KECINTAAN KEPADA AL-QURAN
bismillahirrahmaanirrahiim
KECINTAAN KEPADA AL-QURAN
KEBIASAANNYA sekembali dari mengajar di sebuah masjid, saya mengunjungi rumah seorang jiran. Dia dikenali sebagai seorang ahli ibadat dan rajin menghadiri majlis taklim.
Dari rumahnya, kedengaran sayu-sayu suara seorang qari sedang membaca al-Quran. Ternyata alunan merdu itu datangnya dari televisyen. Kebetulan kedatangan saya pada malam Jumaat.
Apa yang menghairankan, televisyen tersebut hanya sendirian di ruang tamu yang luas itu. Tiada seorang pun anak atau ahli keluarganya berada di situ. Padahal saya tahu dia mempunyai anak yang ramai keluarganya yang menumpang tinggal bersamanya.
Saya tidak bertanya mengapakah semuanya harus terjadi. Saya tidakmahu dia tersinggung.
Tetapi satu perkara yang amat menyedihkan saya. Setelah selesai bacaan al-Quran itu di layar televisyen, ruang tersebut dipenuhi oleh anak-anak dan keluarganya.
Mereka asyik menikmati tayangan gambar sehingga selesai. Hati saya mula tertanya-tanya. Gejala apakah yang melanda keluarga Islm sejk kebelakangan ini?
Begitulah yang diungkapkan oleh Kiai Haji Muhammad Hasyim Adnan, pemimpin asrama agama al-Imami, Jakarta Timur. Beliau juga menjadi salah seorng ketua dlam Lembaga Dakwah Nahdatul Ulama Pusat.
Kebimbngannya juga sama seperti yang dikemukakan oleh Ustazah Khairun Nisa, seorang pendeta di ibu kota yang telah menjelajah ke seluruh Indonesia. Nama beliau juga amat dikenali di Singapura dan Malaysia.
"Sememangnya kecintaan membaca al-Quran nampaknya mulai pudar di kalangan umat Islam. Sekiranya dulu menjadi suatu perkara yang janggal jika seleepas solat Maghrib atau Isyak, rumah seorang keluarga tidak dipenuhi oleh suara anak-anak menbaca al-Quran," kata Ustazah Khairun Nisa.
"Tetapi sekarang, sekembalinya dari salat, sekembalinya dari salat, kebiasaannya lagu-lagi diputarkan atau duduk di hadapan televisyen menikmati pelbagai rancangan hiburan," katanya lagi dengan nada penuh prihatin.
Apakah jiwa beragama sudah pudar? Tetapi berdasarkan kenyataan ini, Kiai Haji Muhammad Hasyim Adnan dan Kiai Haji Irfn Zidni, M.A., Pembantu Rektor 1 Peruruan Tinggi Islam al-Aqidah, bersependapat bahawa bukan itu masalahnya.
Buktinya, institusi pengajian umum dn kuliah-kuliah subuh semakin berkembang. Remaja-remaja Islam semakin aktif mengadakan pengajian ajaran Islam dalam pelbagai aktiviti. Menurut pihak penerbit, buku-buku agama Islamlah yang paling laris berbanding dengan novel.
"Ini suatu petanda yang baik dalam meningkatkan pencapaian ajaran Islam," kata H.A. Burhani Tjokrohandoko, Ketua Umum Pemimpin Pusat Dewan Masjid Indonesia, bekas Dirjen Bimas Islam dan Urusan Haji sebelum H.A. Qadir Basalamah.
Tetapi beberapa ulama tua di Jakarta berpendapat masyarakat Islam, khususnya kaum remajanya, kurang menguasai cara membaca al-Quran yang betul. Ramai daripada mereka tidak tahu ilmu tajwid sehingga gagal menghayati keindahan al-Quran. Mereka juga buta huruf dan tidak mengetahui bahasa Arab.
Mereka lebih suka mendalami terjemahan dan tafsir al-Quran dalam bahasa Indonesia tanpa mengetahui selok-belok hafaz dan ayat-ayat al-Quran dalam bahasanya yang asal.
