WASIAT TERAKHIR
bismillahirrahmaanirrahiim
Umar Sebagai Seorang Khalifah
Apabila Abu Bakar merasakan yang sakitnya semakin tenat, maka ia pun menjemput Abdul Rahman bin Auf datang dan bertanyakan fikirannya tentang diri Umra.
"Apa pandanganmu tentang Umar?"
"Umar? Memang layak untuk menjadi khalifah! Biarpun ramai yang tidak menyetujuinya kerana sifat kerasnya."
Kemudian Abu Bakar meminta supaya Uthman datang menemuinya lalu bertanya:
"Apa pandanganmu tentang diri Umar?"
"Batinnya lebih baik daripada zahirnya. Tidak ada di antara kami orang yang lebih layak daripada Umar untuk diangkat menjadi khalifah!"
Setelah itu, Abu Bakar pun memintapandangan dari kaum Muhajrin dan Ansar mengenai ciri Umar. Sebahagian besar daripada mereka amat setuju dengan cadangan Abu Bakar itu.
Setengah daripada sahabat amat takut dan gerun mendengarkan cadangan Khalifah Sayidina Abu Bakar hendak melantik Umar sebagai penggantinya.
Terbayang kepada mereka betapa kerasnya hati Umar selama ini, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang memusuhi orang-orang Islam.
Sebahagian daripada mereka datang menemui Abu Bakar dan membantah cadangannya.
"Umar adalah seorang yang baik. Itu tidak dapat dinafikan. Tetapi, Umar adalah seorang yang keras hati, yang sukar diajak berunding." Aduan itu didengar oleh Abu Bakar dengan teliti.
"Semuanya itu terjadi ketika Baginda Rasulullah (s.a.w.) masih hidup lagi. Dan Umar ketika itu adalah orang biasa, seperti kita juga. Apa akan terjadi kalau ia dilantik menjadi khalifah nanti."
Memang benar aduan-aduan seperti ini. Segala apa yang mereka kemukakan, semuanya ada dalam pengetahuan Abu Bakar.
"Tetapi... Adakah tingkah laku Umar selama ini menyalahi undang-undang Allah?" Tanya Abu Bakar kembali.
"Kalau tidak menyalahi, apa yang saudara semua perlu takutkan. Umar berani kerana benar. Dia tidak pernah mengusik atau menyakiti orang yang beriman dan taatkan perintah Allah!"
Mereka yang datang mengadu kelihatan diam. Tidak menyoal lagi. Tidak ada yang perlu ditakutkan kalau mereka tidak melakukan kesalahan.
"Ketika Islam mula berkembang seperti hari ini, kita amat memerlukan orang-orang Islam yang kuat, ikhlas dan kuat azam seperti Umar".
Sayidina Abu Bakar telah memerintahkan Sayidina Uthman menulis surat wasiatnya supaya orang-orang Islam memilih Sayidina Umar sebagai gantinya, katanya :
Setelah itu Sayidina Uthman pun keluar mendapatkan orang ramai dengan membawa surat wasiat yang telah dimatrikan itu lalu berkata :
"Adakah tuan-tuan bersedia akan bersumpah taat setia kepada khalifah baru yang tersurat namanya dalam wasiat ini?"
"Bersetuju !" Jawab mereka beramai-ramai.
Sakit yang semakin berat itu menyebabkan Sayidina Abu Bakar tidak berupaya keluar mendapatkan orang ramai. Ia hanya berupaya menjengukkan kepalanya dari tingkap rumahnya. Lalu berucap :
"Adakah tuan-tuan sudi menerima orang yang saya lantik menjadi khalifah tuan-tuan?"
"Kami sedia taat setia!". Sahut mereka serentak.
Setelah itu Sayidina Abu Bakar pun menjemput Sayidina Umar, lalu berwasiat kepadanya.
Setelah Sayidina Umar keluar daripada situ, maka Sayidina Abu Bakar pun mengangkat tangannya berdoa, "Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak menghendaki yang demikian itu melainkan kebaikan jua. Aku takut umat Islam ditimpa fitnah perpecahan, lalu aku berijtihad melantik seorang khalifah, seorang yang lebih baik di antara mereka..."
Pada petang Isnin, 21 haribulan Jamadilakhir, tahun Hijrah ketiga belas, Khalifah Sayidina Abu Bakar pun wafat, lalu dimakamkan di sisi kubur Rasulullah (s.a.w.) pada malam itu juga.
