dengan golongan sasterawan jahiliah waktu itu.
Walaupun Hassan bin Tsabit jarang sekali menyertai peperangan bersama Rasulullah saw namun dengan syairnya telah menyebabkan ramai Quraisy memeluk Islam. Kerana itulah Rasulullah saw meletakkan beliau dalam barisan perjuangan Islam.
SAUDAGAR MAJUSI YANG PEMURAH
Di zaman yang silam terdapat di sebuah negeri Farsi seorang saudagar yang pemurah. Namanya ialah Bahrum dan beliau beragama Majusi. Setiap hari julangan api yang disembahnya. Beliau begitu taat melaksanakan perintah ajaran agama Majusi yang dianutnya sudah sekian lama. Namun beliau dikenali bukan ketaatan kepada agamanya tetapi sifat dermawan yang dimilikinya.
Pada suatu malam di negeri itu, bermimpilah seorang guru yang warak iaitu Abdullah bin Mubarak. Dalam mimpinya beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dan memberi kata pesan untuk disampaikan kepada Bahrum yang dermawan itu.
Tersedar dari mimpinya, guru itu sangat hairan bila mengingatkan mimpinya itu. Beliau rasakan mimpi semalam itu belum pernah berlaku selama hidupnya. "Tak mungkin mimpi ini dusta," kata guru itu dalam hatinya.
Guru itu berkata lagi, "Setiap orang yang bermimpi Rasulullah adalah benar. Masakan syaitan boleh menyerupai Rasulullah. Mustahil itu boleh berlaku. Ertinya mimpiku ini memang benar yang tak perlu aku ragu lagi."
Keesokan harinya guru itu pergi ke kota Baghdad yang terletak di negeri Farsi untuk bertemu dengan saudagar Bahrum. Puas juga guru itu mencari rumah saudagar Bahrum tetapi berkat kesabaran dan bertanggungjawab terhadap pesan Rasulullah melalui mimpinya itu maka akhirnya beliau bertemu juga dengan saudagar Bahrum.
Apabila sesampai saja di muka pintu rumah saudagar Bahrum, guru itu semacam rasa pelik melihatkan suasana di dalam rumah saudagar itu. Dilihatnya seorang wanita muda yang sangat cantik asyik bersenda gurau dengan saudagar itu. Di sisinya pula terdapat ruang memuja dewa api orang Majusi.
Keraguan timbul di hati guru Abdullah bin Mubarak. Untuk meneruskan hajatnya dia lupakan saja ragu yang menerjah di hatinya. Dalam keadaan yang begitu rupa, pelayan saudagar itu mempelawa guru itu masuk ke ruang tamunya.
Setelah disilakan duduk maka berlakulah satu pertemuan yang mesra seolah-olah berduanya sudah kenal lama. Kasempatan kemesraan terjalin itu, guru Abdullah mengambil peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada saudagar Bahrum.
"Tuan Bahrum, adakah sesuatu kebaikan yang telah tuan lakukan?" tanya guru Abdullah.
"Ya," katanya ringkas saja lagu menyambung.
"Banyak sekali kebaikan yang saya lakukan. Dulu saya pernah menyelenggarakan suatu pesta besar-besaran untuk menghormati dewa api orang Majusi."
"Itu perbuatan musyrik menurut ajaranku," nafi di hati tuan guru itu. "Selain dari itu, apa lagi kebaikan yang telah tuan lakukan?" tanya tuan guru itu lagi.
"Masih banyak lagi kebaikan itu," sahut saudagar Bahrum. "Saya mempunya empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Kemudian aku kahwinkan sesamanya."
"Kalau begitu amal tuan, bagi agama saya haram melakukannya," tingkah guru itu kepada saudagar Bahrum.
"Kalau begitu saya ada amal yang lebih baik dari semua itu," sambungnya.
"Apakah amal yang tuan maksudkan itu? tanya guru Abdullah.
"Tuan guru Abdullah, saya mempunyai anak gadis yang cantik. Di seluruh negeri ini tidak ada lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami anak saya yang cantik itu. Sudah ramai orang datang melamar tetapi saya tolak semuanya kerana tidak sepadan dengan kecantikan anak saya. Padahal anak saya sudah besar remaja. Oleh itu saya mengahwininya."