Ustaz Hanafi Syahruddin, salah seorang guru persendirian al-Quran, menyokong pendapat itu berdasarkan pengalamannya mengajar beberapa buah keluarga. Ternyata mereka kurang berminat untuk memahami ilmu tajwid kerana dianggap rumit dan aneh.
"Oleh yang dmikian, LASQI (Lembaga Seni Qasidah) Jaya diundang oleh Jawatankuasa MTQ untuk menjayakan musabaqah al-Quran peringkat kebangsaan di Lampung," kata Amiruddin Ahmad, ketua LASQI Jaya yang telah lama memimpin lembaga seni rebana itu.
Telah menjadi kelaziman, acara MTQ akan sepi jika pengunjung tidak dilengkapi dengan qasidah. Ini disebabkan dengan persembahan qasidah, masyarakat akan menjadi lebih akrab.
Hal ini disebabkan lagu-lagu tilawah yang ditampilkan oleh para qari mestilah baku dari Timur Tengah. Lagu-lagu qasidah yang berasal dari Timur Tengah telah diindonesiakan.
Selain daripada itu, pembacaan al-Quran dengan lagu hanya dapat dinikmati oleh pengunjung yang memahami serta boleh membezakan antara yang sahih dan tidak. Sedangkan lagu-lagu qasidah dengan mudah dapat dinilai.
Tujuan LASQI ditubuhkan bukn hanya untuk berdakwah melalui qasidah, tetapi juga untuk menanam rasa cinta kepada bahsa al-Quran. Ini sepertimana yang telah ditegaskan oleh Amiruddin Ahmad.
Seiring dengan kenyataan itu, K.H. Irfan Zidni, M.A. mengharapkan golongan tua agar menitikberatkan pendidikan agama untuk menyemaikan perasaan cinta kepada al-Quran dalam keluarga masing-masing. K.H. Muhammad Hasyim Adnan berpendapat bahawa kesyahduan pembacaan al-Quran harus berkumandang di setiap rumah umat Islam. Oleh itu, semua orang tua haruslah berusaha membiasakannya di kalangan keluarga sendiri.
Pada peringkat permulaan, memanglah agak sukar. Tetapi lama-kelamaan akan menjadi satu kebiasaan. Ini akan menjadikan tugas para ustaz lebih bermakna sebagai pembimbing bagi keluarga jemaah. Mereka boleh melaksanakan hasil pengajian yang diperolehi di majlis-majlis taklim.
Para pendeta hanya sempat berbincang dengan jemaahnya di mimbar pada masa yang singkat. Kemudian mereka akan berangkat ke tempat lain tanpa para jemaah mendapat peluang untuk bertegur sapa secara satu keluarga.
"Adakah ini bererti harus dibina suasana yang Islamik?" tanya Ir. Drs. H. Ramdhan Sanusi, pegawai Jabatan Pertanian selepas acara wisudanya sebagai sarjana dakwah pada salah satu pengurusan tinggi Islam di Kayumanis, Jakarta Timur.
"Ya, menciptakan suasana yang Islamik sehingga umat Islam kembali membawa al-Quran. Ini merupakan tugas yang berat. Ini bukanlah mustahil harus dilakukan oleh para pemimpin Islam yang formal atau tidak formal.
Kebiasaannya, kegiatan MTQ dibiayai oleh pemerintah. Ini merupkan jasa yang tidak boleh dipersia-siakan. Tugas kita adalah untuk meningkatkan pembacaan al-Quran dan bukan sekadar bergantung kepada MTQ saja.
Dengan itu kita haruslah menyemaikan benih amalan pembacaan al-Quran sejak dari kanak-kanak lagi. Cukup saja sekadar mahraj, tajwid atau lafaz panjang-pendeknya yang sesuai dengan kaedah pembacaan yang sebenar."
Demikian penjelasan yang diberikan oleh K.H. Tasim Hanafi, tokoh Syariah di Institut al-Mahsuri.
