KHAULAH BT. AZUR/AZWAR/AZUAR Srikandi Perang Yarmuk

Bismillahirrahmaanirrahiim Berdepan Dengan Pasukan Rumawi Berita tentang kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin Walid, si Pedang Allah dalam pertempuran menentang kaum kafir penyembah api di daerah Parsi, semakin menguatkan pendirian Khalifah Abu Bakar untuk mengutus pasukan Islam yang dipimpin oleh panglima yang gagah berani itu, kerana pasukan Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah tidak berdaya melakukannya. Pemerintah dari khalifah ini segera dilaksanakan oleh Khalid bin Walid dengan penuh patuh dan disiplin, lantas beliau dengan penuh semangat juang memimpin pasukannya menuju utara Makkah. Peristiwa ini terjadi pada tahun 13 Hijrah. Berita pergantian panglima perang Islam ini sampai kepada Kaisar Hiraclius, pemimpin Rumawi ketika itu. Berita ini amat mengejutkan beliau, se...