RAMLAH ABU SUFYAN

bismillahirrahmaanirrahiim

RAMLAH BINTI ABU SUFYAN ialah puteri kepada Abu Sufyan, seorang pemimpin kaun Quraisy. Ramlah telah berkahwin dengan Ubaidillah bin Jahsy. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Habibah.

Orang-orang kafir di Mekah berasa marah apabila mengetahui ramai penduduk di Mekah memeluk agama Islam. Mereka mula menyeksa orang-orang Islam.


Akhirnya Nabi Muhammad menyuruh orang-orang Islam berpindah ke Habsyah. Raja Habsyah dan penduduk-penduduk negara itu menerima orang-orang Islam dengan baik. Ramlah binti Abu Sufyan dan Ubaidillah bin Jahsy pun turut berpindah ke Habsyah.


Ramlah dan suaminya meninggalkan Mekah untuk menjauhkan diri daripada seksaan orang-orang kafir. Di sini mereka bebas menunaikan sembahyang. Tetapi, malang sekali nasib Ramlah. Suaminya Ubaidillah telah meninggalkan agama Islam dan telah memeluk agama Nasrani.


Ubaidillah kini menjadi seorang pemabuk dan pemarah. Dia jarang berada di rumah. Biasanya dia hanya akan pulang ke rumah setelah dinihari. Dengan kasar, dia menegtuk pintu rumah. Ramlha akan membuka pintu dan membawa suaminya yang mabuk ke bilik tidur.


Pada suatu malam setelah Ubaidillah keluar, Ramlah berasa sangat sedih. Ramlah segera menuju ke bilik tidurnya. Dia memandang kepada anaknya, Habibah. Ramlah menangis teresak-esak mengenangkan nasib dirinya dan anaknya. Dahulu , Ubaidillah melindungi dirinya daripada tindakan-tindakan kejam kaum kafir. Tetapi sekarang suaminya telah berubah.


Ubaidillah telah memaksa Ramlah meninggalkan agama Islam. Ubaidillah meminta agar Ramlah kembali kepada agama Nasrani atau bercerai dengannya.


Ramlah tidak mahu meninggalkan agama Islam. Ramlah masih berpegang kuat dengan ajaran Islam. Dia masih percaya bahawa Islam ialah agama sebenarnya.


Ramlah bangun dari tempat tidurnya. Dia berjalan ke belakang dan mengambil wuduk. Kemudian, dia bersembahyang untuk memohon pertolongan Allah yang Maha Kuasa.


Hari demi hari Ramlah menjadi semakin sedih. Dia tidak sanggup meninggalkan agama Islam. Ramlah ingin mati dalam Islam, agama yang paling sempurna. Di samping itu, dia juga tidak sanggup berverai dengan suaminya.


Ramlah juga bertanggungjawab melindungi anaknya, Habibah. Dia tidak mahu anaknya memeluk agama Nasrani. Seperti suaminya, Ramlah tidak boileh kembali ke kampung halamannya di Mekah. Ayahnya, Abu Sufyan ialah seorang pemimpin Quraisy dan paling kuat menentang Islam.


Ramlah selalu berdoan, memohon pertolongan daripada Allah. "Ya Allah yang Maha Bijaksana, tabahkanlah hatiku, kuatkanlah imanku. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus, jalan yang Kau-redai. Atas kehendakmu, segala ini berlaku kepada kami. Lepaskanlah kami daripada kesulitan ini. Perkenankanlah doa kami, Ya Allah."


Allah yang Maha Kuasa telah memperkenankan doa Ramlah. Akhirnya Ubaidillah meninggal dunia. Kini Ramlah menjadi janda. Tinggallah Ramlah bersama anaknya, Habibah.


Pada suatu pagi, Ramlah mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Ramlah segera membuka pintu. Dia melihat seorang wanita sedang berdiri di hadapan pintu. Daripada cara wanita itu berpakaian, tahulah Ramlah bahawa wanita itu ialah petugas istana. 