Sayidina Umar telah dipilih menjadi khalifah menggantikan khalifah Sayidina Abu Bakar. Pada keesokan harinya, orang ramai telah mengangkat sumpah taat setia kepadanya.
Pada hari itu, ia telah naik atas mimbar lalu memuji Allah, selawat atas Nabi serta memuji akan jasa-jasa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar. Kemudian ia berucap. Di antara kandungan ucapannya ialah,
"Tuan-tuan!... Saya ini tidak lebih dan tidak kurang daripada seorang lelaki di antara tuan-tuan. Kalaulah tidak kerana perintah khalifah Sayidina Abu Bakar, nescaya tidaklah saya memegang tanggungjawab ini.
Nampaknya, orang ramai gerun akan kekerasan saya. Dan saya telah diberitahu bahawa ; Umar berlaku keras terhadap kami ketika Baginda masih hidup lagi. Ia juga telah berlaku keras ketika Abu Bakar menjadi khalifah. Maka betapa halnya sekarang? Segala perkara telah tergenggam di tangannya?
Ketahuilah, bahawa kekerasan yang ada pada saya itu telah saya pergandakan, tetapi akan hanya menimpa atas orang-orang yang zalim dan menceroboh hak orang lain.
Adapun orang yang bersikap aman damai, menjunjung perintah-perintah Allah dan bertujuan baik, maka saya amatlahberlemah lembut kepada mereka..."
Umar mempunyai sifat-sifat keperwiraan yang agong dan mempunyai akal yang tajam. Ia mempunyai sifat berterus terang dan berani. Tidak gentarkan sebarang bahaya, serta mempunyai azam kuat untuk menegakkan kalimah Allah.
Beliau telah menjalankan keadilan kepada semua orang, termasuk pegawai-pegawainya, pada tiap perkara, sama ada kevil atau besar.
Ia tidak menaruh belas kasihan atau membela orang yang melakukan kesalahan, biarpun kecil. Ia adalah seorang khalifah yang mempunyai tradisi membela rakyat daripada angkara pegawai-pegawainya, dan menghantarkan orang-orangnya mengintip rahsia orang ramai dan rahsia pegawai-pegawainya.
Al-Quran, adalah panduannya yang utama. Yang membentuk dirinya menjadi seorang yang bersifat zuhud lagi takwa, menjauhkan diri daripada kemewahan hidup dan tipudaya.
Pada suatu hari, ketika hendak menyambut kedatangan dari luar negeri, puterinya, Habsah telah berkata kepadanya.
"Ayah! Ayah bersalinlah dengan pakaian yang indah apabila wakil-wakil dari luar negeri itu datang menghadap ayah!"
Sayidina Umar merenung muka puterinya.
"Ayah juga boleh perintahkan supaya disajikan dengan hidangan yang baik-baik untuk tetamu, juga untuk ayah." Tambah Habsah.
"Habsah. Adakah kau tahu, bahawa orang yang lebih mengetahui hal seseorang itu, adalah terdiri daripada kaum keluarganya sendiri?" Tanya Umar kembali.
"Bahkan!" jawab Habsah.
"Kalau demikian, kenapa kita perlu tukar cara hidup kita dengan berpura-pura?" Habsah kelihatan membisu.
"Jawablah!" Habsah merasai betapa jujurnya hati ayahnya.
"Tahukah kau wahai Habsah, bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah berkekalan menjadi nabi, dan bersama-sama ahli rumahnya, Baginda tidak kenyang di siang hari, melainkan beliau mengikat perut di malamnya, dan tidak kenyang di waktu malamnya, dan tidak kenyang di waktu malam melainkan beliau mengikat perut di siangnya!"
Segala sifat dan kelakuan Rasulullah (s.a.w.) masih tetap segar dalam ingatan Umar.
"Tahukah kau Habsah, bahawa Rasulullah (s.a.w.) biasanya tidur atas sehelai gebar berlipat dua. Tetapi engkau, pada satu malam telah melipatnya menjadi empat lapis. Lalu Baginda tidur di atasnya. Apabila ia bangun tiba-tiba ia bersabda; "kamu telah menghalang daku daripada bangun pada malam hari kerana gebar yang berlapis-lapis ini. Lipatlah dua sahaja seperti biasa."