PERISTIWA DUKA
Di seluruh pelosok Semenanjung Arab, orang tua itulah yang paling dihormati. Bukan hanya kerana dia seorang pemimpin tertua di kalangan kaum Quraisy, tetapi kerana dia mempunyai kuasa ke atas Kaabah dan terkenal di kalangan semua bangsawan Quraisy.
Sebagai menghormatinya, sehamparan permaidani dis ediakan di Kaabah. Tiada siapa pun yang berani duduk di atasnya walaupun anak-anak dan saudaranya. Kedudukan ABdul Mutalib di mata masyarakat Arab begitu baik sehingga beliau dijadikan contoh untuk di teladani oleh mereka . Tetapi Muhammad, cucunya, tidak dikecualikan. Abdul Mutalib amat menyayangi anak Abdullah itu sehingga beberapa syarat dilanggar.
Pada suatu ketika semasa masih kecil, Muhammad sering berlari-lari riang ke arah datuknya. Sebagai pengelola Kaabah, baginda telah dihalang oleh semua pakciknya untuk mendekati singgahsana Abdul Mutalib. Tetapi, apakah kata Abdul Mutalib?
"Biarkan dia duduk di sampingku," kata Abdul Mutalib sambil mengukir senyuman ke arah mereka.
Ini membuatkan mereka merasa hairan. Mereka terfikir apakah anak kecil itu akan menjadi pemimpin pada suatu hari nanti seperti datuknya?
Tetapi rasa kecintaan yang terlalu medalam tertanam di lubuk hati Abdul Mutalib. Beliau mempunyai beberapa sebab untuk bertindak sedemikian.
Sebab yang utama ialah anak itu yatim piatu. Apatah lagi kisah Abdullah, ayah si anak kecil itu tidak dapat dilupakan olehnya. Sekiranya beliau melaksanakan nazarnya untuk mengorbankan anaknya itu, pasti anak kecil itu tidak akan lahir ke dunia ini.
Semasa upacara pengorbanan, Abdullah dibaringkan di hadapan berhala Isaf dan Nailah. Ketika beliau mahu mangangkat pdangnya untuk menetak leher anaknya itu, tiba-tiba perbuatannya itu telah dihalang oleh anak-anaknya. Tetapi Abdul Mutalib masih lagi berkeras.
Anak-anak beliau yang sembilan orang itu sanggup menggantikan tempat Abdullah demi cinta mereka kepada adiknya yang bongsu itu. Mereka bersedia diundi. Tetapi, undian tersebut masih lagi jatuh kepada Abdullah.
Akhirnya para sahabat memberi cadangan. "Gantikan Abdullah dengan unta. Mula-mula dengan 10 ekor unta. Mula-mula dengan 10 ekor unta. Sekiranya undian masih lagi jatuh ke atas Abdullah, tambah lagi 10 ekor. Jika masih jatuh juga kepada Abdullah, tambah lagi 10 ekor.
Begitulah seterusnya, sehingga undian itu akhirnya jatuh kepada unta. Berapa ekor pun jumlah itu nanti, tuan harus mengorbankan sebanyak itu."
Ketika undian diadakan, undian itu sentiasa jatuh ke atas Abdullah. Akhirnya undian yang kesepuluh jatuh kepada unta. Rupa-rupanya, harga Abdullah terlalu mahal. Abdul Mutalib harus menyembelih 100 ekor unta sebagai penebus nazarnya itu.
Setelah meningkat dewasa, Abdullah yang tampan itu menjadi rebutan. Tetapi hatinya tidak terganjak sedikit pun, walaupun ada seorang bangsawanyang terkenal ayu dan kaya bersedia memberikan 100 ekor unta asalkan Abdullah menerima lamarannya.
Abdullah menolak lamaran tersebut dengan bijaksana. Ini disebabkan dia menurut keputusan ayahnya yang mahu menjodohkannya dengan puteri Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah yang bernama Siti Aminah.
Setelah perkahwinan Abdullah dengn Siti Aminah berlangsung, wanita bangsawan yang pernah melamar Abdullah telah menyatakan sebab dia ingin mengahwini Abdullah. Keinginannya untuk menjadi isteri kepada Abdullah disebabkanoleh mimpi yang diperolehi pada suatu malam ketika berada di tepi Kaabah. Dia melihat satu sinar yang terang-benderang terpancar di wajah Abdullah. Dia tahu sinar itu akan lahirnya seorang pemimpin besr daripada keturunan Abdullah kelak.