"Sila masuk," pelawa Ramlah dengan lembut.


"Saya diutus oleh Baginda Najasi untuk menyampaikan khabar gembira."


"Khabar gembira? Untukku?" tanya Ramlah kehairanan.


"Ya ! Baginda Najasi telah menerima sepucuk surat daripada Muhammad Rasulullah. Rasulullah meminta baginda melamarmu bagi pihaknya," kata utusan itu.


Ramlah terperanjat mendengar kata-kata wanita itu. Dia menyerahkan barang-barang kemasnya kepada wanita itu sebagai tanda terima kasih.


Wajah Ramlah berseri-seri dan bercahaya. Ramlah bersyukur kepada Tuhan. Dia berasa sungguh gembira kerana akan menjadi isteri Rasulullah. Kemudian, Ramlah mengunjungi saudaranya, Khalid bin Said. Ramlah menceritakan peristiwa itu kepada Khalid bin Said.


Tidak lama kemudian, Raja Najasi pun berangkatlah ke balai sitana. Semua tetamu kelihatan sangat gembira. 


"Siapakah wali Ramlah binti Abu Sufyan?" tanya Raja Najasi.


"Hamba," kata Khalid bin Said. "Ramlah binti Abu Sufyan telah mewakilkannya kepada hamba."


Maka Khalid bin Said pun menikahkan Ramlah dengan Rasulullah. Setelah upacara perkahwinan itu selesai, para tetangga dan para sahabat mengunjungi Ramlah untuk mengucapkan tahniah. Mereka juga membawa hadiah untuknya.


Pada suatu hari, Rasulullah telah menghantar utusan ke negeri Habsyah. Baginda berpesan supaya mebawa kembali orang-orang Islam ke Madinah. Jaafar bin Abi Thalib pun meminta izin daripada Raja Najasi untuk pulang ke Madinah. Pada hari yang ditetapkan, maka orang-orang Islam pun kembalilah ke Madinah. Ramlah binti Abu Sufyan sungguh gembira. Dia kan bertemu dengan suaminya Rasulullah s.a.w. Maka berangkatlah Ramlah bersama anaknya, Habibah menuju ke Madinah.


Akhirnya rombongan orang-orang Islam itu pun sampai di Madinah. Rasulullah menyambut mereka dengan gembira. Rasulullah sangat gembira melihat isteri baginda, Ramlah binti Abu Sufyan ada bersama kumpulan orang-orang Islam itu.


Rasulullah mengadakan kemduri untuk meraikan perkahwinan baginda dengan Ramlah. Ramlah berasa sungguh gembira di samping Rasulullah.


Ramlah seorang wanita yang beriman dan berbudi tinggi. Ramlah pandai menjaga dirinya sebagai seorang Rasul. Ramlah sentiasa berhati-hati agar isteri Rasulullah yang lain tidak cemburu. Ramlah sentiasa tersenyum dan berbaik-baik dengan isteri-isteri Rasulullah yang lain.


Segala usaha Ramlah berhasil. Isteri-isteri Rasulullah seperti Aisyah, Zainab, Juwairiyah dan Shafiyah menerima Ramlah dengan baik. Isteri-isteri Rasulullah juga sayang kepada Habibah, anak Ramlah. Kehidupan keluarga Rasulullah semakin bertambah bahagia.


Orang-orang Quraisy telah melanggar perjanjian yang dibuat denga orang-orang Islam sebelum itu. Ini bererti peperangan akan berlaku antara pihak Rasulullah dengan pihak Abu Sufyan. Ramlah sangat risau memikirkan hal ini. Ramlah sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk dan pertolongan kepadanya.


"Ya Allah, bukalah pintu hati ayahku agar memeluk agama Islam, seperti Umar bin Khatab, Khalid bin Walid dan Abdul Ash bin Rabi, suami puteri Rasulullah yang bernama Zainab. Semoga apabil ayahku memeluk Islam, umat Islam akan bertambah kuat, dan aku akan berasa lebih tenteram dan bahagia. Amin."