Umar ingin menjadikan kehidupan Rasulullah (s.a.w.) sebagai contoh dirinya. Dan sebenarnya, segala niat sucinya itu adalah tersemai dalam jiwanya.
"Demi Allah, ayah sedia tahan menanggung derita kesempitan hidup. Mudah-mudahan ayah akan dapat menikmati kemewahan hidup, di dunia dan akhirat."
Pada suatu ketika, Jabalah bin al-Ayham, raja negeri Ghassan yang bernaung di bawah kerajaan Rom telah menyedari tentang kekalahan yang diterima oleh Harkules. Banyak kabilah-kabilah Arab penduduk negeri Sham memeluk Islam.
Ia menyedari bahawa kerajaan dan kemuliaannya tidak akan berkekalan. Kerana itu, dengan segera ia pun menulis surat kepada Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, panglima agong tentera Islam di negeri Sham, menyatakan bahawa dirinya, dan kaum keluarganya telah memeluk Islam.
Jabalah telah mengutus surat kepada Sayidina Umar, bermohon dibenarkan menghadapnya di Madinah. Jabalah telah berangkat ke Madinah bersama-sama dengan lima ratus orang kaum kerabat dan pengikutnya.
Kedatangannya telah disambut oleh Sayidina Umar. Penduduk Madinah telah keluar melihat angkatan Jabalah, Raja Ghassan yang masyhur itu.
Jabalah telah memerintahkan dua ratus orang pengikutnya berlengkap dengan senjata dan berhias dengan pakaian sutera yang indah-indah. Kuda-kuda mereka dihiasi dengan kalung-kalung daripada emas dan perak. Raja Jabalah sendiri mengenakan mahkotanya yang bertatahkan permata.
Tidak berapa lama tinggal di Madinah, maka tibalah musim haji. Jabalah bersama-sama Sayidina Umar pun berangkat ke Makkah mengerjakan haji.
Ketika sedang bertawaf di baitullah, seorang lelaki dari suku Fazarah telah terpijak selimpangnya. Ini telah menyebabkannya murka, lalu menempeleng lelaki tadi.
Lelaki berkenaan menemui Sayidina Umar, dan bercerita apa yang terjadi. Apabila Jabalah mengaku benar apa yang telah terjadi, Sayidina Umar pun berkata kepadanya :
"Tuan telah mengaku melakukan perbuatan yang salah. Kerana itu tuan perlu meminta maaf dan memberi sagu hati kepada lelaki ini!" Kata-kata Sayidina Umar itu benar-benar memeranjatkan Jabalah.
"Bagaimana saya boleh menerima hukuman sedemikian itu. Lelaki ini adalah orang tepi jalan dan saya seorang raja ternama!" Jabalah membantah.
"Islam telah menjadikan saudara dan dia setara. Tidak ada apa-apa kelebihan saudara terhadapnya, melainkan dengan takwa dan amaln yang baik."
Dengan nada kesal dan sedi Jabalah berkata:
"Saya sangkakan, apabila saya telah memeluk agama Islam, saya akan mendapat kedudukan yang lebih mulia daripada kedudukan saya ketika jahiliah dulu." Sama sekali ia tidak menyangka yang Umar memberi hukuman seperti itu.
"Tinggalkan sahaja sangkaan saudara itu. Sekarang, jika saudara enggan mengambil hati orang itu, tidak meminta maaf, maka saya akan mengembalikan haknya dengan menjatuhkan hukuman selayaknya terhadap saudara." Jawab Umar tegas.
"Kalau begitu saya akan masuk agama Nasrani semula!" Ancam Jabalah.
"Kalau saudara masuk agama Nasrani, saya akan penggal leher saudara, kerana saudara telah memeluk Islam. Jadi, apabila saudara murtad, maka saya akan bunuh saudara."
Jabalah menyedari betapa tegasnya pendirian Sayidina Umar yang sebenar, lalu berkata dengan lembut.
"Kalau begitu, beri saya tempoh memikirkan perkara ini pada malam ini."
Pada malam itu juga, raja Ghassan, bersama pengikut-pengikutnya keluar dari Makkah lari menuju ke Constantinopal menghadap Harkules. Di sana, ia telah memeluk agama Nasrani semula dan mendapat penghormatan dari maharaja Rom.
Sifat Zuhud dan kehidupan Umar bin Khattab yang sederhana itu tetap tidak berubah biarpun negara Islam yang terletak di bawah menerintahannya semakin luas, manakala kekayaan datang mencurah-curah ke Madinah.
