Berkat Orang Soleh
bismillahirrahmaanirrahiim
Pada suatu masa dahulu, ada dua orang lelaki yang bersahabat baik. Mereka amat menyayangi di antara satu sama lain dan sentiasa bantu membantu di dalam semua pekerjaan. Sekiranya mendapat rezeki sedikit atau banyak mereka sama-sama membahagikannya dengan adil dan saksama.
Persahabatan mereka sangat baik tetapi peribadi mereka amat berbeza. Seorang daripada mereka berakhlak buruk. Dia suka melakukan kejahatan dan hampir seluruh usianya dihabiskan dengan berbuat dosa. Berbeza dengan sahabatnya. Dia berakhlak mulia dan sangat terkenal dengan kesolehan, pemaaf dan rendah diri.
Apabila tiba ajalnya, mereka kembali ke sisi Allah untuk dihitung amalan masing-masing dan ditentukan tempat sama ada ke syurga atau ke neraka. Bagi lelaki soleh tadi, dia dikurniakan kedudukan yang mulia di syurga. Sementara sahabatnya yang jahat tadi dilemparkan ke neraka.
Ketika diiringi oleh malaikat Ridhwan menuju ke syurga, tiba-tiba lelaki tadi terhenti langkahnya. Dia melihat sekeliling dengan penuh keinsafan. Ketika hendak melangkah kembali, tiba-tiba dia terdengar suara teriakan. Suara itu amat dikenalinya iaitu suara sahabatnya yang jahat itu.
Lelaki soleh itu menghentikan langkahnya. "Kenapa, wahai ahli syurga?" Soal malaikat Ridhwan. "Hnatarkan aku ke neraka. Aku tidak mahu masuk ke syurga," katanya dengan tegas. Mendengar jawapan itu, terperanjatlah Malaikat Ridhwan lalu berkata, "Allah telah memerintahkan saya agar menghantar kamu ke syurga. Bukankah itu satu anugerah yang setimpal dengan amalanmu?"
Orang soleh itu tetap dengan pendiriannya. Dia mahu dihantar ke neraka. Katanya, "Aku tidak mahu ke syurga. Aku tidak perlu dilayan. Bawalah aku ke neraka sekarang juga." Namun, walaupun dipaksa dan dirayu, malaikat Ridhwan tetap enggan menurut permintaan lelaki soleh itu. Akhirnya timbullah pertengkaran di antara mereka.
Tiba-tiba terdengar satu suara dari alam ghaib berkata, "Wahai malaikatKu, sesungguhnya apa yang ada di dalam hatinya telah aku ketahui. Tetapi untuk lebih jelas kepadamu, kau tanyalah sendiri kepadanya mengapa dia enggan masuk ke syurga," perintah Allah.
Oleh kerana lelaki soleh itu tidak mahu malaikat Ridhwan terus bertanya, dia lalu berkata, "Tidakkah kau lihat tadi orang yang diseret ke neraka itu? Dia adalah sahabatku semasa di dunia. Ketika kita melewatinya tadi, dia menjerit-jerit meminta pertolongan. Apa kau tidak mendengar?" Tanya orang soleh itu lagi.
Dia menyambung lagi penjelasannya,"Aku sedar bahawa aku tidak dapat menolong melepaskannya dari azab neraka. Oleh kerana itu, biarlah aku ke neraka agar sama-sama merasa siksaannya." Katanya dengan nada hiba, "Itu saja yang boleh aku lakukan."
Tiba-tiba terdengar suara itu lagi, "Wahai hambaKu yang soleh, engkau rela masuk neraka demi persahabatanmu yang hanya sebentar sedangkan engkau telah beramal selama usiamu. Maka aku hadiahkan sahabatmu itu kepadamu dan bawalah dia masuk ke syurga, mudah-mudahan kamu bahagia untuk selama-lamanya."
Alhamdulillah.

![]() |
gambar hiasan |
Cerita : FATIMAH HJ. OMAR
Tajuk buku : Berkat Orang Soleh
Siri : Siri Akhlak Mulia
Tahun Cetakan : 1992
Publisher : MEDIA EHSAN SENDIRIAN BERHAD
Dicetak oleh : Polygraphic Marketing Sdn. Bhd.
Bilangan muka surat : 20
ISBN : 983-9682-49-0
Comments
Post a Comment