Saudagar Bahrum menyambung kisahnya. "Tengah malam ketika tetamu saya semuanya dah pulang dan keadaan menjadi sunyi sepi, saya mula berangkat ke kamar tidur bersama anak saya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang seagama dengan tuan, berulang-alik keluar masuk rumah saya. Tingkah laku perempuan itu membuat saya rasa curiga."
"Mungkin perempuan itu pencuri agaknya," hati saya mengesyaki sesuatu pada perempuan itu. Keadaan itu membuatkan saya intainya. Tetapi perempuan itu telah berlalu dari situ," kata saudagar Bahrum.
"Saya tidak berdiam diri, lalu saya menjejaki perempuan itu hinggalah sampai ke rumah buruknya. Setiba di rumahnya kelihatan anak-anak kecil menyambut kepulangan ibunya yang mengharapkan membawa sesuatu untuknya,"
Ibunya penuh terharu dan hiba berkata kepada anak-anaknya, "Anak-anakku, ibu malu kepada Allah meminta sedekah kepada orang bukan Islam. Bukankah saudagar Bahrum itu seorang Majusi. Bersabarlah wahai anak-anakku. "Demikianlah ibu itu menenangkananak-anaknya yang sedang kelaparan.
Melihatkan peristiwa yang memilukan hati saudagar itu, menyebabkan beliau segera pulang mengambil makanan untuk diberikan kepada ibu dan anak-anaknya. Betapa syukurnya ibu dan anak-anaknya setelah makanan itu diberikan kepada mereka. Selepas itu hati saudagar itu tidak lagi curiga dan resah malah beliau gembira dengan perbuatannya itu.
Setelah mendengarkan kisah saudagar Bahrum itu maka berkatalah Tuan Guru Abdullah, "Itulah amal tuan yang sangat mulia di sisi Allah. Oleh sebab itu kedatangan saya membawa berita kepada tuan. Semalam saya bermimpi bertemu Rasulullah. Kemudian baginda pesankan pada saya untuk sampaikan salam pada tuan".
Mendengan tutur kata Tuan Guru Abdullah yang jujur itu menyebabkan saudagar Bahrum terus menyatakan keimanannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Lidah yang kelu dari kalimah syahadah dibaca dengan fasihnya.
Selepas dari peristiwa ini, dalam beberapa hari yang kemudiannya saudagar Bahrum jatuh pengsan dan terus menemui ajalnya. Kematiannya, Tuan Guru Abdullah rasa terkejut. Bergegas-gegas Tuan Guru Abdullah menuju ke tempat kematiannya dan beliau sendiri yang menguruskan jenazahnya hingga dikebumikan dengan penuh penghormatan dari hamba-hamba-Nya yang soleh.
Berbahagialah saudagar Bahrum kerana amalnya yang sedikit telah membawa hatinya sejahtera ke hadrat Allah SWT.
MAAFKAN ORANG YANG JUJUR
ADA seorang pemuda bernama Hassan. Keluarlah dia bermusafir dari kampungnya dengan menunggang unta. Setelah lama berjalan, dia rasa letih lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok, untuk berehat sebentar.
Setelah sedar dari tidurnya didapati unta tidak ada di sisinya. Lantas Hassan tergesa-gesa mencarinya. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya. Tetapi untanya tidak bernyawa lagi. Alangkah sedih dan marahnya Hassan melihatkan nasib untanya dmikian rupa.
"Pakcik yang membunuh unta ini," katanya kepada seorang tua yang berada di sisi bangkai unta itu, "Tetapi saya tidak sengaja membunuhnya," sambung orang tua itu.
"Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontarnya dengan batu kecil dengan tujuan supaya unta ini beredar dari situ. Batu yang pakcik baling itu kena di kepalanya. Lepas itu ia berpusing-pusing dan terus rebah ke bumi.
Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya. Hassan dalam keadaan bingung setelah tersentak dari tidurnya lantas terus mencabut pedangnya. Pedang itu dihayun ke arah orang tua itu dan terpisahlah lehernya dari badannya.
Hassan seolah-olah baru sedar dari mimpinya. Bila kejadian yang berlaku itu dilihatnya, alangkah menyesalnya kerana telah membunuh hamba Allah yang tidak berdosa. Dia kesal sungguh di atas perbuatannya. Lalu Hassan mencari keluarga si mati itu. Bertemulah dia dengan keluarga si mati dan menceritakan kisah yang sebenar berlaku terhadap si mati itu.
Dua orang anak lelaki si mati itu, tidak banyak bicara terus dibawa Hassan menghadap Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan didakwa di mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri menjadi hakim di atas perbicaraan itu.