Sebagai seorang khalifah, wang bulanan dari baitulmal diambil hanya mencukupi untuk belanja diri dan keluarganya, sama seperti yang telah ditetapkan oleh khalifah Islam yang pertama, Sayidina Abu Bakar.
Ketika ditanya tentang anggaran belanja yang diambilnya dari Baitulmal, Umar menjawab:
"Cukuplah bagi saya sehelai baju untuk musim panas, dan sehelai lagi untuk musim sejuk. Belanja dan kenderaan pergi haji selain daripada belanja keluarga. Saya tidak lebih daripada seorang Islam yang lain."
Ketika ditanya tentang harta baitulmal dan dirinya, beliau menjawab:
"Kedudukan harta baitulmal dan saya tidak ubah seperti harta anak yatim. ANdainya saya tidak memerlukan sebarang bantuan, saya tidak akan mengambil apa-apa darinya. Jika saya berhajat, saya akan mengambil menurut apa yang patut."
Pada suatu hari, bekalan kain dari negeri Yaman telah tiba, lalu dibahagi-bahgikan kepada orang Islam. Setiap orang mendapat sehelai termasuk dirinya sendiri.
Pada hari Jumaat berikutnya, Sayidina Umar pun naik mimbar dengan memakai sehelai baju germis, yang dibawa dari Yaman.
Ketika berkhutbah, tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang berada di hadapannya bangun dan berkata dengan suara yang lantang.
"Kami tidak mahu mendengar dan tidak mahu taat."
"Kenapa?" Tanya Sayidina Umar.
"Kerana Amirul Mukminin telah mendapat lebih daripada apa yang kami dapat. Pada hari itu, Amirul Mukminin mendapat sepotong kain yang datang dari Yaman, pada hal kain itu tidak cukup untuk dibuat gamis kerana tuan seorang yang tinggi panjang."
Mendengarkan kata-kata itu, Sayidina Umar berpaling kepada anaknya Abdullah lalu berkata:
"Abdullah!...Jawab olehmu."
"Saya telah berikan kain saya sepotong untuk mencukupkan baju gamis itu!" Jawab Abdullah.
"Kalau begitu, saya tunduk mendengar dan taat."
Pada suatu malam Sayidina Umar telah keluar bersama-sama Aslam untuk meninjau kehidupan penduduk Madinah yang tinggal di luar bandar.
Tiba-tiba kelihatan kepadanya sebuah khemah, lalu dihampirinya. Didengarnya ada suara seorang perempuan sedang mengerang kesakitan hendak bersalin. Setelah memberi salam, ia pun masuk bertanyakan hal yang sebenar.
"Isteri saya sedang sakit hendak bersalin." Kata suami perempuan yang sedang mengerang kesakitan.
"Tidak adakah orang lain yang datang menolongnya?"
"Tidak. Kami orang miskin. Tidak mempunyai apa-apa. Saudara-mara pun jauh. Jadi bagaiman kami hendak mendapat pertolongan?"
"Kata-kata itu terlalu menyayat hati Sayidina Umar, lebih-lebih lagi apabila mendengar rintihan isterinya yang tidak berhenti-henti itu. Lalu ia balik rumah.
"Mahukah awak mendapat ganjaran pahala seperti yang telah dilorongkan oleh Tuhan kepada kamu?" Tanya Sayidina Umar kepada isterinya sebaik-baik tiba di rumah.
"Mahu. Tentunya mahu!" Jawab Ummi Kalthum.
Lalu Sayidina Umar keluar bersama isterinya. Ia membawa bersamanya tepung dan lemak, manakala Ummi Kalthum membawa barang-barang keperluan orang bersalin.
Ummi Kalthum telah mendapatkan perempuan yang sedang sakit, manakala Sayidina Umar duduk berbual-bual dengan suaminya, yang tidak mengenalinya. Tidak berapa lama perempuan itu pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Ummi Kalthum keluar dari bilik tempat perempuan itu terbaring sambil berkata kepada suaminya.
"Ya Amirul Mukminin. Sampaikan berita yang menyukakan kepada sahabat Amirul Mukminin, isterinya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki."
Tercengang lelaki tadi mendengar kata-kata Ummi Kalthum. Rupa-rupanya, orang yang bersusah payah menolongnya itu ialah Amirul Mukminin.