Orang-orang kafir semakin takut kepada orang-orang Islam. Orang-orang Islam semakin bertambah kuat dari sehari ke sehari. Orang-orang Quraisy meminta Abu Sufyan mengadakan perdamaian dengan kaum Muslimin.


Suatu hari, Abu Sufyan menyamar diri dan masuk ke Kota Madinah. Dia terus menuju ke rumah Ramlah. Abu Sufyan hendak duduk di atas tikar, tetapi Ramlah segera mengambil tikar itu.

"Anakku, engkau telah benar-benar membenci ayahmu. Masakan duduk di atas tikar pun ayah tak boleh?" kata Abu Sufyan.

"Itu tikar suamiku, Rasulullah s.a.w. Ayah seorang musyrik, kerana itu saya tidak suka kalau ayah duduk di atasnya," kata Ramlah.

Pada suatu malam, Abu Sufyan telah menyelinap masuk ke khemah orang-orang Islam. Tetapi perbuatan Abu Sufyan itu telah disedari oleh Abbas. Abbas mengajak Abu Sufyan memeluk agama Islam. Abbas membawa Abu Sufyan mengelilingi khemah orang-orang Islam. Dia ingin menunjukkan kekuatan orang-orang Islam kepada Abu Sufyan.

Umar ternampak Abu Sufyan. Dia meminta izin daripada Rasulullah untuk memenggal kepala Abu Sufyan, tetapi baginda tidak mengizinkan.

Keesokan paginya, Hamzah telah membawa Abu Sufyan berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah telah menyeru Abu Sufyan supaya memeluk agama Islam. "Hai, Abu Sufyan ! Belum tiba jugakah saatnya untuk kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah."

Malangnya, Abu Sufyan telah menolak seruan Rasulullah itu.

Dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, akhirnya, Abu Sufyan memeluk agama Islam. Rasulullah dan orang-orang Islam menyambut berita tersebut dengan gembira.

Apabila berita Abu Sufyan memeluk agama Islam sampai ke pengetahuan Ramlah, dia berasa terlalu gembira.

"Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan doaku. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang," katanya.

Pada suatu hari, Rasulullah telah berkata kepada Abu Sufyan. "Wahai Abu Sufyan, sampaikanlah kepada penduduk Mekah: Barang siapa masuk ke rumah Abu Sufyan selamat, barang siapa menutup pintu rumahnya selamat dan barang siapa yang masuk ke Masjidil Haram selamat." 

Tidak berapa lama kemudian, pasukan tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah masuk ke Kota Mekah. Rasulullah telah membuktikan kata-kata baginda kepada Abu Sufyan. Orang-orang Quraisy yang masuk ke rumah Abu Sufyan dan yang berlindung di dalam Masjidil Haram tidak diganggu oleh tentera Rasulullah.

Akhirnya, orang-orang Islam telah berjaya menakluki kembali Kota Mekah.

Khabar kemenangan tentera Islam itu telah sampai kepada Ramlah. Alangkah gembiranya hati Ramlah. Ayahandanya, Abu Sufyan telah memeluk agama Islam. Kini, suaminya Rasulullah pula telah berjaya dalam peperangan.

Ramlah seorang wanita yang berjiwa besar. Dia turut berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan agama Islam. Pada tahun 44 Hijrah, Ramlah binti Abu Sufyan telah meninggal dunia.

Alhamdulillah.


Oleh : WAN ALIA
Penasihat : USTAZ ISMAIL HASSAN
Tajuk buku : RAMLAH ABU SUFYAN
Siri : Siri Tokoh Agung Wanita Islam
Tahun Cetakan : 1994
Penerbit : Penerbitan AL-RAMADHAN
Dicetak oleh : Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Bilangan muka surat : 22
ISBN : 967-974-342-3


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Serigala dengan Nabi Ya'qub A.S. dan Nabi Ibrahim Dibakar

ISABELLA Pemusnah Islam di Sepanyol

IBNU RUSYD