Setelah selesai pengadilan dijalankan, Hakim memutuskan bahawa Hassan dihukum bunuh setelah tersabit kesalahannya. Mendengar keputusan dari hakim itu Hassan berkata :
"Demi Allah, saya lebih sanggup dihukum di dunia daripada mendapat hukum di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu untuk beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibu bapa saya, anak isteri dan saudara mara tentang perkara ini," panta Hassan.
Hassan berkata lagi, "Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."
Sayidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab,"Tidak. Tiada jaminan bahawa engkau akan datang lagi untuk menjalani hukuman ini."
Hassan merayu lagi, "Kasihanilah saya tuan hakin. Semua orang yang mengasihani saya sedang menunggu kepulangan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini."
Sekali lagi Sayidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, "Tidak," katanya. Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang sahabat Hassan bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak mengenali saudara Hassan, namun atas nama sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memoerkenankan permohonan Hassan. Jika Hassan tidak datang pada hari akan jatuhnya hukuman ke atasnya maka biarlah saya sebagai gantinya."
Dengan demikian jaminan yang diberikan oleh sahabat itu (Abu Zar), Sayidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan dibenarkan pulang menemui keluarganya.
Setelah sampai di rumah, berceritalah Hassan kepada ahli keluarganya. Hanya Hassan berkata, "Biarlah saya dihukum di dunia daripada mendapat hukuman di akhirat." Menangislah ahli keluarganya termasuk ibu dan ayahnya. Hassan terus meninggalkan rumah dan seisi keluarganya dengan menunggang kuda menuju ke tempat hukuman yang akan dijalankan ke atasnya.
Hassan lebih takut kepada Allah S.W.T. daripada takut meninggalkan seisi keluarganya. Akhirat itu lebih bernilai dari dunia yang binasa ini. Yang penting hukuman itu pasti ia tunaikan.
Di pertengahan jalan tiba-tiba pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan sebab itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat memperbetulkan tali pacu kudanya dan dapatlah ia meneruskan perjalanannya. Tapi sayang, dia sudah terlewat.
Masa yang dijanjikan sudah lewat. Tapi hukuman belum dijalankan. Namun begitu Hassan terus berkejar ke padang hukuman dijalankan. Setelah orang ramai nampak Hassan datang, bertakbirlah mereka. Suasana bertukar menjadi sedih dan hiba.
Betapa jujurnya Hassan memegang janjinya sekalipun nyawa yang akan melayang. Berkata Hassan di depan tuan hakim, "Demi Allah tuan, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali pacu kuda saya putus di tengah jalan. Dan saya berusaha menyambungkannya kembali. Dan dapatlah akhirnya saya sampai ke sini."
Katanya lagi, "Sebelum saya menjalani hukuman ini izinkanlah kepada saya untuk sembahyang dua rakaat". Sayidina Umar pun membenarkan. Dia akhir doanya Hassan mengharap agar Tuhan mengampunkan segala keterlanjuran di dunia dan di akhirat.
Selesai meraup mukanya, Hassan pun dengan rela hati bersedia menjalani hukuman mati itu. Di saat hukuman itu hendak dijalankan, kedua orang adik beradik itu mengadap tuan hakim lalu berkata :
"Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan keberanian dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan betapa adilnya Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Oleh kerana itu kami bersedia meredhai kematian ayah kami dengan memaafkan saudara Hassan. Lepaskan dia dari hukumannya". Mendengar itu sekali lagi bergemalah takbir menggantikan suasana sedih dan hiba.
Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang hamba Allah yang sedar bahawa dirinya amat daif dan lemah itu.
ALHAMDULILLAH
Terkabul doa seorang ibu
![]() |
gambar hiasan |

![]() | |
|

"Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
An Najm : 4
Ucapan itu Rasulullah S.A.W sebutkan berturut tiga malam yang dihadiri oleh lelaki itu, ini menyebabkan Abdulah bin Umar ingin sekali hendak mengetahui lebih lanjut lagi mengenai diri lelaki calon penghuni syurga itu.
Pada malam ketiga selepas kuliah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W, Abdulllah bin Umar mengekori lelaki itu dari belakang menuju ke rumahnya. Tetapi lelaki itu terasa di dalam hatinya ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang.