"Maafkan saya tuan, saya tidak mengenali tuan!" Tangannya kelihatan terketar-ketar menjabat tangan Sayidina Umar, lalu menciumnya.
"Tidak mengapa, kita semua sama. Tidak ada perbezaan antara kita di sisi Allah."
Setelah diberikan belanja, Sayidina Umar pun memohon diri lalu balik ke rumah bersama-sama isterinya.
Di malam yang lain, ketika beliau keluar di kota Madinah untuk meninjau hal rakyat jelata, ia telah mendengar tangisan bayi dari sebuah rumah yang usang. Tangisan itu kedengaran memanjang tidak berhenti-henti.
Setelah memberi salam dan diizinkan masuk, Sayidina Umar pun mengingatkan si ibu supaya memujuk anaknya. Setelah dipujuk, bayi itu pun berhenti sebentar, tetapi menangis semula tidak berapa lama selepas itu.
Sayidina Umar telah mengingatkan ibu berkenaan supaya memujuk anaknya, tetapi bayi yang didukungnya itu tetap menangis. Suaranya semakin kuat membelah kesepian malam.
Sayidina Umar pun berpatah balik ke rumah berkenaan dan mengherdik si ibu.
"Kenapa anak itu dibiarkan menangis sepanjang malam?"
"Anak ini lapar, bukan saya tak memujuknya, dia tak mahu diam kerana lapar." Jawab si ibu dengan berlinangan air mata.
"Kenapa jadi begitu." Tanyanya tidak tahu.
"Kerana Khalifah Umar tidak menetapkan pemberian bagi kanak-kanak yang belum bercerai susu."
Setelah si ibu memberitahu umur bayi itu, Umar pun berkata:
"Mengapa awak ceraikan susu bayi ini, padahal umurnya masih terlalu muda."
Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang Subuh, Sayidina Umar, dengan berlinangan air mata telah berkata kepada orang yang berada di masjid.
"Malangnya Umar! Berapa banyak anak-anak orang Islam telah dibunuh olehnya!"
Lalu ia memerintahkan orang-orangnya supaya mencanang di seluruh negeri, meminta agar para ibu tidak menceraikan susu anaknya sebelum tiba masanya.
Catuan akan diberi setiap bulan bagi setiap bayi. Undang-undang ini telah dijalankan di seluruh negeri.
Dalam satu peristiwa lain, Sayidina Umar telah melihat seorang perempuan bersama anak-anaknya duduk menghadap sebuah periuk yang terletak di atas api. Semua anak yang berhampiran dengannya menangis tidak berhenti-henti.
Ketika ditanya hal yang sebenar, perempuan itu menjawab: "Anak-anak ini semuanya lapar."
"Kenapa tidak diberi makan?"
"Bagaimana kami hendak beri makan. Kami tidak ada makanan?" Terlalu hiba hati Sayidina Umar mendengarkan penderitaan yang sedang disaksikan di hadapannya. Kanak-kanak yang ada dihadapannya. Kanak-kanak yang ada di hadapannya terbaring bergelimpangan sambil menangis mengharapkan makanan.
"Apa benda yang ada dalam periuk ini?"
"Tidak ada benda dalam periuk ini, selain daripada air panas."
"Untuk apa?" Tanyanya lagi.
"Supaya mereka terhibur sebelum tidur. Mereka mengharapkan makanan, dalam keadaan letih itu mereka akan tertidur dengan sendirinya. Tuhan jua yang akan menjadi hakim antara kami dengan khalifah Umar!"
Timbang rasa dan sifat belas kasihan Sayidina Umar seumpama ini telah menjadikan orang ramai sukakan pemerintahannya. Mereka menganggapnya bukan hanya seorang khaliifah, tetapi sebagai seorang bapa bagi anak-anak yatim dan orang yang lemah lagi menderita.
Hati rakyat jelata kasih kepada Sayidina Umar kerana keadilannya, yang telah dilaksanakan dalam menjalankan pentadbirannya.
Pada suatu ketika, Abdul Rahman (anak Sayidina Umar) ketika berada di Mesir telah terlanjur perbuatannya, menyebabkannya minum arak bersama seorang rakannya bernama Abu Saruah.
Menyedari kesalahan yang telah dilakukan, mereka berdua pergi menghadap Umru Ibn al-As pesuruh jaya Mesir, memohon agar dihukum menurut hukuman syarak, iaitu dera.
