IBNU RUSYD
bismillahirrahmanirrahim
IBNU RUSYD atau nama lengkapnya Abu al-Walid bin Ahmad bin Muhammad bin Rusyd dilahirkan pada tahun 1126 (520H) ke dalam sebuah keluarga berbangsa Sepanyol yang terpelajar dan barada.
Datuknya, Muhammad bin Rusyd yang berfahaman mazhab Maliki memegang jawatan Kadi Besar Cordova semasa pemerintahan Daulat al-Murabithin (1009-1144M/400-541H). Di samping itu, dia juga imam di Masjid Besar Cordova, Andalusia (kawasan selatan Sepanyol). Dia pernah menulis tentang falsafah, syariah dan pendapat hukum( fatwa ). Karya-karyanya itu kemudian dikumpulkan oleh muridnya, Ibnu Warran.
Bapa Ibnu Rusyd juga Kadi Besar Cordova. Tidak ada hasil penulisannya yang dapat dikesan tetapi seperti kebanyakan pemimpin masyarakat Islam pada masa itu, dia gemar mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan. Rumahnya sering dijadikan tempat pertemua tokoh-tokoh ilmu. Mereka berbincang dan berhujah tentang ilmu agama dan hal ilmiah yang menarik perhatian golongan cerdik pandai semasa. Ketika mereka berbincang, Ibnu Rusyd pasti ada tidak jauh dari mereka untuk memasang telinga.
Ahmad tidak melarang anaknya yang masih belum bersekolah itu daripada mendengar perbincangan mereka. Malah dia serta para tetamunya cukup kagum dengan minat yang ditunjukkan oleh Ibnu Rusyd. Ketika perbincangan-perbincangan beginilah Ibnu Rusyd berpeluang bertemu dengan Ibnu Bajjah, seorang tokoh falsafah yang terkemuka.
Ibnu Bajjah yang nama sebenarnya Muhammad bin Yahya dikenali sebagai Avempace di Barat. Dia dilahirkan di Saragossa dan kemudian berpindah ke Seville, Cordova dan, akhir sekali, Fez (maghribi). Tujuan perpindahan Ibnu Bajjah itu ialah untuk menimba ilmu serta mencari ketenteraman fikiran. Pada masa itu, Saragossa dan daerah-daerah lain di utara sedang diancam oleh raja-raja Kristian di perbatasan Sepanyol yang mahu mengusir orang Islam dari Andalusia.
Ibnu Bajjah memahami kecenderunga ilmu Ibnu Rusyd, lantaran itu dia membenarkan budak itu mendampinginya ketika dia berada di Cordova. Malah dia tidak keberatan memberi kata-kata nasihat dan tunjuk ajar untuk merangsang akal Ibnu Rusyd. Malangnya telah ditakdirkan bahawa tokoh tersebut tidak dapat melihat pencapaian Ibnu Rusyd kemudian hari. Dia meninggal dunia di Fez pada tahun 1139. Ketika itu Ibnu Rusyd baru berusia dua belas tahun. Ketika itu juga Daulat Murabithin yang berkuasa di Cordova sudah pun barada di ambang keruntuhan.
Minat Ibnu Rusyd terhadap ilmu pengetahuan memang tidak mengenal batas. Dia membaca buku bukan setakat di sekolah, tetapi apabila ada sahaja kelapangan.
Dia suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan. Oleh kerana terlalu seronok menghadap buku, sering pula dia terlupa pada makanan. Kadangkala, ibunya terpaksa membawa makanan ke perpustakaan kerana bimbang anaknya tidak makan. Setiap kali ibunya datang dengan membawa makanan, Ibnu Rusyd pasti kelihatan tercengang. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa masa berlalu dengan begitu pantas sehingga sudah tiba waktu makannya.
