PAHLAWAN BERWAJAH BURUK
bismillahirrahmaanirrahiim
- BURUNG-BURUNG ABABIL
ABDUL MUTALIB sedang mengemaskan barang-barangnya kerana mahu menuju ke tempat perkhemahan tentera Abrahah. Tiba-tiba seorang utusan musuh datang mahu menemuinya.
"Adakah kamu pemimpin negeri Hijjaz?" tanya wakil tentera itu dengan kasar.
"Cuba kamu dengar baik-baik akan ucapanku ini atas nama Abrahah dan bala tenteranya," katanya lagi. "Pasukan Abrahah adalah sebuah pasukan yang sangat kuat. Sesungguhnya kami akan menang dalam sekelip mata saja."
Abdul Mutalib tidak menjawab sepatah kata pun. Beliau tidak takut. Beliau juga merasa tidak panik. Malah beliau tidak juga buntu sehingga hilang akalnya.
Tetapi, apa yang yang diniatkan dalam hatinya hanya untuk menemui Abrahah. Tanpa membawa sebarang senjata dan hanya ditemani oleh anaknya, Harith, Beliau telah pergi ke perkhemahan Abrahah. Sebenarnya yang mahu ditemuai beliau adalah seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan.
Ternyata kegagahan dan keberanian Abdul Mutalib membuatnya disegani. Abrahah telah menyambut kedatangan beliau sesuai dengan tatacara kenegaraan. Abdul Mutalib dihormatinya sebagai seorang pemimpin negeri Hijaz.
"Apakah hajat tuan menemui saya?" tanya Abrahah setelah tetamunya itu dijamu dengan hormatnya.
"Tuan telah merampas 200 ekor unta kepunyaan saya dan lebih 400 ekor unta kepunyaan saya dan lebih 400 ekor unta serta haiwan ternakan milik suku Quraisy dan suku-suku lain yang bernaung di bawah perlindungan kami. Saya datang untuk meminta agar unta dan haiwan ternakan saya itu dikembalikan," jawab Abdul Mutalib dengan tenang.
Abrahah terkejut. Dia tertawa terbahak-bahak, mengejek dan merendah-rendahkan sikap Abdul Mutalib.
Abrahah berkata secara mengejek. "Tuan ini aneh sekali. Saya datang untuk merobohkan Kaabah. Sementara tuan pula datang untuk suatu urusan yang remeh.
Di manakah rasa harga diri tuan? Tuan hanya meminta unta-unta tuan dikembalikan, sedangkan Kaabah dalam bahaya. Tidakkah tuan risau?"
"Tentu saja," sanggah Abdul Mutalib. "Unta-unta itu kepunyaan saya. Oleh itu, saya wajib memeliharanya.
Sedangkan Kaabah itu bukan kepunyaan saya. Kaabah milik Allah S.W.T. Allah S.W.T. saja yang akan melindunginya dan memeliharanya."
Abrahah kembali ketawa terbahak-bahak.
"Apakah Allah yang kononnya pemilik Kaabah itu mampu menghalang saya menghancurkannya?" tanya Abrahah.
"Saya tak tahu. Itu urusan Allah. Tapi saya yakin Allah pasti tak akan membiarkan miliknya dimusnahkan oleh sesiapa pun."
"Jadi, tuan tidak mahu meminta agar saya membatalkan niat saya itu?"
Abdul Mutalib menggeleng. "Tidak," jawabnya.
Jawapan tersebut membuatkan Abrahah merasa tidak tenang. Dia merasa hairan Abdul Mutalib begitu yakin akan kebesaran Allah S.W.T. melindungi Kaabah.
Apakah kata-katanya itu benar? Tidakkah dia berdusta? Sesungguhnya Abrahah merasa amat bimbang dan cemas.
Abrahah tetap ingin meruntuhkan Kaabah. Tanpa bertangguh lagi, dia memerintahkan semua unta dan haiwan ternakan yang dirampas oleh tenteranya dikembalikan segera kepada Abdul Mutalib. Ini disebabkan Abrahah dan tenteranya telah bersiap sedia menyerang Kaabah.
Setibanya di Makkah, Abdul Mutalib segera berseru kepada seluruh penduduk supaya keluar dari rumah masing-masing. Mereka diarahkan pergi ke bukit-bukit atau perkampungan di sekeliling kota itu.
Perintah ini dikeluarkan agar tidak terjadi sebarang pertempuran antara penduduk Makkah dengan tentera Abrahah. Ini menyebabkan nasib penduduk Makkah musnah. Dengan membawa bekalan dan haiwan ternakan masing-masing, semua rakyat berduyun-duyun keluar dari Makkah sehingga kota itu kosong tanpa penghuni.