Umru Ibn al-As telah mengherdik dan menghalau mereka berdua. Tiba-tiba Abdul Rahman berkata:
"Kalau tuan tidak mendera kami, saya akan beritahu ayah saya apabila saya balik nanti."
Mendengarkan kata-kata itu, Umru Ibn al-As menyedari sekiranya ia tidak menjalankan deraan, Sayidina Umar akan murka dan akan memecatnya.
Lalu ia memerintahkan keduanya pergi ke halaman rumah dan didera. Kemudian, Abdul Rahman masuk dalam sebuah bilik lalu mencukur rambut kepalanya.
Beliau tidak menulis atau mengutus surat mengenai peristiwa itu, hinggalah ia menerima surat dari Sayidina Umar, yang menyatakan, di antara kandungannya.
"Daripada hamba Allah, Umar Amirul Mukminin, kepada al-'asi (Umru) Ibn al-'Asi (si penderhaka anak si penderhaka). Ajaib aku melihat kamu wahai Ibn al-'As, dan melihat keberanianmu melanggar perintahku dan menyalahi apa yang telah kujanjikan kepadamu.
Aku tak dapat mengelak daripada memecat kamu. Kamu mendera Abdul Rahman di rumahmu dan mencukur kepalanya di rumahmu, padahal kamu tahu perkara itu menyalahi perintahku.
Sebenarnya, Abdul Rahman hanya salah seorang dari rakyatmu. Kamu boleh lakukan kepadanya apa yang kamu lakukan kepada orang Islam lain, tetapi kamu pula mengatakan, ianya adalah anak Amirul Mukmini, padahal kamu tahu aku tidak akan berlemah-lembut kepada sesiapa jua yang melakukan kesalahan.
Oleh itu, apabila suratku ini sampai ke tanganmu, hantarlah dia (Abdul Rahman) kepadaku supaya dia tahu setakat mana buruknya perbuatan yang dilakukannya itu."
Umru Ibn al-As telah menghatar Abdul Rahman kepada ayahnya. Di samping ia telah mengutus surat kepadanya untuk meminta maaf.
Ia juga telah menyatakan bahawa hukuman telah dijalankan ke atas mereka berdua di halaman rumah. Ia bersumpah dengan nama Allah, memang lazimnya ia menjalankan hukuman di halaman rumah, tidak kira siapa.
Surat itu dihantarkan bersama-sama dengan Abdullah bin Umar, Abdul Rahman tiba di Madinah, lalu masuk menghadap ayahnya dengan memakai baju bulu dalam keadaan tidak dapat berjalan kerana masih menanggung sakit akibat dera yang diterima.
Melihatkan hal Abdul Rahman yang terlalu teruk, Abdul Rahman Ibn Auf cuba menyabarkan Sayidina Umar.
"Ya Amirul Mukminin. Abdul Rahman sakit teruk akibat hukuman yang diterima. Ia telah didera kerana kesalahan yang dilakukan!"
Rayuan itu tidak dihiraukan. Sayidina Umar telah menjalankan hukuman dera terhadap anaknya sendiri, menyebabkan anaknya sakit yang bersangatan lalu mati.
Sayidina Umar sering memperingatkan pegawai-pegawai yang dilantik supaya menjalankan keadilan dan bukan untuk menunjukkan kuasa. Dalam ucapannya kepada rakyat jelata beliau ada berkata:
"Saya tidak melantik pegawai-pegawai supaya mereka memukul atau memaki hamun, ataupun mengambil harta benda kamu, tetapi saya melantik mereka untuk mengajar kitabullah dan sunnah nabi kepada kamu. Barang siapa dianiaya oleh pegawainya, ia hendaklah menyampaikannya kepada saya dengan segera supaya saya beri hukuman yang setimpal dengan kezaliman yang dilakukannya itu."
Keadilan Sayidina Umar memang termasyhur. Banyak kejadian sejarah membuktikan dengan jelas.
Beliau pernah berkata: "Rakyat akan berjalan dengan betul, iaitu taat setia andainya pemimpin mereka berjalan dngan betul, iaitu adil."
Katanya lagi: "Rakyat akan tunduk kepada ketua, apabila ketua itu tunduk kepada Allah. Andainya ketua itu derhaka, maka rakyat akan derhaka kepadanya."