Ibu bapa Ibnu Rusyd sama sekali tidak menyekat minat membaca anaknya yang keterlaluan itu. Mereka tidak mahu tradisi keilmuan keluarga mereka terputus. Yang penting bagi mereka ialah Ibnu Rusyd juga mesti memiliki akhlak yang terpuji dan pendidikan agama yang baik. Pengetahuan agama yang mendalam itu penting untuk memastikan supaya Ibnu Rusyd tidak terus menerima sebarang pendapat yang terkandung di dalam buku bacaannya melainkan setelah dia melihat pendapat itu dari sudut pandangan agama Islam.
Selain daripada tunjuk ajar ibu bapanya di rumah, Ibnu Rusyd juga mendapat pendidikan agama di sekolah agama. Kemudian dia mempelajari bidang undang-undang dan hukum-hakam Islam di sekolah ilmu hukum Maliki. Kerajinannya membaca buku terkenal di kalangan pelajar sekolah tersebut.
Setelah tamat alam persekolahannya, Ibnu Rusyd berpaling pula kepada beberapa orang tokoh ilmu yang tinggal di bandarnya. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah hafiz Abu Muhammad Ibnu Razak, Abu Kassim bin Pascoal, Abu Mirwan bin Musarrat dan Ibnu Zurh. Tumpuan mereka kebanyakannya terhadap ilmu bahasa dan ilmu hukum. Ibnu Rusyd boleh dikatakan berjaya mewarisi segala ilmu guru-guru tersebut.
Kemudian Ibnu Rusyd mempelajari ilmu sains dan ilmu perubatan. Antara guru-gurunya di bidang ini ialah Abu Bakar bin Simon, Abu Jaafar bin Abdul Aziz, Abu Abdillah al-Mazari, Abu Mirwan bin Garbol (dari Valencia) dan Abu Jaafar Harun (dari Trujillo). Abu Jaafar Harun juga seorang guru hadis dan falsafah. Kemungkinan besar dialah yang memperkenalkan falsafah Yunani kuno dan Aristotle kepada Ibnu Rusyd.
Ibnu Rusyd berjaya menjadi seorang doktor dan kemudian membuka pusat perubatannya sendiri di Cordova. Pusat perubatannya itu maju. Kebolehannya di bidang ini mendapat perhatian pihak istana di Maghribi, di selatan Selat Gibraltar.
Maghribi yang dulunya sebahagian daripada wilayah Daulat al-Murabithin sudah dikuasai oleh Daulat al-Muwahidin (1120-1269M/514-668H). Begitu juga dengan Andalusia yang jatuh kepada pemimpin al-Muwahidin, Khalifah Abdul Mukmin kira-kira pada tahun 1045.
Pemerintahan daulat baru ini berpusat di Marakesh, bandar yang dibangunkan oleh pengasas Daulat al-Murabithin pada tahun 1062.
Ibnu Rusyd menerima undangan yang pertama untuk ke Marakesh pada tahun 1153 (548H). Ketika itu dia berusia 27 tahun. Khalifah Abdul Mukmin (memerintah, 1131-1164M) menjemput Ibnu Rusyd ke istananya atas urusan kesihatan keluarga diraja. Sejak itu Ibnu Rusyd sering menjadi tetamu baginda.
Beberapa lama kemudian Ibnu Rusyd mulai bosan dengan bidang perubatan. Dia mengambil keputusan untuk memperdalam ilmu pengetahuannya di bidang falsafah dan ilmu-ilmu sains yang lain seperti astronomi.
Keputusan Ibnu Rusyd itu merupakan khabar gembira kepada keluarga Zuhra, sebuah keluarga berpengaruh di Cordova yang berasa disaingi oleh Ibnu Rusyd di bidang perubatan. Berikutan tindakan Ibnu Rusyd itu, Abu Mirwan bin Zuhra, salah seorang ahli keluarga Zuhra menjadi sahabat karib Ibnu Rusyd.