Sebagai pemimpin bangsa Arab yang memegang kunci Kaabah, Abdul Mutalib menuju ke Kaabah. Lantas beliau melakukan tawaf dengan khusyuk beberapa kali. Kemudian beliau berdoa sambil menyerahkan nasib Kaabah kepada pemiliknya yang sejati, iaitu Allah S.W.T
Kemudian dengan perasaan yang tenang, Abdul Mutalib menyusuli kaumnya. Beliau mendaki gunung batu untuk berlindung di puncaknya. Walaupun meninggalkan Makkah, hatinya masih mengingati Kaabah.
Doanya tidak dibakar oleh panas matahari yang terik. Doanya menjadi awan putih yang berkumpul menuju ke hadrat Tuhan. Doa Abdul Mutalib itu dikabulkan oleh Allah S.W.T.
Ini disebabkan Kaabah sememangnya bukan milik sesiapa. Kaabah adalah kepunyaan Tuhan, iaitu Allah S.W.T.
Menjelang waktu keberangkatan tentera Abrahah menuju ke Makkah, sudah ada tanda-tanda sesuatu yang buruk akan berlaku.
Kesemua untanya tidak mahu berdiri. Mereka membantah ketika dihalau ke Makkah walaupun didera. Unta-unta itu seolah-olah telah mencium firasat itu sekiranya menurut dengan patuh perintah tuannya. Tetapi setelah dipaksa dengan lebih keras, unta-unta itu melangkah dalam keadaan yang lesu.
Tiba-tiba tiada siapa pun yang mengetahui dari mana datangnya ribuan burung dari langit. Burung-burung tersebut melayang-layang bagaikan bayangan hitam menyambar dengan ganas.
Burung-burung itu membawa seperti batu hitam di paruh masing-masing. Warna batu itu agak kecoklatan seperti tanah dan bergemerlapan cahaya merahnya seperti nyalaan api.
Batu-batu kecil itu bagaikan anak-anak panah meluncur ke bawah, menyerang seluruh tentera Abrahah termasuk ribuan gajah dan haiwan tunggangan atau beban yang lain. Dalam waktu yang singkat, Abrahah terkena serangan gatal-gatal di seluruh tubuhnya. Beberapa saat kemudiannya, dagingnya mula melepuh seperti daun pepohonan yang dicengkam oleh ulat-ulat.
Akhirnya Abrahah dan bala tenteranya mati dengan keadaan ngeri. Mayat mereka bergelimpangan bersama bangkai haiwan. Seolah-olah terjadi penyerangan raksasa terhadap angkatan tentera Abrahah. Tidak terkecuali juga tangan kanan panglimanya tergolek di atas pasir dalam keadaan yang amat mengerikan.
Sebahagian kecil daripada tentera Abrahah sempat melarikan diri daripada serangan wabak yang disebarkan oleh burung-burung yang ajaib itu. Tetapi akhirnya mereka binasa juga.
Ada yang panik sehingga terjerumus ke dalam jurang. Ada juga yang tersesat jalan di tengah gurun sehingga terkubur hidup-hidup di dalam timbunan pasir. Taufan yang dahsyat menutup jalan mereka. Ada pula yang berjaya tiba di pintu gerbang negeri Yaman.
Tetapi secara mendadak, entah dari mana air bah datang lalu menghanyutkan mereka. Rupa-rupanya Tuhan tidak mengizinkan mereka yang berniat jahat terhadap Rumah Suci-Nya.
Ribuan burung yang datang dengan cepat tadi, lenyap denga sekelip mata selepas selesai menunaikan tugasnya menghancurkan asyhabulfil , iaitu tentera bergajah di bawah pimpinan Abrahah bin Arsyam. Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.
Abdul Mutalib yang belum mendaki lebih tinggi merasa amat gembira mendengar berita ketewasan tentera Abrahah itu. Beliau memberi isyarat agar penduduk yang telah berpindah segera kembali ke Makkah. Ini disebabkan ada tugas besar yang menanti, iaitu mengebumikan mayat dan bangkai yang bergelimpangan.
Sungguhpun demikian, peristiwa yang mereka alami itu amat bersejarah. Dengan itu, tahun tersebut diberi nama Amul Fil atau Tahun Gajah.
Ketika itu tiada yang mengetahui bahawa pada tahun tersebut lahir seorang tokoh pengubah wajah yang bersejarah. Anak ini kelak akan melakukan perombakan secara besar-besaran terhadap watak dan tabiat umat manusia, dari alam kebodohan jahiliah ke alam terang-benderang hidayah dan ketauhidan.
Beliau adalah pemimpin yang tidak sahaja menyelamatkan manusia daripada kesengsaraan dunia, tetapi turut menyelamatkan manusia daripada ancaman kesengsaraan abadi di akhirat. Beliau adalah penutup semua nabi dan utusan Tuhan. Namanya Muhammad yang bererti Yang Terpuji.
