Gadis Jelita Terlepas Dari Siksaan

bismillahirrahmaanirrahiim
gambar hiasan

Kisah ini terjadi di kota Basrah. Di pinggir kota ini terdapat sebuah kampung yang didami oleh seorang ibu bersama anak perempuannya. Wajah anaknya itu sangat jelita. Kerana itu, ibunya sangat sayang kepadanya. Segala hajat anaknya itu sedia ditunaikan.

Walau pun ibunya sangat sayang kepada gadis itu, tetapi Allah lebih menyayanginya. Tibalah ajalnya untuk kembali ke sisi Allah dalam usia yang masih muda. Kematiannya adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh ibunya. Boleh dikatakan setiap hari perasaan ibu itu diselubungi duka dan hiba.

Pada suatu hari, ibu itu tidak dapat menahan perasaan dukanya lalu pergi berjumpa seorang alim. Ibu itu mengadulah segala keresahan yang sedang dia tanggung sekarang ini . Setelah segala-galanya diceritakan, di ameminta agar orang alim itu menolong mengatasi kesusahannya itu.

Orang alim itu amat terharu apabila mendengar cerita ibu yang kematian anaknya. Ibu itu mahu berjumpa anaknya sekalipun sekadar dalam mimpi. Dia amat rindukan anaknya. Itulah permintaan ibu tadi pada orang alim itu berfikir untuk menunjukkan jalan bagaimana ibu tersebut dapat bertemu dengan anak kesayangannya.

"Benarkah ibu mencintai Rasulullah dengan sebenar-benar cinta?", tanya orang alim itu. Ibu tadi menjawab, "Benar tuan! Tiada yang lebih saya cintai dalam hidup ini kecuali Rasulullah." Kalau begitu, ibu selalulah berselawat kepada Rasulullah sebanyak mana yang boleh," nasihat orang alim itu.

Seperti biasa sebelum tidur, ibu itu berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Kebetulan pada malam itu dia bermimpikan anaknya. Tetapi dia amat terperanjat apabila dilihat anaknya keadaan itu ibunya terlalu sedih dan tidak tahu intuk berbuat apa-apa.

Esoknya ibu itu pergi menemui orang alim dan menceritakan segala peristiwa yang telah berlaku dalam mimpinya. Orang alim itu amat terharu bila mendengar mimpi ibu tersebut yang dirasakan suatu yang benar. Orang alim itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ibu itu terus berlalu dari situ dengan hati yang hiba.

Seminggu selepas peristiwa itu berlalu, orang alim itu telah bermimpi. Dia didatangi oleh seorang gadis jelita yang tidak dikenali. "Tuan masih ingat kepada ibu tua yang sangat merindui anaknya kemudian datang berjumpa tuan untuk meminta pertolongan?" Tanya gadis jelita itu. "Oh ya! Saya ingat, " jawab orang alim itu.

"Sayalah anak gadis itu." Gadis itu memperkenalkan dirinya. "Tapi ibumu berkata yang engkau disiksa," kata orang alim itu dengan rasa tidak percaya. "Memang benar, saya pernah disiksa. Tetapi pada suatu hari, kuburan saya dilalui oleh seorang lelaki yang sangat cintakan Rasulullah. Hidupnya mengikut sunnah Rasulullah dan dia telah menghadiahkan pahala selawatnya kepada kami di dalam kubur. Maka segera penyiksaan dihentikan, " demikian cerita gadis itu.

Orang alim itu terjaga dari tidurnya. Keesokan hari, mimpi itu diceritakan kepada ibu gadis itu. Bersyukurlah ibunya kepada Allah kerana melepaskan anaknya dari siksaan tersebut.

Alhamdulillah



Cerita : FATIMAH HJ. OMAR 
Tajuk buku : Gadis Jelita Terlepas Dari Siksaan
Siri : Siri Akhlak Mulia
Tahun Cetakan : 1992
Publisher : MEDIA EHSAN SENDIRIAN BERHAD
Dicetak oleh : Polygraphic Marketing Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat : 22
ISBN : 983-9682-44-X

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Serigala dengan Nabi Ya'qub A.S. dan Nabi Ibrahim Dibakar

ISABELLA Pemusnah Islam di Sepanyol

IBNU RUSYD