Mereka kemudiannya sepakat untuk mengarang sebuah buku tentang ilmu perubatan. Akan tetapi, Abu MIrwan terlalu sibuk dengan urusannya hingga Ibnu Rusyd terpaksa menyiakan buku itu sendirian. Hasil kerjanya itu diberi judul Al-Kuliyyat fi ath-Thibb. Buku itu juga sebenarnya ditulis sebagai penghormatan terhadap karya Ibnu Sina Qanun fi ath-Thibb.
Buku tersebut mengandungi 16 jilid yang merangkumi pelbagai aspek perubatan dan merupakan buku kedoktoran yang terlengkap pada zaman itu. Antara kandungannya ialah pembahasan tentang jenis-jenis penyakit dan cara mengubatinya. Ketika itu Ibnu Rusyd berusia 36 tahun.
Buku Ibnu Rusyd itu kemudian diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Bonacosa, seorang Yahudi dari Padua, Itali. Akan tetapi Bonacossa menukarkan judul buku tersebut kepada College. Beberapa lama kemudian buku tersebut turut diterjemahkan ke bahasa Ibrani (bahasa Hebrew/Yahudi lama).
Ketika sering berulang-alik ke Marakesh itulah Ibnu Rusyd dikatakan bertemu denga Ibnu Tufayl (1105-1185), doktor diraja serta ahli falsafah. Nama sebenar Ibnu Tufayl ialah Muhammad bin Abdul Malik al-Qaysi dan di Barat dia dikenali sebagai Abubacer.
Ibnu Tufayl ada menghasilkan beberapa buah buku. Bukunya yang paling terkenal, yang mendapat sambutan hangat di Eropah ialah sebuah novel falsafah yang diberi judul Hayy ibn Yaqazam. Melalui kisahkisah-kisah di dalam novel ini Ibnu Tufayl telah berjaya memaparkan aliran0aliran falsafah semasa. Novel ini diterjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuk bahasa-bahasa Latin, Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman.
Ibnu Rusyd berkawan rapat dengan Ibnu TUfayl. Mereka sering berbincang tentang falsafah dan bidang-bidang sains yang lain. Dari sinilah Ibnu Rusyd mula menaruh minat terhadap bidang astronomi atau cerapan bintang. Ibnu Tufayl juga dikatakan orang yang memperkenalkan Ibnu Rusyd kepada Khalifah Abu Yaakub Yusuf, putera dan pengganti Khalifah Abdul Mukmin.
Khalifah Abu Yaakub Yusuf menaiki takhta Daulat al-Muwahidin pada tahun 1164 apabila ayahandanya mangkat setelah mengalami cedera parah ketika bertempur di Santarem, Portugal. Pada masa itu, Daulat al-Muwahidin sudah bertapak kukuh di Andalusia. Cordova dijadikan ibu kota kedua. Kini di tangan Khalifah Abu Yaakub Yusuflah terletak tanggungjawab melindungi perkembangan ilmu dan falsafah Islam di Barat.
Raja-raja Kristian di utara Sepanyol tak henti-henti daripada mengganas. Pada tahun 1169 (565H) Khalifah Abu Yaakub Yusuf dan pasukan tenteranya berangkat ke Andalusia dan berhasil mematahkan serangan Raja Alfonso VIII (1158-1214M). Setelah berjaya baginda beristirahat di Cordova dan berkunjung ke perpustakaan utama bandar itu.
Perpustakaan Cordova pada masa itu terkenal kaya dengan buku-buku yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Perpustakaan tersebut dibangunkan oleh Khalifah Abdurrahman III (912-961M) dari Daulat Umayyah.
Khalifah Abu Yaakub Yusuf memerintahkan supaya buku-buku dari perpustakaan tersebut dipindahkan ke perpustakaan di Perguruan Tinggi Kairwan di Kota Fez, Maghribi. Semasa menguruskan usaha pemindahan buku inilah Ibnu Rusyd diperkenalkan kepada Khalifah Abu Yaakub Yusuf oleh Ibnu Tufayl.