Cara pentadbiran yang dijalankan oleh Sayidina Umar memangnya keras, biarpun terhadap anak penak dan kaum kerabatnya sendiri, sehinggakan orang rmai merasa ngeri hendak melakukan kesalahan.
Pada suatu hari, sahabat-sahabat nabi telah berkumpul, iaitu Ali, Uthman, Talha, az-Zubair, Abdul Rahman bin Auf dan Saad bin Abi Waqqas. Oleh kerana Abdul Rahman lebih rapat dengan Umar, merka pun melantiknya supaya menghadap Sayidina Umar, bermohon kiranya ia dapat berlembut sedikit, kerana kerapkali terdapat orang ramai yang hendak mengadu kepadanya, tetapi tidak berani berbuat demikian. Mulutnya seumpama tidak terbuka untuk berkata-kata.
Ketika derada di hadapan Sayidina Umar, Abdul Rahman berkata:
"Ya Amirul Mukminin. Berlembutlah kepada orang ramai. Kerapkali orang datang hendak mengadukan hal kepada tuan, tetapi tidak jadi, kerana mengenangkan kekerasan tuan. Dengan ini mereka balik dengan hampa begitu sahaja."
"Wahai Abdul Rahman." Sayidina Umar kelihatan merenung tepat muka sahabatnya.
"Dengan nama Allah aku ingin bertanya. Tidakkah Ali, Uthman, az-Zubair dan Saad yang menyuruh engkau datang padaku?"
"Demi Allah. Benarlah kata-kata tuan itu." Jawab Abdul Rahman.
"Wahai Abdul Rahman. Aku telah berlembut hingga aku merasa takut kalau tidak dapat menjalankan perintah Allah dengan kelembutan itu, kemudian aku berkeras terhadap mereka, hinggakan timbulnya rasa takutkan Allah tentang kekerasan yang aku lakukan itu. Kalau begitu, beri akan daku jalan yang boleh membawa keluar dari keadaan demikian itu, dalam tujuan menjunjung perintah Allah?"
Akhirnya Abdul Rahman keluar dengan berlinangan air mata setelah mendengar penjelasan dari Sayidina Umar. Ia memahami betapa ikhlasnya hati Sayidina Umar terhadap tindak-tanduk yang telah dilakukan ketika mentadbir dan berhadapan dengan rakyat.
Pada satu hari Sayidina Umar telah berkata kepada orang-orang yang datang menghadapnya.
"Bagaimanakah kalau saya lantik ketua kamu daripada sebaik-baik orang yang saya ketahui. Kemudian ia saya perintahkan supaya berlaku adil. Apakah dengan itu saya telah selesaikan segala tanggungjawab saya terhadapnya."
"Sudah tentu!" Jawab mereka.
"Tidak. Belum lagi, sehinggalah saya lihat kerjanya dahulu. Adakah dia telah menunaikan perintah-perintah yang telah ditetapkan!"

Tulislah, bismillahirrahmanirahim. Inilah yang diwasiatkan oleh Abu Bakar bin Abi Qahafah, dalam akhir hayatnya di dunia, yang sedang bersedia hendak meninggalkannya, dan dalam permulaannya memasuki alam akhirat, iaitu alam yang di dalamnya orang-orang kafir akan beriman, orang-orang fasik akan yakin, dan orang-orang dusta akan berkata benar. Saya telah memilih ganti saya Umar Ibni al-Khattab menjadi khalifah bagi kamu. Dengar dan taatlah kamu kepadanya. Saya tidak berjanji kepada Allah, Rasulnya, agamanya dan diri saya sendiri, melainkan janji yang bertujuan baik jua. Kalau Umar telah menjalankan keadilan, dan itulah yang saya sangkakan terhadap dirinya, dan itulah yang saya ketahui tentang pendiriannya...

***
Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepada nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. ( Maksud al-Quran Surah al-Maaidah: 3 )
***
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. ( Maksud al-Quran Surah Ibrahim : 41 )
***
Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. ( Maksud al-Quran Surah Maryam : 14 )
***
Alhamdulillah
Disusun : Amirul Hidayah bin Amran
Tajuk buku : WASIAT TERAKHIR
Siri : Siri UMAR BIN KHATTAB
Tahun Cetakan : 1990
Publisher : Pustaka Al-Mizan
Dicetak oleh : Ultimate Print Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat : 22
ISBN : -
Comments
Post a Comment