Posts

Showing posts from November, 2014

NAFSU vs IMAN [copied from whatsapp]

Image
ghuraba.  ▼ nafsu vs Iman gambar hiasan pertemuan di Cafe Kara pada petang tu, membuatkan Aiman tak senang duduk. fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. it has been quite some time. sejak form 1 lagi. dan sekarang jumpa balik. di universiti yang sama. cuma berlainan course. dia seakan tak percaya. perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, kembali mendidih. acap kali kedengaran istighfar meniti di bibirnya. akhirnya, jari jemari menekan butang send. audio 'you are the one' by raef. mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp. menunggu balasan dari si gadis. seminit.. dua minit.. tiga minit.. empat minit.. bzzz. bzzz. "apa ni?" "hayati lirik tu and fahamkan. then tell me the answer. sudi ke tak." "are you serious Aiman Arshad Shamsudin?" "i am. aku dah lama suka ko." "this is not the right way. i'm not ready." "just tell...

KECINTAAN KEPADA AL-QURAN

Image
bismillahirrahmaanirrahiim KECINTAAN KEPADA AL-QURAN gambar hiasan KEBIASAANNYA sekembali dari mengajar di sebuah masjid, saya mengunjungi rumah seorang jiran. Dia dikenali sebagai seorang ahli ibadat dan rajin menghadiri majlis taklim. Dari rumahnya, kedengaran sayu-sayu suara seorang qari sedang membaca al-Quran. Ternyata alunan merdu itu datangnya dari televisyen. Kebetulan kedatangan saya pada malam Jumaat. Apa yang menghairankan, televisyen tersebut hanya sendirian di ruang tamu yang luas itu. Tiada seorang pun anak atau ahli keluarganya berada di situ. Padahal saya tahu dia mempunyai anak yang ramai keluarganya yang menumpang tinggal bersamanya. Saya tidak bertanya mengapakah semuanya harus terjadi. Saya tidakmahu dia tersinggung. Tetapi satu perkara yang amat menyedihkan saya. Setelah selesai bacaan al-Quran itu di layar televisyen, ruang tersebut dipenuhi oleh anak-anak dan keluarganya. Mereka asyik menikmati tayangan gambar sehingga selesai. Hati saya mula ...