Khalifah Abu Yaakub Yusuf bertanya, "Wahai Ibnu Rusyd, apakah langit itu terjadi daripada bahan yang ada permulaannya, ataupun yang sebaliknya? "
Ibnu Rusyd terkejut mendengar soalan itu. Pada fikirannya, itu merupakan satu soalan yang berbahaya. Jika dijawab mungkin dia dianggap ingin menunjuk-nunjuk kerana mereka baru berkenalan. Jika tersilap jawapan pula tentu dia disifatkan kurang berilmu. Ibnu Rusyd serba salah. Jadi , Ibnu Rusyd mengambil keputusan tidak memberi sebarang jawapan. Dia hanya menundukkan kepalanya.
Khalifah Abu Yaakub Yusuf memahami perasaan Ibnu Rusyd, lalu baginda berpaling ke arah Ibnu Tufayl. Mereka berbincang mesra. Daripada perbincangan mereka itu, tahulah Ibnu Rusyd bahawa Khalifah Abu Yaakub Yusuf mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam hal-hal teologi ( kajian ketuhanan ) dan falsafah.
Apabila perasaan gementarnya hilang, barulah Ibnu Rusyd memberikan pendapatnya, Jawapan yang diberikannya itu sangat baik, membayangkan betapa dalamnya pengetahuan Ibnu Rusyd. Khalifah Abu Yaakub Yusuf gembira. Sejak itu mereka mulai rapat dan Ibnu Rusyd sering diundang ke Marakesh. Pada tahun itu juga, Ibnu Rusyd menjadi kadi di Seville, Andalusia.
Ibnu Rusyd tidak suka tinggal di Seville kerana bandar tersebut kurang kemudahan perpustakaan. Buku-buku rujukan yang dikehendakinya kebanyakannya terdapat di Perpustakaan Cordova. Dia memerlukan buku-buku tersebut untuk tujuan kajian dan penulisan.
Akhirnya dia meminta kepada khalifah supaya menukarkannya ke Cordova. Setelah mempertimbangkan alasan Ibnu Rusyd, khalifah bersetuju.
Pada tahun 1171 (567H) Ibnu Rusyd kembali ke Cordova dengan memegang jawatan kadi juga. Setelah beberapa lama memegang jawatan itu, Ibnu Rusyd dinaikkan pangkatnya menjadi Kadi Besar Cordova.
Khalifah Abu Yaakub Yusuf banyak menghabiskan masanya di Cordova yang dianggap ibu negerinya yang kedua. Baginda baerasa lebih selesa berada di situ kerana berhampiran dengan perbatasan negerinya. Ketika itu raja-raja Kristian di utara Sepanyol mula memperhebat serangan terhadap wilayah Islam.
Pada waktu lapangnya, Khalifah Abu Yaakub Yusuf banyak bergaul dengan cendekiawan Islam dan menggalakkan mereka memperluas ilmu pengetahuan. Istana baginda di Cordova mahupun di Marakesh, terbuka kepada mereka. Baginda sendiri sangat meminati bidang falsafah.
Berpunca daripada minat baginda yang mendalam itulah baginda meminta Ibnu Rusyd membuat ikhtisar terhadap karya-karya ahli falsafah Yunani kuno, Aristotle (384-322SM). Ikhtisar tersebut diperlukan sebagai bahan rujukan baginda sendiri.
Ibnu Rusyd sangat gembira menerima permintaan khalifah itu, lalu memulakan kajiannya. Dengan tekun dia mendalami karya-karya Aristotle serta filsuf-filsuf Islam seperti al-Farabi dan Ibnu Sina.
Setelah ikhtisar berkenaan disiapkan, Khalifah Abu Yaakub Yusuf meminta Ibnu Rusyd membuat ulasan ke atas setiap karya Aristotle itu. Menurut baginda, karya-karya Aristotle itu ada yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Jadi baginda mahu Ibnu Rusyd mengulasnya supaya dapat diselarikan dengan ajaan agama Islam. Dengan itu, karya-karya tersebut dapat diperkembang tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan.
