WASIAT TERAKHIR
bismillahirrahmaanirrahiim Umar Sebagai Seorang Khalifah Apabila Abu Bakar merasakan yang sakitnya semakin tenat, maka ia pun menjemput Abdul Rahman bin Auf datang dan bertanyakan fikirannya tentang diri Umra. "Apa pandanganmu tentang Umar?" "Umar? Memang layak untuk menjadi khalifah! Biarpun ramai yang tidak menyetujuinya kerana sifat kerasnya." Kemudian Abu Bakar meminta supaya Uthman datang menemuinya lalu bertanya: "Apa pandanganmu tentang diri Umar?" "Batinnya lebih baik daripada zahirnya. Tidak ada di antara kami orang yang lebih layak daripada Umar untuk diangkat menjadi khalifah!" Setelah itu, Abu Bakar pun memintapandangan dari kaum Muhajrin dan Ansar mengenai ciri Umar. Sebahagian besar daripada mereka amat setuju dengan cadangan Abu Bakar itu. Setengah daripada sahabat amat takut dan gerun mendengarkan cadangan Khalifah Sayidina Abu Bakar hendak melantik Umar sebagai penggantinya. Terbayang kepada mereka betapa kera...