ISABELLA Pemusnah Islam di Sepanyol

bismillahirrahmanirrahiim



ISABELLA PENGGERAK KEMAJUAN SEPANYOL

ISABELLA adalah nama yang dikenang oleh rakyat Amerika Syarikat kerana jasanya yang besar kepada penemuan bumi negara itu. Permaisuri Isabella telah menjadi penggerak kepada cita-cita Cristopher Columbus untuk sampai ke sebuah bumi yang terkenal dengan panggilan 'Dunia Baru' iaitu bumi Amerika Syarikat sekarang.

DIBENCI UMAT ISLAM

Zaman beliau menjadi permaisuri, negeri Sepanol mencapai kemajuan yang besar dan pengaruhnya meluas hingga ke seluruh Eropah. Namun bagi umat Islam, Isabella adalah satu nama yang sangat dibenci, kerana usahanya menghancurkan pemerintahan Islam dan meleburkan umat Islam di kawasan Eropah itu.

KETURUNAN DIRAJA 

Isabella adalah puteri Raja Juan Kedua yang memerintah Castile dan Leon, dilahirkan dalam tahun 1451. Dia keturunan Raja Louis Kesembilan yang memerintah Perancis dan ada hubungan kekeluargaan dengan bangsawan dia Lancaster di England.

Ketika umurnya tiga tahun, bapanya telah mangkat dan abangnya, Henry dari berlainan ibu menjadi raja.

Sejak kecil Isabella kelihatan cerdik, peramah dan gemarkan pergerakan yang lasak termasuk menunggang kuda. Di sekolah dia menjadi pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran muzik, puisi, lukisan, bahasa, dan sejarah.

BERKAHWIN DENGAN FERDINAND
Raja Ferdinand

Henry, abangnya bukanlah seorang pemerintah yang baik. Para pembesar dan bangsawan telah menentangnya. Mereka hendak melantik Isabella menggantikannya, tetapi Isabella menolak. Oleh kerana itu, Henry cuba memaksa adiknya itu berkahwin dengan orang yang dipilih Henry. Isabella menentangnya dan menetapkan akan berkahwin denga Putera Mahkota Ferdinand yang bakal mewarisi takhta kerajaan Aragon.

Henry memenjarakan Isabella di bandar Ocana, tetapi penduduk di situ telah menunjuk perasaan tentang perbuatan Henry itu, akhirnya Isabella dibebaskan lalu berkahwin dengan Ferdinand pada tahun 1469, ketika umurnya meningkat 18 tahun. Perkahwinannya itu dilangsungkan tanpa restu abangnya.

BERTEMPUR DI MEDAN TOLADO

 Lima tahun kemudian, Raja Henry mangkat. Isabella memerintah Castile. Dalam masa awal pemerinthannya dia menghadapi tentangan yang hebat. 

Isabella sendiri masuk ke medan perang dengan berpakaian baju besi dan memimpin 1000 orang tentera. Pertempuran hebat berlaku di Toledo, tidak jauh dari bandar Madrid sekarang. Pertempuran yang paling sengit berlaku di Toro. Disinilah Isabella telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

PERMAISURI SEPANYOL

Pada tahun 1479 apabila Ferdinand menjadi raja, suatu suasana baru telah wujud di Sepanyol. Mereka telah menguasai satu kawasan yang luas di negeri itu. Ini kerana Raja Ferdinand memerintah Castile. Kini Ferdinand telah menjadi Raja dan Isabella menjadi permaisurinya. Kedua-duanya adalah penganut agama Kristian yang taat.

Pada masa itu, musuh ketat Aragon dan Castile ialah kerajaan Islam yang terletak di selatannya.

Isabella dan Ferdinand telah mengalahkan tentera Islam dengan teruknya di medan perang Las Navas de Tolosa di kawasan Sierra Morena. Setelah itu mereka terus menggempur ke selatan sehingga ke bandar Cordova dan Seville. Mereka berjaya menumpaskan pemerintahan Islam di situ.

Pada tahun 1481, kedua-duanya meneruskan perjuangannya untuk menghancurkan kekuasaan Islam di Sepanyol. Pertempuran berlaku selama satu dekad kerajaan Islam di Granada belum dapat ditewaskannya.

Isabella dan Ferdinand terus merancang untuk menguasai seluruh rakyat Sepanyol dan merampas kawasan pemerintahan Islam. Langkah yang dibuatnya ialah dengan menyatukan negeri-negeri kecil di seluruh Sepanyol. Walaupun menghadapi banyak rintangan, tetapi mereka berusaha dengan tabahnya. Usahanya menubuhkan kerajaan pusat, memberi kuasa-kuasa khas kepada badan agama Kristian dan mengadakan mahkamah-mhakamah yang sama di bawah naungan gereja telah dapat dilaksanakan dengan baik.

gambar hiasan : peta tanah Sepanyol


MEREMPUH GRANADA 

Pada bulan Januari 1492 , Isabella dan Ferdinand merempuh Granada. Akhirnya angkatan tentera Kristian telah berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Sepanyol.

Dua bulan sahaja selepas beliau menggulingkan pemerintahan Islam yang memberikan kebebasan beragama kepada rakyatnya, Isabella dan Ferdinand menjalankan usahanya mengkristian semua orang-orang Yahudi di negeri itu.

Pada tahun 1501 mereka memaksa pula semua orang yanng menganut agama Islam memeluk  agama Kristian. Sesiapa yang ingkar atau didapati melakukan ibadat mengikut agama Islam telah diseksa dan dibakar.

Kini Isabella dan Ferdinand menjadikan Sepanyol sebuah negara yang unggul. Mereka memajukan perdagangan dan membina pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman inilah ahli pelayaran Genoa yang bernama Christopher Columbus (nama asalnya dalam bahasa Itali : Cristofro Colombo) menerima bantuan untuk mencari tanah jajahan Sepanyol yang baru. Pada 3 Ogos 1492, telah belayar meninggalkan Sepanyol dan berjaya mendarat di bumi Amerika pada 12 Oktober 1492.

MATI DALAM PENDERITAAN 

Isabella meninggal dua belas tahun lebih awal daripada Ferdinand. Pada akhir hayatnya, Isabella menderita sakit demam dan dukacita. Walaubagaimanapun dia cuba menahan penderitaan itu, namun dosanya kepada umat Islam terus menerus mengganggunya sehingga ke saat sakaratl-maut.

Alhamdulillah


Penulis/susunan : MATLOB
Tajuk buku : ISABELLA Pemusnah Islam di Sepanyol
Siri : Siri Tokoh Perang
Tahun Cetakan : 1991
Publisher : BADAN BOOK STORE
Dicetak oleh : Cetaktama Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat : 22
ISBN : 983-9726-36-6







Comments

Popular posts from this blog

Kisah Serigala dengan Nabi Ya'qub A.S. dan Nabi Ibrahim Dibakar

IBNU RUSYD