Sehingga kini, peristiwa itu masih lagi dikenang oleh Abdul Mutalib setiap kali menatap wajah cucunya. Abdullah rela meninggalkan isterinya yang sedang mengandung tiga bulan untuk berangkat ke Syam. Tujuannya semata-mata mengikuti rombongan kafilah untuk melaksanakan perdagangan yang dirintis oleh Abdul Mutalib.
Kafilah itu berhenti di suatu tempat yang bernama Gazzah. Di situlah orang-orang Arab menjalankan perdagangan dengan para pedagang Rom. Bangsa Arab menjual kulit binatang, gandum dari negeri Thaif dan perak daripada Bani Sulaim. Daripada bangsa Rom, mereka membeli pelbagai perhiasan, minyak wangi dan rempah ratus.
Tetapi, Abdul Mutalib berasa amat sedih kerana Abdullah tiada bersama ketika kafilah itu pulang ke Makkah.
"Ke manakah perginya Abdullah?" tanya Abdul Mutalib dengan cemas.
"Dia sakit. Kini dia berada di Madinah dan dirawat oleh Bani Najjar," kata rakan serombongan Abdullah.
Dengan segera Abdul Mutalib mengutuskan Harith, putera sulungnya, untuk menyusul ke Madinah. Siti Aminah menunggu berita tentang suaminya itu dengan tabah.
Tetapi Harith pulang ke Makkah tanpa Abdullah. Ini kerana Abdullah telah meninggal dunia.
Setiap orang memandang Muhammad, bagaikan Abdul Mutalib harus bertanggungjawab akan keadaannya yang sekarang telah yatim piatu. Itulah sebabnya beliau sangat sayang kepada Muhammad lebih daripada dirinya sendiri. Oleh kerana kasih sayang itulah Muhammad merasa amat terhibur dan terlindung.
Tetapi dunia kesedihan yang dialami oleh Muhammad sejak kecil lagi masih belum berakhir. Apakah bakal pemimpin harus melalui penderitaan demi penderitaan? Apakah musibah mesti menimpa ke atasnya sebagai batu ujian bagi kepemimpinannya pada masa hadapan?
Kesedihan yang harus ditanggung oleh Muhammad ternayta belum juga berakhir. Abdul Mutalib jatuh sakit. Sakitnya semakin parah dari sehari ke sehari. Beliau hanya berada di tempat tidur dan tidak mampu untuk bangun.
Apa lagi, wajahnya kian pucat seakan-akan darah tidak lagi mengalir di tubuhnya. Bibirnya biru. Matanya cengkung dan nafasnya mula menjadi sesak.
Muhammad dengan sabar menjaga datuknya. Abdul Mutalib menangis sambil mengusap-usap punggung cucunya itu. Beliau berpesan kepada anaknya yang bernama Abdul Manaf atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Talib.
"Sekiranya umurku tidak panjang, jagalah Muhammad. Peliharalah dia dengan penuh rasa cinta, seperti aku mengasihinya dengan segenap jiwa raga."
Beberapa hari selepas kematian datuknya itu, Makkah menjadi sebuah kota yang sepi . Semua penduduknya berwajah duka. Mereka berkabung. Ini disebabkan oleh pemergian seorang pemimpin yang dihormati lagi disegani. Abdul Mutalib meninggal dunia ketika berusia 80 tahun.
ASYABUL FIL
SUATU ketika tentera Abrahah yang berjumlah seramai puluhan ribu orang itu telah menyerang negeri di bawah pemerintahan Dzu Nafar. Dzu Nafar dengan gagah menyerbu bersama pasukannya yang cuma beberapa puluh orang saja.
Tentu sekali dengan jumlah tentera yang ramai, Abrahah mengalahkan Dzu Nafar dengan mudah. Akhirnya, Dzu Nafar dapat ditewaskan oleh Abrahah.