Dengan tidak diduga terserempaklah kedua-duanya lalu Abdullah terus berkata, "Saya ingin menginap di rumah saudara! Apakah saudara sudi terima saya sebagai tamu hanya untuk tiga malam saja?"
Lelaki itu melemparkan sekuntum senyuman yang membayangkan hatinya yang begitu senang menerima Abdullah sebagai tamu di rumahnya. "Apakah saudara benar-benar hendak menginap di rumah saya?" tanya lelaki itu untuk menambahkan keyakinan pada dirinya.
"Sejak ucapan Rasulullah S.A.W itu saya begitu ingin sekali tinggal di rumah saudara. Rasulullahlah telah memperkenalkan saudara orang yang paling baik dan saya ingin mencontohi ibadah saudara kerana saya pun ingin dicalonkan sebagai penghuni syurga ! " jawab Abdullah dengan penuh yakin.
Hajat Abdullah itu dikabulkan oleh lelaki itu dengan senang hati dan setibanya di rumahnya Abdullah minta izin untuk tidur lebih duu. Sebenar ia sendiri tidak mengantuk tetapi kerana ingin menyelidiki ibadah lelaki itu maka ia segera saja pura-pura tidur.
Namun sampai menjelang subuh, Abdullah masih tidak melelapkan matanya. Telinga dan matanya sentiasa menyelinap di setiap penjuru rumah itu di samping memperhatikan tingkah laku lelaki itu dengan penuh hati-hati.
Pada malam pertama, Abdullah sangkakan bahawa lelaki itu akan bangun sembahyang tahajud, baca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Tetapi apa yang ia lihat meleset sekali. Hanya ia dapat lihat lelaki itu terjaga dari tidurnya sekadar membetulkan badannya dan mengucap kalimah "Ya Allah". Selepas itu dia tidur kembali.
Pada malam kedua, lelaki itu terbangun tengah malam dan ia menyebut nama Allah. Kemudian dia tidur semula dengan nyenyaknya. Pada malam ketiga pun tidak melakukan sesuatu yang berbeza dari malam pertama dan malam kedua.
Tetapi, Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan berbagai-bagai ibadah kerana jiwanya yang teramat ikhlas kepada Allah S.W.T. Untuk memastikan apa yang ia lihat itu, maka sebelum meninggalkan lelaki itu beliau pun bertanya, "Wahai saudaraku! Saya ingin sekali mengetahui ibadahmu! Sudikah saudara menerangkan hal-hal yang boleh membawa saya ke syurga pula?"
"Tidak ada ibadah yang saya kerjakan melainkan apa yang saudara sendiri saksikan itu," jawab lelaki itu.
Mendengar jawapan itu Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah mengucapkan terima kasih ia pun minta izin pulang setelah tiga malam berada di rumahnya. Tetapi belum sempat Abdullah berlalu dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata, "Saudara, memang tiada ibadahku yang saudara lihat dengan mata kepala saudara sendiri. Tetapi di samping itu saya tidak pernah mengumpat mencela sesiapa. Malah, hati saya sedikitpun tidak terlintas untuk hasad dengki kepada orang lain!"
Demikian lelaki itu memberi pengakuan mengenai dirinya. "Rupanya sikap inilah yang amat terpuji pada diri engkau. Maka aku pun tidak akan mencela sesiapa dan aku akan pelihara hati ini agar jangan ada terlintas sedikit pun hendak hasad dengki kepada orang lain. "Terima kasih kerana saudara telah memberi saya satu petunjuk yang paling sempurna bekalan di hari akhirat," ujar Abdullah dengan gembira.
DI ANTARA para sahabat Rasulullah saw ada beberapa orang ahli syair, sasterawan dan pujangga yang masyhur di zamannya. Salah seorang di kalangan mereka ialah bernama Hassan bin Tsabit. Namanya begitu masyhur sekali. Namanya masyhur sejak beliau di zaman jahiliah hinggalah beliau memeluk Islam.
Kemasyhuran namanya sebagai seorang sasterawan dan penyair bukan saja di kalangan masyarakatnya malah Rasulullah saw yang hidup di zamannya mengenalinya. Sehingga baginda melahirkan rasa kasih kepada beliau.
Kebetulan di zaman itu ramai juga penyair-penyair Quraisy yang menjadi musuh kepada Rasulullah saw. Dengan pelbagai bentuk syair diperdengarkan dengan tujuan menghina dan mencela Rasulullah saw. Di kalangan mereka yang begitu menentang sekali terhadap Rasulullah saw ialah Abu Sufian bin Harb.
