Posts

SALMAN AL-FARISI MEMELUK AGAMA ISLAM

Image
 BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM Salman Mencari Kebenaran Pada zaman Rasullullah (saw) ada seorang pemuda yang memeluk agama Islam. Pemuda itu berasal dari Parsi. Namanya ialah Salman, tetapi dia lebih dikenali dengan nama Salman Al-Farisi. Sebelum memeluk agama Islam, Salman telah menganut berbagai agama, seperti agama Majusi dan agama Nasrani. Menurut keterangan Ibnu Ishak – guru Ibnu Hisyam, seorang ahli sejarah terkenal – Salman adalah berbangsa Parsi. Dia dilahirkan di sebuah kampung bernama Jaiyyu yang terletak dalam kawasan negeri Isbihan. Ayahnya adalah seorang ketua kampung yang kaya-raya. Salman amat disayangi oleh ayahnya, melebihi kasih sayangnya kepada yang lain. Kasih sayang ayahnya kepadanya, menyebabkan Salman tidak dibenarkannya pergi ke mana-mana agar dia selalu dapat berjumpa dengan anak kesayangannya itu. Sebagai seorang pemuda yang dilahirkan di kalangan masyarakat yang beragama Majusi, iaitu agama penyembah api, Salman amat taat menjalankan perintah agama...

KHAULAH BT. AZUR/AZWAR/AZUAR Srikandi Perang Yarmuk

Image
Bismillahirrahmaanirrahiim   Berdepan Dengan Pasukan Rumawi           Berita tentang kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam di bawah  pimpinan Khalid bin Walid, si Pedang Allah dalam pertempuran menentang kaum kafir penyembah api di daerah Parsi, semakin menguatkan pendirian Khalifah Abu Bakar untuk mengutus pasukan Islam yang dipimpin oleh panglima yang gagah berani itu, kerana pasukan Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah tidak berdaya melakukannya.             Pemerintah dari khalifah ini segera dilaksanakan oleh Khalid bin Walid dengan penuh patuh dan disiplin, lantas beliau dengan penuh semangat juang memimpin pasukannya menuju utara Makkah. Peristiwa ini terjadi pada tahun 13 Hijrah.           Berita pergantian panglima perang Islam ini sampai kepada Kaisar Hiraclius, pemimpin Rumawi ketika itu. Berita ini amat mengejutkan beliau, se...