Sebagai memenuhi permintaan Khalifah Abu Yaakub Yusuf, Ibnu Rusyd menghasilkan dua siri ulasan karya Aristotle. Siri yang pertama bersifat sederhana dan mudah difahami. Siri ulasan pertama ini dikenali dengan nama Syarhu-al-Wasith (Ulasan Sederhana). Siri ulasan kedua yang panjang lebar dikenali sebagai Syarhu-al-Kabir (Ulasan Besar). Siri-siri ulasan itu semakin mengharimkan nama Ibnu Rusyd. Ternyata khalifah sangat berpuas hati dengan hasil ulasannya itu.
Pada tahun 1182, Khalifah Abu Yaakub Yusuf telah mengangkat Ibnu Rusyd sebagai ketua perubatan istana untuk menggantikan Ibnu Tufayl yang sudah uzur. Ketika itu Ibnu Rusyd berusia 58 tahun. Dengan perlantikan itu, Ibnu Rusyd terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Kadi Besar Cordova.
Dua tahun kemudia, iaitu pada tahun 1184/580H baginda mangkat. Setahun kemudian(1185/581H) Ibnu Tufayl pula meninggal dunia di Marakesh.
Khalifah Abu Yaakub Yusuf digantikan oleh puteranya yang bernama Abu Yusuf Yaakub ( memerintah, 1184-1199).
Sejak sebelum menjadi khalifah lagi, Abu Yusuf Yaakub lebih banyak menghabiskan masanya di Cordova, berbanding dengan ayahandanya. Ini disebabkan serangan raja-raja Kristian di utara Sepanyol, terutama Alfonso VIII dari Castile dan Ferdinand II dari Leon, semakin menjadi. Serangan-serangan mereka semuanya dapat dipatahkan. Oleh kerana kejayaan-kejayaannya itu, baginda diberi gelaran al-Mansur.
Khalifah Abu Yusuf al-Mansur sangat menghormati kebijaksanaan Ibnu Rusyd. Tambahan pula, menjelang perlantikannya ke jawatan di istana itu, Ibnu Rusyd telah banyak menghasilkan kerya ilmiah. Karya-karyanya itu termasuk :
Sejak perlantikan itu, perhubungan Khalifah Abu Yusuf al-Mansur dan Ibnu Rusyd semakin rapat. Baginda sering memanggil Ibnu Rusyd menghadap apabila ada sebaran persoalan perkenaan teologi atau astronomi yang ingin dibincangkan.
Walau bagaimanapun, perlantikan Ibnu Rusyd itu telah menimbulkan perasaan dengi pada setengah-setengah pihak. Pada mulanya perasaan itu cuma dipendamkan.
Sepulh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1195 (591H) pihak-pihak yang menaruh dengki kepada Ibnu Rusyd mula bertindak.
Pada waktu itu, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur mendapat tahu bahawa Raja Alfonso VIII sedang bersiap sedia untuk menyerang baginda. Lantaran itu, baginda memerlukan sokongan masyarakat yang berfahaman mazhab Maliki yang kuat pengaruhnya di Andalusia. Masalahnya, golongan ini tidak suka pada Ibnu Rusyd kerana banyak memasukkan unsur falsafah dalam kefahaman agamanya. Khalifah memahami hal ini kerana, seperti Ibnu Rusyd baginda juga kurang terikat dengan fahaman bermazhab.
Golongan Maliki itu menemui Khalifah Abu Yusuf al-Mansur dan mendakwa kononnya karya-karya Ibnu Rusyd terkeluar dari landasan agama Islam. Malah mereka menuduh Ibnu Rusyd zindik. Dalam soal menguruskan rungutan golongan Maliki inilah berlaku percanggahan pendapat antara Khalifah Abu Yusuf al-Mansur dengan Ibnu Rusyd.
Ibnu Rusyd dibawa menghadap lembaga pengadil. Dia didapati bersalah sepertimana yang didakwa. Dengan berpandu pada keputusan lembaga tersebut, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur mengeluarkan perintah supaya semua karya Ibnu Rusyd dirampas dan dibakar. Ibnu Rusyd kemudian dijatuhkan hukuman buang daerah ke Lucena, tidak jauh dari Cordova.