Syair-syair yang diucapkan dari mulut-mulut mereka tidak dapat menyabarkan para sahabat Rasulullah saw. Ada sahabatnya mahu bertindak ke atas syair-syair mereka yang menyakitkan hati. Malah ia lebih sakit ari tusukan mata pedang.
Muncul ketika itu Hassan bin Tsabit dan meminta kepada Rasulullah saw dan meminta agar Rasulullah saw agar dia dibolehkan membalas dan menentang ejekan-ejekan dan penghinaan mereka kepada perjuangan Rasulullah saw. Hassan bin Tsabit tidak mahu biarkan mereka sewenang-wenangnya memperlakukan Rasulullah saw dengan keahlian syair-syair mereka.
Permintaan beliau dijawab oleh Rasulullah saw. Katanya, "Wahai Hassan bin Tsabit, bagaimana engkau akan mengejek mereka sedangkan aku ni berasal dari golongan Quraisy?"
Apa jawapan Hassan mendengarkan kata Rasulullah saw itu? "Aku akan buatkan mereka bagaikan menarik rambut dalam tepung," jelas Hassan kepada Rasulullah saw.
Lantas itu, Rasulullah saw memberi peluang beliau melakukannya. Bersyairlah Hassan bin Tsabit yang berbunyi :
Abu Sufian !
Engkau mengejek Nabi Muhammad saw.
Ini aku membalasnya
Allah pun nanti
Akan membalas pula padaku
Dengan penghargaan
Ungkapan syair Hassan ini tinggi mutunya, dalam maksudnya. Apalagi syair-syair itu merupakan wahyu Allah swt yang diperdengarkannya kepada musuh-musuh Rasulullah saw. Kerana itu Rasulullah saw rasa senang hati membuatkan mimbar untuknya. Dia atas mimbar itulah Hassan membacakan syair-syairnya kepada Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya yang lain.
Syairru Rasul, demikianlah gelaran Hassan bin Tsabit ini. Dengan kata-katanya yang indah dan berisi memaparkan ketinggian Islam dan kaum Muslimin. Dalam waktu yang lain pula untuk menangkis syair-syair musuh terhadap kesucian Islam.
Jasa Hassan bin Tsabit ini tidak kurang pentingnya dari pedang Khalid ibnu Walid. Rasulullah saw pernah mendoakan beliau : "Ya Allah, berikanlah kekuatan padanya dengan roh Qudus (Jibril)".
Dalam doa ini dapat dibayangkan betapa pentingnya Hassan bin Tsabit dalam perjuangan Islam. Terutamanya di zaman itu kedudukan syair ini mendapat tempat di kalangan bangsa Arab di waktu itu. Setiap suku dan puak merasa bangga dengan penyair-penyairnya.
Suatu kerugian dirasakan bila tidak ada di kalangan mereka ahli penyair yang boleh dibanggakan. Islam juga mempunyai penyair yang ulung dan agung seperti Hassan bin Tsabit.
Ketika penyair-penyair Bani Tamim menyampaikan kata-katanya, Hassan bin Tsabit menyampaikan kata-katanya. Hassan bin Tsabit belum sampai lagi. Rasulullah sangat memerlukannya kerana di sinilah Hassan bin Tsabit dapat memainkan peranannyabahawa Islam mampu menandingi syair-syair mereka yang penuh kesombongan itu.
Sementara menunggu kehadiran beliau, Utharid bin Hajib mengulangi syairnya. Dalam waktu itu Hassan pun tiba dan sempat mendengar syair-syair Utharid itu.
Hassan berdiri tegak, sedang bersedia menangkis kesombongan mereka. Berkumandanglah sejurus itu syair-syair Hassan bin Tsabit bagaikan air sungai yang mengalir menuju ke muaranya. Syair Hassan bin Tsabit bukan mahu menunjukkan bahawa dialah orang yang layak dan patut diagungkan, tetapi dia yang mengajak kepada setiap yang mendengar syairnya mengajak mengabdikan diri kepada Allah swt.
Dengarkanlah antara syairnya :
Allah
jangan engkau sekutukan
marilah memeluk Islam
jangan kamu berpakaian
bagaikan orang ajam
kemuliaan dan kebanggaan
yang kamu agungkan
hanyalah pengiring kami
di waktu musim haji yang meriah
Demikianlah akhir-akhir syair-syair Hassan yang panjang. Sudah tentulah kata aslinya lebih indah dari kata-kata Melayuyang kita gunakan untuk menyalinnya. Mendengarkan kata yang indah, rangkaian syari yang menyentuh kalbu, ini membuatkan utusan Bani Tamim terpesona yang amat sangat. Malah mengaku keunggulan Islam setelah mendengar syair dari Hassan bin Tsabit.