Dzu Nafar telah dijatuhkan hukuman mati. Bagaimanapun, setelah bersiap-siap mahu meneruskan perjalanannya, Abrahah mula terfikir sesuatu. Tenaga Dzu Nafar dapat digunakan untuk menjadi penunjuk jalan menuju ke Hijaz.
Akhirnya dengan rasa terpaksa, Dzu Nafar menurut juga. Jika tidak, negeri dan jajahannya akan dimusnahkan.
Sewaktu tentera Abrahah tiba di kawasan Bani Khas'am dan Bani Himyar, runtuhan batu-batu menghalang mereka. Penduduk setempat, baik lelaki ataupun perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak, tampil menentang tentera Abrahah dan menewaskan mereka. Padahal mereka tidak mempunyai senjata dan kemahiran yang secukupnya.
Di samping itu, pemimpin mereka yang bernama Nufail bin Habib telah menaikkan semangat rakyatnya untuk terus berjuang menyelamatkan Kaabah daripada ancaman tentera Yaman tersebut. Rakyatnya berjuang bagaikan singa-singa gurun yang terluka.
Tetapi tuah tetap menyebelahi Abrahah dan tenteranya. Tentera Abrahah telah berjaya menumpaskan tentera Nufail bin Habib. Ibarat gajah menghadapi pelanduk, betapa berani dan cerdiknya pelanduk, gajah tetap menang.
Nufail bin Habib dan beberapa pemimpin kedua-dua suku itu akhirnya ditangkap setelah semua anak buahnya ditewaskan. Mereka dijadikan tawanan. Mereka dipaksa untuk menjadi penunjuk jalan menuju ke Makkah.
Tetapi orang-orang tawanan itu telah berpakat secara rahsia untuk membawa tentera Abrahah ke jalan yang salah. Mereka membelok ke suatu arah sehingga harus melalui negeri Taif. Negeri itu terletak di dataran tinggi dengan keadaan alam yang sungguh subur. Rakyatnya pula makmur.
Tujuannya supaya ketibaan Abrahah di Makkah dapat ditunda. Abdul Mutalib sebagai penguasa Kaabah boleh juga melengkapkan kekuatan tentera supaya dapat menandingi jumlah tentera Abrahah yang ramai itu.
Tetapi, alangkah kecewanya orang-orang tawanan itu. Penduduk Taif merupakan golongan hartawan yang berjiwa kerdil. Mereka lebih menyayangi kehidupan yang senang-lenang. Mereka berjuang semata-mata untuk membela kehormatan bangsa Arab saja.
Dengan membongkok yang hampir menyembah bumi, penduduk Taif menyambut kedatangan tentera Abrahah dengan penuh hormat. Dengan berbuat demikian, Taif dan penghuninya tidak diganggu. Tetapi ketakutan mereka itu tercatat dalam sejarah dengan dakwat hitam yang bercoreng tebal.
Akibatnya, keangkuhan Abrahah dan tenteranya semakin menjadi-jadi. Mereka tidak lagi menghargai bantuan kabilah-kabilah Arab itu. Tetapi sebaliknya mereka menindas kabilah-kabilah tersebut. Mereka meminta dilayan seperti tuan. Bangsa Arab tidak dipandang dengan sebelah mata oleh panglima penakluk dari Habsyah yang menjajah Yaman itu.
Perjalanan berikutnya hanya mengandungi kisah-kisah kelalaian Abrahah dan tenteranya. Angkatan perang Abrahah telah berkhemah di luar pintu gerbang Kota Makkah.
Abrahah pun memerintahkan tenteranya beristirahat. Pada waktu yang amat singkat, ribuan khemah telah didirikan di pelbagi penjuru. Tujuannya untuk mengepung Kota Makkah dari semua penjuru.
Sambil memegang janggutnya, Abrahah tersenyum. Dia memandang bangunan Kaabah yang keliihatan samar-samar itu. Tidak lama lagi, bangunan itu akan diratakan dengan tanah.