Pada waktu itu Lucena merupakan tempat kediaman golongan bawahan Yahudi. Di sana Ibnu Rusyd cukup tertekan dan terasing. Akan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana hukuman itu dijatuhkan oleh khalifah sendiri.
Rupa-rupanya Khalifah Abu Yusuf al-Mansur bukan sahaja menghukum Ibnu Rusyd. Banyak sahabat dan murid Ibnu Rusyd juga turut menjadi mangsa baginda. Mereka ditangkap dan dipenjara. Antara sahabat Ibnu Rusyd yang menerima nasib malang itu ialah Abu Abdilah Muhammad bin Ibrahim, Abu Jaafar al-Zahabi, Abul Rabi al-Kafifi, Abul Abbas al-Hafidzi dan Abu Muhammad Abdul Kabir. Manakala murid-murid Ibnu Rusyd yang turut menderita ialah Abu Abdillah al-Nadromi, Abu Jaafar bin Sabiq, Abul Qasim al-Thilsani, Abu Muhammad bin Hauthilah dan Abul Hassan Sahal bin Malik.
Akibat tindakan Khalifah Abu Yusuf al-Mansur itu, karya-karya asal yang dihasilkan oleh Ibnu Rusyd banyak yang musnah. Karya asalnya yang berjudul Tahafut-al-Tahafuti yang berupa bantahan terhadap karya Imam Abu Hamid al-Ghazali telah berjaya diselamatkan. Karya lain yang terselamat adalah karya-karya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani.
Mungkin kerana mendapat sokongan golongan Maliki itu, pada tahun tersebut Khalifah Abu Yusuf al-Mansur berjaya menewaskan Raja Alfonso VIII di Alarcos.
Ketika barada dalam buangan, Ibnu Rusyd menghabiskan masanya dengan menulis. Antara karyanya termasuk : Syarhu Ghalinasi yang berupa ulasan terhadap karya Galen (130-200 SM) , seorang ahli fizik Yunani, dan Al-Mantiq yang berupa suatu pembicaraan tentang ilmu logik.
Dua tahun kemudian, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur menyedari kesilapannya. Baginda segera menghantar wakil untuk menemui Ibnu Rusyd dan memberitahu bahawa segala tuduhan yang pernah dilemparkan terhadapnya telah ditarik balik. Begitu juga dengan hukuman buang daerah ke Lucena. Kedudukan Ibnu Rusyd dahulu diiktiraf semula.
Ibnu Rusyd tidak mahu mengungkit peristiwa yang sudah berlalu itu. Dia tidak mempersoalkan siapa yang bersalah sehingga dia dibuang daerah. Dia tidak suka berdendam. Walau bagaimanapun, Ibnu Rusyd tidak mahu tinggal di Cordova lagi, lalu dia dijemput datang ke istana di Marakesh. Di sana dia meneruskan usahanya dalam bidang penulisan.
Setahun kemudian, pada 10 Disember 1198 ( 9 Safar 595H ) Ibnu Rusyd meninggal dunia. Ketika itu dia berusia 72 tahun. Jenazahnya dibawa ke Cordova dan dikebumikan di sana. Beberapa bulan kemudian, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur pula mangkat.
Dalam hidupnya, Ibnu Rusyd telah mendalami pelbagai bidang ilmu. Dia arif dalam ilmu hukum dan astronomi. Dia juga doktor yang berjaya. Akan tetapi, pada hari ini Ibnu Rusyd lebih mahsyur kerana sumbangannya di bidang falsafah. Sumbangannya di bidang ini sangat besar hingga dia turut disanjung oleh masyarakat bukan Islam di Eropah walaupun berabad-abad selepas kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia. Karya-karya ilmiahnya banyak yang diterkemahkan ke dalam bahasa Latin dan seterusnya dijadikan bahan bacaan di universiti-universiti ternama di Eropah.