Sejak saat itu Bani Tamim telah mengakui kebesaran Islam dan mahu saja mengikuti perjuangan Rasulullah saw setelah mendengar Hassan bin Tsabit menyampaikan syair-syairnya.
Peranan yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, telah ramai di kalangan penyair-penyair Arab jahiliah di waktu itu mengakui kebenaran Islam. Inilah senjata yang digunakan oleh Rasulullah bila berhadapan dengan golongan sasterawan jahiliah waktu itu.
Walaupun Hassan bin Tsabit jarang sekali menyertai peperangan bersama Rasulullah saw namun dengan syairnya telah menyebabkan ramai Quraisy memeluk Islam. Kerana itulah Rasulullah saw meletakkan beliau dalam barisan perjuangan Islam.
SAUDAGAR MAJUSI YANG PEMURAH
![]() | |
|
Pada suatu malam di negeri itu, bermimpilah seorang guru yang warak iaitu Abdullah bin Mubarak. Dalam mimpinya beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dan memberi kata pesan untuk disampaikan kepada Bahrum yang dermawan itu.
Tersedar dari mimpinya, guru itu sangat hairan bila mengingatkan mimpinya itu. Beliau rasakan mimpi semalam itu belum pernah berlaku selama hidupnya. "Tak mungkin mimpi ini dusta," kata guru itu dalam hatinya.
Guru itu berkata lagi, "Setiap orang yang bermimpi Rasulullah adalah benar. Masakan syaitan boleh menyerupai Rasulullah. Mustahil itu boleh berlaku. Ertinya mimpiku ini memang benar yang tak perlu aku ragu lagi."
Keesokan harinya guru itu pergi ke kota Baghdad yang terletak di negeri Farsi untuk bertemu dengan saudagar Bahrum. Puas juga guru itu mencari rumah saudagar Bahrum tetapi berkat kesabaran dan bertanggungjawab terhadap pesan Rasulullah melalui mimpinya itu maka akhirnya beliau bertemu juga dengan saudagar Bahrum.
Apabila sesampai saja di muka pintu rumah saudagar Bahrum, guru itu semacam rasa pelik melihatkan suasana di dalam rumah saudagar itu. Dilihatnya seorang wanita muda yang sangat cantik asyik bersenda gurau dengan saudagar itu. Di sisinya pula terdapat ruang memuja dewa api orang Majusi.
Keraguan timbul di hati guru Abdullah bin Mubarak. Untuk meneruskan hajatnya dia lupakan saja ragu yang menerjah di hatinya. Dalam keadaan yang begitu rupa, pelayan saudagar itu mempelawa guru itu masuk ke ruang tamunya.
Setelah disilakan duduk maka berlakulah satu pertemuan yang mesra seolah-olah berduanya sudah kenal lama. Kasempatan kemesraan terjalin itu, guru Abdullah mengambil peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada saudagar Bahrum.
"Tuan Bahrum, adakah sesuatu kebaikan yang telah tuan lakukan?" tanya guru Abdullah.
"Ya," katanya ringkas saja lagu menyambung.
"Banyak sekali kebaikan yang saya lakukan. Dulu saya pernah menyelenggarakan suatu pesta besar-besaran untuk menghormati dewa api orang Majusi."
"Itu perbuatan musyrik menurut ajaranku," nafi di hati tuan guru itu. "Selain dari itu, apa lagi kebaikan yang telah tuan lakukan?" tanya tuan guru itu lagi.
"Masih banyak lagi kebaikan itu," sahut saudagar Bahrum. "Saya mempunya empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Kemudian aku kahwinkan sesamanya."
"Kalau begitu amal tuan, bagi agama saya haram melakukannya," tingkah guru itu kepada saudagar Bahrum.
"Kalau begitu saya ada amal yang lebih baik dari semua itu," sambungnya.
"Apakah amal yang tuan maksudkan itu? tanya guru Abdullah.