Semasa istirahat bagi melepaskan penat, Abrahah mengirimkan beberapa orang perisik untuk meninjau kedudukan Kota Makkah. Di samping itu, mereka juga ditugaskan untuk menyelidik setakat mana penduduk Makkah melindungi Kaabah dan kota mereka itu.
Perisik-perisik yang ditugaskan memerhati keadaan Kota Makkah itu merasa hairanmenyaksikan keadaan di sana. Mereka menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku. Wajah sebahagian besar penduduknya kelihatan riang. Mereka tidak membuat sebarang persediaan.
Para penggembala masih menjalankan tugas mereka dengan tenang. Mereka mengiringi ternakan tuannya di padang rumput kaum Quraisy yang terletak tidak jauh dari khemah tentera Abrahah.
Haiwan ternakan yang terletak di tengah-tengah padang rumput itu berjumlah lebih daripada 400 ekor. Semuanya kepunyaan kaum Quraisy. Di samping itu, terdapat beberapa ekor haiwan peliharaan milik penduduk yang tinggal di sekitar Kota Makkah.
Menjelang petang, beberapa ketua kabilah Arab di Kota Makkah datang menghadap panglima Abrahah. Mereka membuat permohonan kepada Abrahah supaya tidak meruntuhkan Kaabah yang mereka hormati selama ini.
Kabilah yang kaya-raya itu berjanji akan menyerahkan sepertiga daripada harta mereka. Ini termasuklah kanak-kanak dan gundik-gundik. Apa yang penting, Abrahah sedia menunaikan permintaan mereka.
Tetapi Abrahah hanya mendiamkan diri. Dia masih dengan keputusannya. Dia telah bertekad memusnahkan Kaabah dari muka bumi ini.
Abrahah mengutuskan beberapa orang kuatnya ke Makkah untuk memberitahu kepada penduduk di situ bahawa mereka tidak mahu memusnahkan rakyat tempatan. Tetapi mereka mahu meruntuhkan Kaabah supaya araj kibalat manusia untuk beribadaht beralih ke arah San'a di Yaman.
Penduduk Makkah juga diberitahu bahawa di San'a telah dibangunkan debuah gereja besar yang diberi nama Quraisy. Ini sebagai tanda Abrahah amat menghormati kaum Quraisy.
Tetapi semua yang dikatakan oleh Abrahah hanya ucapan kososng belaka. Tentera Abrahah telah merampas kesemua ternakan milik kaum Quraisy dan haiwan peliharaan kepunyaan kabilah-kabilah yang menghuni perkampungan di sekitar Makkah.
Sebanyak 200 ekor unta Abdul Mutalib, iaitu penguasa Kaabah, telah ditawan dan dibawa ke khemah mereka. Inilah yang membuat Abdul Mutalib merasa marah dan tersinggung.
Perbuatan tentera Abrahah tersebut telahdilaporkan oleh penggembala Abdul Mutalib. Beliau segera mengenakan jubahnya yang terbaik.Tanpa dikawal oleh sesiapa pun, beliau berangkat ke khemah Abrahah sendirian.
Beliau tidak merasa takut atau gentar sedikit pun apabila berhadapan dengan panglima yang bengis lagi garang itu. Ramai penduduk yang menangisi pemergiannya.
Apakah yang tersimpan di hati panglima yang gagah itu? Bagaimana nasibnya setelah berhadapan dengan Abrahah?
Semua orang merasa khuatir. Cuma Abdul Mutalib yang tidak merasa takut. Beliau harus meyakinkan hati serta perasaannya. Inilah yang mengukuhkan lagi kekuatannya.
Alhamdulillah.
KECINTAAN KEPADA AL-QURAN
![]() |
gambar hiasan |

Disusun : AZIZAH SHARIFF
Tajuk buku : KECINTAAN KEPADA AL-QURAN
Siri : Siri Riwayat Islam
Tahun Cetakan : 1994
Publisher : PENERBITAN AL-RAMADHAN
Dicetak oleh : ATLAS PACKAGING & PRINTING SDN BHD
Bilangan muka surat : 32
ISBN : 983-9793-68-3
Comments
Post a Comment