Posts

Showing posts from September, 2014

Kisah Serigala dengan Nabi Ya'qub A.S. dan Nabi Ibrahim Dibakar

bismillahirrahmaanirrahiim KISAH SERIGALA DAN NABI YA'QUB A.S. Dalam sebuah riwayat ada menceritakan tentang saudara-saudara Yusuf A.S. Mereka telah datang dengan membawa seekor serigala yang ditangkap dengan cara paksa lau ditunjukkan kepada ayah mereka Nabi Ya'kub. Saudara-saudara Yusuf dengan berkata : "Wahai ayah, inilsh serigala yang telah memakan Yusuf. Apabila Nabi Ya'kub mendengar penjelasan anak-anaknya itu maka dia pun bersendirian dengan serigala itu. Nabi Ya'kub sembahyang dua rakaat dan kemudiannya beliau berkata kepada serigala yang di depannya itu : "Wahai serigala apakah benar kamu telah memakan anakku Yusuf yang menjadi kesayanganku? "Setelah  Nabi Ya'kub berkata demikian maka Allah S.W.T. pun mengizinkan serigala itu berkata-kata : "Wahai  Nabi Ya'kub, aku berlindung dengan Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya daging para nabi tidak akan dimakan oleh binatang-binatang buas. Sebenarnya anaak-anak kamu itu telah menan...

ISABELLA Pemusnah Islam di Sepanyol

Image
bismillahirrahmanirrahiim ISABELLA PENGGERAK KEMAJUAN SEPANYOL ISABELLA adalah nama yang dikenang oleh rakyat Amerika Syarikat kerana jasanya yang besar kepada penemuan bumi negara itu. Permaisuri Isabella telah menjadi penggerak kepada cita-cita Cristopher Columbus untuk sampai ke sebuah bu mi yang terkenal dengan panggilan 'Dunia Baru' iaitu bumi Amerika Syarikat sekarang. DIBENCI UMAT ISLAM Zaman beliau menjadi permaisuri, negeri Sepanol mencapai kemajuan yang besar dan pengaruhnya meluas hingga ke seluruh Eropah. Namun bagi umat Islam, Isabella adalah satu nama yang sangat dibenci, kerana usahanya menghancurkan pemerintahan Islam dan meleburkan umat Islam di kawasan Eropah itu. KETURUNAN DIRAJA  Isabella adalah puteri Raja Juan Kedua yang memerintah Castile dan Leon, dilahirkan dalam tahun 1451. Dia keturunan Raja Louis Kesembilan yang memerintah Perancis dan ada hubungan kekeluargaan dengan bangsawan dia Lancaster di England. Ketika umurn...

IBNU RUSYD

Image
bismillahirrahmanirrahim IBNU RUSYD atau nama lengkapnya Abu al-Walid bin Ahmad bin Muhammad bin Rusyd dilahirkan pada tahun 1126 (520H) ke dalam sebuah keluarga berbangsa Sepanyol yang terpelajar dan barada. Datuknya, Muhammad bin Rusyd yang berfahaman mazhab Maliki memegang jawatan Kadi Besar Cordova semasa pemerintahan Daulat al-Murabithin (1009-1144M/400-541H). Di samping itu, dia juga imam di Masjid Besar Cordova, Andalusia (kawasan selatan Sepanyol). Dia pernah menulis tentang falsafah, syariah dan pendapat hukum( fatwa ). Karya-karyanya itu kemudian dikumpulkan oleh muridnya, Ibnu Warran. Bapa Ibnu Rusyd juga Kadi Besar Cordova. Tidak ada hasil penulisannya yang dapat dikesan tetapi seperti kebanyakan pemimpin masyarakat Islam pada masa itu, dia gemar mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan. Rumahnya sering dijadikan tempat pertemua tokoh-tokoh ilmu. Mereka berbincang dan berhujah tentang ilmu agama dan hal ilmiah yang menarik perhatian golongan cerdik pandai semasa. ...

SALAHUDDIN AL-AYYUBI Pahlawan dari Seratus Medan Perang

Image
Bismillah PAHLAWAN DARI SERATUS MEDAN PERANG Salahuddin Al-Ayyubi atau disebut oleh orang Barat dengan panggilan 'Saladin' ialah seorang pahlawan Islam yang amat disayangi oleh umat Islam dan disanjungi oleh orang-orang Barat. Sungguhpun dia pahlawan yang handal di medan perang sehingga digelarkan 'Pahlawan Dari Seratus Medan Perang' , tetapi mempunyai peribadi yang mulia dan akhlak yang tinggi. BELAJAR DENGAN BAPA DAN BAPA SAUDARA Namanya yang sebenar ialah Al-Nasir Salahuddin Yusof bin Najmuddin Al-Ayyubi berasal daripada keturunan Kurdi di negeri Armenia, lahir pada tahun 1138 di Tikrit yang sekarang ini terletak di Iraq. Pada waktu kecil Salahuddin mendapat asuhan daripada bapanya sendiri dan bapa saudaranya rang bernama Asaduddin Syirkuh. Bapanya ialah orang yang bijak dalam pentadbiran negeri dan bapa saudaranya pula pahlawan yang gagah dan berani lagi handal dalam peperangan. Kedua-duanya itu menjadi orang besar dalam kerajaan Syria di bawah pemerin...

AL-KHWARIZMI

Image
bismillahirrahmanirrahim   Bagaimanakah agaknya sistem pernomboran kita jika orang islam tidak mencipta angka kosong? Atau, jika angka kosong itu tidak dipopularkan oleh ilmuan-ilmuan Islam seperti al-Khwarizmi? Sebelum angka kosong atau sifar ( sifr dalam bahasa Arab; cipher , dalam bahasa Inggeris) digunakan dalam hitungan, orang menggunakan abacus sempoa , iaitu daftar yang berbentuk jadual untuk menunjukkan angka-angka tunggal, puluhan, ratusan dan seterusnya. Tujuan daftar ini ialah untuk memastikan supaya setiap angka tidak saling tertukar dari kedudukannya dalam hitungan. Sistem pernomboran Rumawi juga tidak mempunya angka kosong. Orang Roman, misalnya, menggunakan lambang I untuk menyatakan bilangan satu, V (5), X (10), L (50), C (100), dan M (1000). Untuk menyatakan angka yang tidak mempunyai lambangnya sendiri, contohnya 80 dan 90, mereka menyusun lambang-lambang yang sudah ditetapkan itu seperti berikut : 80 = L (50)  + X (10)  +...