"Tuan guru Abdullah, saya mempunyai anak gadis yang cantik. Di seluruh negeri ini tidak ada lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami anak saya yang cantik itu. Sudah ramai orang datang melamar tetapi saya tolak semuanya kerana tidak sepadan dengan kecantikan anak saya. Padahal anak saya sudah besar remaja. Oleh itu saya mengahwininya."
Saudagar Bahrum menyambung kisahnya. "Tengah malam ketika tetamu saya semuanya dah pulang dan keadaan menjadi sunyi sepi, saya mula berangkat ke kamar tidur bersama anak saya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang seagama dengan tuan, berulang-alik keluar masuk rumah saya. Tingkah laku perempuan itu membuat saya rasa curiga."
"Mungkin perempuan itu pencuri agaknya," hati saya mengesyaki sesuatu pada perempuan itu. Keadaan itu membuatkan saya intainya. Tetapi perempuan itu telah berlalu dari situ," kata saudagar Bahrum.
"Saya tidak berdiam diri, lalu saya menjejaki perempuan itu hinggalah sampai ke rumah buruknya. Setiba di rumahnya kelihatan anak-anak kecil menyambut kepulangan ibunya yang mengharapkan membawa sesuatu untuknya,"
Ibunya penuh terharu dan hiba berkata kepada anak-anaknya, "Anak-anakku, ibu malu kepada Allah meminta sedekah kepada orang bukan Islam. Bukankah saudagar Bahrum itu seorang Majusi. Bersabarlah wahai anak-anakku. "Demikianlah ibu itu menenangkananak-anaknya yang sedang kelaparan.
Melihatkan peristiwa yang memilukan hati saudagar itu, menyebabkan beliau segera pulang mengambil makanan untuk diberikan kepada ibu dan anak-anaknya. Betapa syukurnya ibu dan anak-anaknya setelah makanan itu diberikan kepada mereka. Selepas itu hati saudagar itu tidak lagi curiga dan resah malah beliau gembira dengan perbuatannya itu.
Setelah mendengarkan kisah saudagar Bahrum itu maka berkatalah Tuan Guru Abdullah, "Itulah amal tuan yang sangat mulia di sisi Allah. Oleh sebab itu kedatangan saya membawa berita kepada tuan. Semalam saya bermimpi bertemu Rasulullah. Kemudian baginda pesankan pada saya untuk sampaikan salam pada tuan".
Mendengan tutur kata Tuan Guru Abdullah yang jujur itu menyebabkan saudagar Bahrum terus menyatakan keimanannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Lidah yang kelu dari kalimah syahadah dibaca dengan fasihnya.
Selepas dari peristiwa ini, dalam beberapa hari yang kemudiannya saudagar Bahrum jatuh pengsan dan terus menemui ajalnya. Kematiannya, Tuan Guru Abdullah rasa terkejut. Bergegas-gegas Tuan Guru Abdullah menuju ke tempat kematiannya dan beliau sendiri yang menguruskan jenazahnya hingga dikebumikan dengan penuh penghormatan dari hamba-hamba-Nya yang soleh.
Berbahagialah saudagar Bahrum kerana amalnya yang sedikit telah membawa hatinya sejahtera ke hadrat Allah SWT.
MAAFKAN ORANG YANG JUJUR
![]() | |
|
ADA seorang pemuda bernama Hassan. Keluarlah dia bermusafir dari kampungnya dengan menunggang unta. Setelah lama berjalan, dia rasa letih lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok, untuk berehat sebentar.
Setelah sedar dari tidurnya didapati unta tidak ada di sisinya. Lantas Hassan tergesa-gesa mencarinya. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya. Tetapi untanya tidak bernyawa lagi. Alangkah sedih dan marahnya Hassan melihatkan nasib untanya dmikian rupa.
"Pakcik yang membunuh unta ini," katanya kepada seorang tua yang berada di sisi bangkai unta itu, "Tetapi saya tidak sengaja membunuhnya," sambung orang tua itu.
"Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontarnya dengan batu kecil dengan tujuan supaya unta ini beredar dari situ. Batu yang pakcik baling itu kena di kepalanya. Lepas itu ia berpusing-pusing dan terus rebah ke bumi.
Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya. Hassan dalam keadaan bingung setelah tersentak dari tidurnya lantas terus mencabut pedangnya. Pedang itu dihayun ke arah orang tua itu dan terpisahlah lehernya dari badannya.
