Kisah Serigala dengan Nabi Ya'qub A.S. dan Nabi Ibrahim Dibakar

bismillahirrahmaanirrahiim

KISAH SERIGALA DAN NABI YA'QUB A.S.

Dalam sebuah riwayat ada menceritakan tentang saudara-saudara Yusuf A.S. Mereka telah datang dengan membawa seekor serigala yang ditangkap dengan cara paksa lau ditunjukkan kepada ayah mereka Nabi Ya'kub. Saudara-saudara Yusuf dengan berkata : "Wahai ayah, inilsh serigala yang telah memakan Yusuf. Apabila Nabi Ya'kub mendengar penjelasan anak-anaknya itu maka dia pun bersendirian dengan serigala itu.

Nabi Ya'kub sembahyang dua rakaat dan kemudiannya beliau berkata kepada serigala yang di depannya itu : "Wahai serigala apakah benar kamu telah memakan anakku Yusuf yang menjadi kesayanganku? "Setelah Nabi Ya'kub berkata demikian maka Allah S.W.T. pun mengizinkan serigala itu berkata-kata :

"Wahai Nabi Ya'kub, aku berlindung dengan Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya daging para nabi tidak akan dimakan oleh binatang-binatang buas. Sebenarnya anaak-anak kamu itu telah menangkap aku dengan kekerasan dan membawa aku kepadamu".

Mendengarkan kata-kata serigala itu maka tahulah Nabi Ya'kub bahawa anak-anaknya itu berdusta padanya, kemudian Nabi Ya'kub bertanya lagi : "Wahai serigala katakan kepadaku bagaimanakah kamu boleh jatuh ke tangan mereka dan kemanakah tujuan kamu". Kata serigala : "Wahai Nabi Ya'kub, sebenarnya saya dari daerah Jurjan dan sedang dalam perjalanan untuk bertemu saudara di Kan'an, kami bersaudara kerana Allah".

 Tanya Nabi Ya'kub : "Wahai serigala mengapa kamu hendak mengunjunginya?". Jawab serigala : "Wahai Nabi Ya'kub, ayahku telah mengatakan dari nenekku, dan nenekku dari nenekmu Nabi Ibrahin A.S. beliau telah berkata : "Barang siapa mengunjungi saudaranya yang bersaudara kerana Allah, maka Allah S.W.T. mencatat seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatn, dan diangkat baginya seribu darjat serta akan diselamatkannya dari siksa pada hari Qiamat dengan sebab kunjungannya kepada saudaranya itu. Dan Allah S.W.T. akan mengumpulkan dia dan saudaranya itu di syurga seperti kumpulnya jari telunjuk dengan jari tengah". Kata serigala itu lagi : "Saya hemdak mengunjungi saudara sesusuan saya kerana saya dengar berita tentang kematiannya dan saya rasa sungguh sedih.

Kemudian Nabi Ya'kub berkata : "Tulislah oleh kamu sekalian hadis dari segala ini". Kisah ini diterangkan dalam surah Yusuf ayat 13-18. Betapa dengan kekuasaan Allah S.W.T.,tiada perkara yang dapat disembunyikan. Dan tiada sesuatu yang mustahil, jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku. Kalau binatang boleh mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari maka kenapakah kita tidak mengamalkan ilmu yang kita pelajari. Hanya Islam yang menjaminkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu hendaklah kita belajar dan mengamalkan segala yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita supaya kita menjadi umat kebanggaan beliau.

KISAH NABI IBRAHIM DIBAKAR

Setelah keputusan hukuman dibuat bahawa Nabi Ibrahim harus dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup oleh penyembah-penyembah berhala, maka persiapan untuk menyalakan api pun dimulakan. Ramailah orang datang menyumbangkan kayu dan bahan-bahan bakar. Tujuan mereka ialah untuk menghidupkan api yang paling ganas. Mereka memikul kayu kayu setakat yang mampu untuk membakar Nabi Ibrahim  kerana telah memusnahkan berhala-berhala mereka.

Terdapat juga wanita-wanita hamil yang mengambil kononnya tuhan-tuhan berhala mereka akan memudahkan mereka bersalin dan menyembuhkan penyakit yang mereka hadapi. Semua bahan-bahan bakar dikumpulakn di suatu tempat lapang dan berbukit tinggi. Setelah itu api mula dihidupkan. Maka kelihatanlah api yang sangat ganas. Beberapa ekor burung yang berterbangan di udara jatuh ke dalam api tersebut disebabkan tingginya api itu menjulang. Kemudian Nabi Ibrahim pun dibawa orang dengan tangannya diikat ke tempat yang tinggi dekat dengan api yang sedang marak menyala itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman kepada api : "Hai api, hendaklah engkau menjadi sejuk dan selamat terhadap Ibrahim" (surah al-Anbiya ayat 69). Apabila saat yang ditunggu tiba maka Nabi Ibrahim pun dicampak ke dalam api yang sangat marak, tetapi Allah S.W.T. telah perintahkan api supaya tidak mengapa-ngapakan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim tetap bertawakal kepada Allah S.W.T. kerana dia tahu Allah S.W.T. tidak akan membiarkan api membakarnya disebabkan keganasan orang-orang kafir. Apabila Nabi Ibrahim berada dalam kelompok api yang sangat ganas dia berasa sejuk dan api yang marak tadi hanya membakar tali dan rantai yang diikat pada Nabi Ibrahim saja. Apa saja yang Nabi Ibrahim pakai tidak terbakar. Begitu juga dengan anggotanya tidak sedikit pun disentuh api tersebut. Hal ini merupakan satu mukjizat Allah S.W.T. berikan kepada Nabi Ibrahim. Orang ramai yang menyaksikan upacara pembakaran tersebut merasa terkejut apabila mereka melihat Nabi Ibrahim keluar dari kelompok api yang sudah padam dan yang tinggal hanyalah abunya saja.

Orang-orang yang menyakikan peristiwa tersebut bertanya-tanya sesama sendiri tentang perkara ajaib yang mereka lihat. Timbul kesedaran tentang kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Para pemimpin dan pembesar negeri berasa sangat malu atas perkara yang berlaku. Mereka juga merasa amat kesal kerana usaha mereka mengumpulkan kayu selama berminggu-minggu hanya sia-sia saja.

Peristiwa itu banyak menyedarkan kesilapan yang mereka lakukan dan akhirnya mereka kembali kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Kisah Nabi Ibrahim, telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 124-132, dalam surah al-An'am ayat 74-83, surah Al-Anbiya ayat 51-73 dan dalam surah ash-Shaffat ayat 83-113.

Penyelenggara : MOHD KHALIL SREEDARAN [ JABATAN PENGAJIAN MEDIA,                                                 UNIVERSITI MALAYA ]
Suntingan : DR. MOKHTAR MUHAMMAD  Ph.D [ FAKULTI SEBARAN AM, UNIVERSITI                         TEKNOLOGI MARA ]
Tajuk buku : Kisah Serigala dengan Nabi Ya'qub A.S. dan Nabi Ibrahim Dibakar
Siri : KISAH BENAR AL-QURAN & HADITH
Tahun Cetakan : -
Terbitan : Maselga Book Enterprise
Dicetak oleh : Yeohprinco Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat : 15
ISBN : 983-9182-08-0

Comments

Popular posts from this blog

KHAULAH BT. AZUR/AZWAR/AZUAR Srikandi Perang Yarmuk

ISABELLA Pemusnah Islam di Sepanyol