Alhamdulillah

- Pada usia 43 tahun : Syarhu al-Saghir lil Juziyat wal Hayawani - ulasan ringkas tentang bahagian-bahagian tubuh manusia dan haiwan-dikarang di Seville.
- Pada usia 44 tahun : Syarhu al-Wasith lil Thabi'ati wal Tahlilat Akhirat - ulasan tentang fizik beserta Analytica Posterior karya Aristotle-dikarang di Seville.
- Pada usia 45 tahun : Syarhu al-Sama' wal 'Alami-ulasan tentang cakerawala dan alam semesta-dikarang di Seville.
- Pada usia 49 tahun : Syarhu al-Shagir lil Fushahati wal Syi'ri, wa Syarhu al-Wasith li Maba'dal-Thabi'ati - ulasan ringkas tentang Rhetorica karya Aristotle dan ulasan tentang metafizik-dikarang di Cordova.
- Pada usia 51 tahun : Syarhu al-Wasith lil Akhlaqi-ulasan tentang etika.
- Pada usia 53 tahun : Ba'dhu Ajzak min Madati al-Ajrami - ulasan tentang meteorologi-dikarang di Marakesh.
- Pada usia 54 tahun : Al-Kasyfu 'an Manahiji al-Adilati - pembahasan tentang tahap-tahap pemikiran bidang agama.
Sejak perlantikan itu, perhubungan Khalifah Abu Yusuf al-Mansur dan Ibnu Rusyd semakin rapat. Baginda sering memanggil Ibnu Rusyd menghadap apabila ada sebaran persoalan perkenaan teologi atau astronomi yang ingin dibincangkan.
Walau bagaimanapun, perlantikan Ibnu Rusyd itu telah menimbulkan perasaan dengi pada setengah-setengah pihak. Pada mulanya perasaan itu cuma dipendamkan.
Sepulh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1195 (591H) pihak-pihak yang menaruh dengki kepada Ibnu Rusyd mula bertindak.
Pada waktu itu, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur mendapat tahu bahawa Raja Alfonso VIII sedang bersiap sedia untuk menyerang baginda. Lantaran itu, baginda memerlukan sokongan masyarakat yang berfahaman mazhab Maliki yang kuat pengaruhnya di Andalusia. Masalahnya, golongan ini tidak suka pada Ibnu Rusyd kerana banyak memasukkan unsur falsafah dalam kefahaman agamanya. Khalifah memahami hal ini kerana, seperti Ibnu Rusyd baginda juga kurang terikat dengan fahaman bermazhab.
Golongan Maliki itu menemui Khalifah Abu Yusuf al-Mansur dan mendakwa kononnya karya-karya Ibnu Rusyd terkeluar dari landasan agama Islam. Malah mereka menuduh Ibnu Rusyd zindik. Dalam soal menguruskan rungutan golongan Maliki inilah berlaku percanggahan pendapat antara Khalifah Abu Yusuf al-Mansur dengan Ibnu Rusyd.
Ibnu Rusyd dibawa menghadap lembaga pengadil. Dia didapati bersalah sepertimana yang didakwa. Dengan berpandu pada keputusan lembaga tersebut, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur mengeluarkan perintah supaya semua karya Ibnu Rusyd dirampas dan dibakar. Ibnu Rusyd kemudian dijatuhkan hukuman buang daerah ke Lucena, tidak jauh dari Cordova.
Pada waktu itu Lucena merupakan tempat kediaman golongan bawahan Yahudi. Di sana Ibnu Rusyd cukup tertekan dan terasing. Akan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana hukuman itu dijatuhkan oleh khalifah sendiri.