Hassan seolah-olah baru sedar dari mimpinya. Bila kejadian yang berlaku itu dilihatnya, alangkah menyesalnya kerana telah membunuh hamba Allah yang tidak berdosa. Dia kesal sungguh di atas perbuatannya. Lalu Hassan mencari keluarga si mati itu. Bertemulah dia dengan keluarga si mati dan menceritakan kisah yang sebenar berlaku terhadap si mati itu.
Dua orang anak lelaki si mati itu, tidak banyak bicara terus dibawa Hassan menghadap Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan didakwa di mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri menjadi hakim di atas perbicaraan itu.
Setelah selesai pengadilan dijalankan, Hakim memutuskan bahawa Hassan dihukum bunuh setelah tersabit kesalahannya. Mendengar keputusan dari hakim itu Hassan berkata :
"Demi Allah, saya lebih sanggup dihukum di dunia daripada mendapat hukum di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu untuk beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibu bapa saya, anak isteri dan saudara mara tentang perkara ini," panta Hassan.
Hassan berkata lagi, "Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."
Sayidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab,"Tidak. Tiada jaminan bahawa engkau akan datang lagi untuk menjalani hukuman ini."
Hassan merayu lagi, "Kasihanilah saya tuan hakin. Semua orang yang mengasihani saya sedang menunggu kepulangan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini."
Sekali lagi Sayidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, "Tidak," katanya. Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang sahabat Hassan bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak mengenali saudara Hassan, namun atas nama sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memoerkenankan permohonan Hassan. Jika Hassan tidak datang pada hari akan jatuhnya hukuman ke atasnya maka biarlah saya sebagai gantinya."
Dengan demikian jaminan yang diberikan oleh sahabat itu (Abu Zar), Sayidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan dibenarkan pulang menemui keluarganya.
Setelah sampai di rumah, berceritalah Hassan kepada ahli keluarganya. Hanya Hassan berkata, "Biarlah saya dihukum di dunia daripada mendapat hukuman di akhirat." Menangislah ahli keluarganya termasuk ibu dan ayahnya. Hassan terus meninggalkan rumah dan seisi keluarganya dengan menunggang kuda menuju ke tempat hukuman yang akan dijalankan ke atasnya.
Hassan lebih takut kepada Allah S.W.T. daripada takut meninggalkan seisi keluarganya. Akhirat itu lebih bernilai dari dunia yang binasa ini. Yang penting hukuman itu pasti ia tunaikan.
Di pertengahan jalan tiba-tiba pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan sebab itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat memperbetulkan tali pacu kudanya dan dapatlah ia meneruskan perjalanannya. Tapi sayang, dia sudah terlewat.
Masa yang dijanjikan sudah lewat. Tapi hukuman belum dijalankan. Namun begitu Hassan terus berkejar ke padang hukuman dijalankan. Setelah orang ramai nampak Hassan datang, bertakbirlah mereka. Suasana bertukar menjadi sedih dan hiba.
Betapa jujurnya Hassan memegang janjinya sekalipun nyawa yang akan melayang. Berkata Hassan di depan tuan hakim, "Demi Allah tuan, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali pacu kuda saya putus di tengah jalan. Dan saya berusaha menyambungkannya kembali. Dan dapatlah akhirnya saya sampai ke sini."
Katanya lagi, "Sebelum saya menjalani hukuman ini izinkanlah kepada saya untuk sembahyang dua rakaat". Sayidina Umar pun membenarkan. Dia akhir doanya Hassan mengharap agar Tuhan mengampunkan segala keterlanjuran di dunia dan di akhirat.
Selesai meraup mukanya, Hassan pun dengan rela hati bersedia menjalani hukuman mati itu. Di saat hukuman itu hendak dijalankan, kedua orang adik beradik itu mengadap tuan hakim lalu berkata :
"Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan keberanian dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan betapa adilnya Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Oleh kerana itu kami bersedia meredhai kematian ayah kami dengan memaafkan saudara Hassan. Lepaskan dia dari hukumannya". Mendengar itu sekali lagi bergemalah takbir menggantikan suasana sedih dan hiba.
Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang hamba Allah yang sedar bahawa dirinya amat daif dan lemah itu.
ALHAMDULILLAH
Disusun : AN NAJWA
Tajuk buku : CALON PENGHUNI SYURGA
Siri : Dengarlah Ceritaku
Tahun Cetakan : 1989
Penerbit : KARYA MEDIA PUBLISHER
Dicetak oleh : Ultimate Print Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat : 66
ISBN : 983-99591-7-X
Comments
Post a Comment