Rupa-rupanya Khalifah Abu Yusuf al-Mansur bukan sahaja menghukum Ibnu Rusyd. Banyak sahabat dan murid Ibnu Rusyd juga turut menjadi mangsa baginda. Mereka ditangkap dan dipenjara. Antara sahabat Ibnu Rusyd yang menerima nasib malang itu ialah Abu Abdilah Muhammad bin Ibrahim, Abu Jaafar al-Zahabi, Abul Rabi al-Kafifi, Abul Abbas al-Hafidzi dan Abu Muhammad Abdul Kabir. Manakala murid-murid Ibnu Rusyd yang turut menderita ialah Abu Abdillah al-Nadromi, Abu Jaafar bin Sabiq, Abul Qasim al-Thilsani, Abu Muhammad bin Hauthilah dan Abul Hassan Sahal bin Malik.
Akibat tindakan Khalifah Abu Yusuf al-Mansur itu, karya-karya asal yang dihasilkan oleh Ibnu Rusyd banyak yang musnah. Karya asalnya yang berjudul Tahafut-al-Tahafuti yang berupa bantahan terhadap karya Imam Abu Hamid al-Ghazali telah berjaya diselamatkan. Karya lain yang terselamat adalah karya-karya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani.
Mungkin kerana mendapat sokongan golongan Maliki itu, pada tahun tersebut Khalifah Abu Yusuf al-Mansur berjaya menewaskan Raja Alfonso VIII di Alarcos.
Ketika barada dalam buangan, Ibnu Rusyd menghabiskan masanya dengan menulis. Antara karyanya termasuk : Syarhu Ghalinasi yang berupa ulasan terhadap karya Galen (130-200 SM) , seorang ahli fizik Yunani, dan Al-Mantiq yang berupa suatu pembicaraan tentang ilmu logik.
Dua tahun kemudian, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur menyedari kesilapannya. Baginda segera menghantar wakil untuk menemui Ibnu Rusyd dan memberitahu bahawa segala tuduhan yang pernah dilemparkan terhadapnya telah ditarik balik. Begitu juga dengan hukuman buang daerah ke Lucena. Kedudukan Ibnu Rusyd dahulu diiktiraf semula.
Ibnu Rusyd tidak mahu mengungkit peristiwa yang sudah berlalu itu. Dia tidak mempersoalkan siapa yang bersalah sehingga dia dibuang daerah. Dia tidak suka berdendam. Walau bagaimanapun, Ibnu Rusyd tidak mahu tinggal di Cordova lagi, lalu dia dijemput datang ke istana di Marakesh. Di sana dia meneruskan usahanya dalam bidang penulisan.
Setahun kemudian, pada 10 Disember 1198 ( 9 Safar 595H ) Ibnu Rusyd meninggal dunia. Ketika itu dia berusia 72 tahun. Jenazahnya dibawa ke Cordova dan dikebumikan di sana. Beberapa bulan kemudian, Khalifah Abu Yusuf al-Mansur pula mangkat.
Dalam hidupnya, Ibnu Rusyd telah mendalami pelbagai bidang ilmu. Dia arif dalam ilmu hukum dan astronomi. Dia juga doktor yang berjaya. Akan tetapi, pada hari ini Ibnu Rusyd lebih mahsyur kerana sumbangannya di bidang falsafah. Sumbangannya di bidang ini sangat besar hingga dia turut disanjung oleh masyarakat bukan Islam di Eropah walaupun berabad-abad selepas kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia. Karya-karya ilmiahnya banyak yang diterkemahkan ke dalam bahasa Latin dan seterusnya dijadikan bahan bacaan di universiti-universiti ternama di Eropah.
Alhamdulillah
Penulis/susunan : HAMIDAH HUSAIN
Tajuk buku : IBNU RUSYD
Siri : SIRI PANJI ISLAM
Tahun Cetakan : 1993
Tahun Cetakan : 1993
Publisher : PENERBIT PRISMA SDN BHD
Dicetak oleh : Yeohprinco Sdn Bhd
Bilangan muka surat : 30
ISBN : 983 823 000 6
983 823 007 3
ISBN : 983 823 000 6
983 823 007 3
Comments
Post a Comment