PEMUDA itu benar-benar berwajah buruk. Kulitnya gelap, hidungnya lebar dan matanya agak juling. Dia merasa sangat sedih kerana mempunyai paras yang buruk itu.
Pemuda itu rajin beribadat. Tetapi dapatkah dia dengan wajahnya yang seburuk itu, dia masuk ke syurga?
Pada suatu hari, rasa bimbang itu disampaikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
"Apakah saya dengan keadaan seperti ini boleh memasuki syurga?" tanya pemuda itu sambil menangis dengan nada yang sedih.
"Sudah tentu tiada halangan bagimu, asalkan ibadatmu tekun dan ikhlas. Lantaran di hadapan Tuhan, semua manusia adalah sama. Orang yang mulia adalah orang yang paling bertakwa kepada Nya," jawab Nabi Muhammad s.a.w. dengan lembut.
Wajah pemuda itu berubah menjadi cerah. "Wahai Rasulullah. Saya telah jatuh hati dengan seorang gadis cantik, iaitu anak salah seorang sahabt daripada suku Ansar. Pinanglah gadis itu untuk saya," katanya lagi.
Nabi Muhammad s.a.w. terkejut. Tetapi baginda bertenang kembali. "Begini caranya. Kamu pergilah berjumpa dengan orang tua gadis itu bagi mewakili saya meminang anaknya untuk kamu," jawab baginda dengan bijak. "Setuju"?
Pemida itu mengangguk. Denga terburu-buru, dia menghadap ayah gadis itu.
"Maaf tuan. Saya diutuskan oleh Rasulullah untuk melamar anak perempuan tuan," kata pemuda itu.
Ayah gadis itu merasa amat gembira.
"Rasulullah menyuruh kamu malamar anak perempuanku? Sesungguhnya ini merupakan kehormatan bagi seluruh keluargaku. Katakan kepada Rasululllah, aku menerima pinangannya," jawab ayah gadis itu.
"Tetapi maksud Rasulullah, baginda melamar puteri tuan untuk menjadikannya isteri saya," jawab pemuda itu menyatakan maksudnya.
Tiba-tiba ayah gadis tersebut menjedi amat marah. Ini disebabkan mereka perasa pemuda itu telah mempermain-mainkan mereka.
"Tak sedar diri. Pemuda yang berwajah buruk ini berani melamar puteriku!" sanggahnya dengan kasar.
Pemuda itu dihalau keluar. Dengan segera dia meminta diri dan berlari dengan dukacita. Berjuta kekesalan menghantui perasaanya.
Anak perempuan suku Ansar itu telah mengikuti secara rahsia perbicaraan ayahnya dengan pemuda tersebut.
"Mengapa ayah menolak lamaran Rasulullah? Mengapa ayah?" tanya gadis itu dengan lembut.
"Kamu dipinang untuk menjadi isteri kepada pemuda itu, sayang!" sanggah ayahnya, membela diri.
"bagaimanapun, yang melamar saya adalah Rasulullah untuk menjadi isteri orang lain. Saya menyukai oemuda itu, ayah. Saya bersedia menjadi isterinya."
Ayah si gadis itu terperanjat. Dia merasa amat menyesal dengan perbuatannya itu. Dia menanggung malu yang amat sangat. Terfikir olehnya mengapakah dia menolak permintaan Rasulullah s.a.w.?
Dia pun terburu-buru pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Ketika itu, baginda sedang meredakan kesedihan dan kekecewaan pemuda tersebut.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan orang tua itu. "Bagaimana keputusan kamu sekarang?" tanya baginda. Seolah-olah baginda telah mengetahui tujuan orang tua itu.
"Saya terima anak muda ini sebagai calon menantu saya. Tetapi dengan syarat, mas kahwinnya itu nanti adalah 700 dirham," kata orang tua itu.
Setelah ayah si gadis itu pulang, pemuda tersebut semakin kebingungan. Dia bukannya semakin gembira atau bersukacita.
"Mengapa kamu berwajah muram setelah mendengar lamaranmu diterima?"
"Saya seorang pemuda yang miskin. Oleh itu, dari manakah saya boleh memperolehi 700 dirham untuk mas kahwin?"
Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum. :Memang sudah nasib," kata baginda.
"Kunjungilah tiga orang sahabatku, iaitu Abu Bakar, Uthman dan Abdur Rahman bin Auf. Katakan bahawa kamu memerlukan mas kahwin dan aku yang menyuruhmu," kata Rasulullah s.a.w. kemudiannya.
Dengan patuh pemuda tersebut melakukan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu. Alhamdulillah, daripada ketiga-tiga sahabt tersebut dia memperolehi 900 dirham, lebih 200 daripada yang diperlukan.
Pemuda itu segera membelanjakannya untuk kepentingan perkahwinannya, selain daripada yang 700 dirham untuk mas kahwin.
Tetapi sebaik saja barang-barang yang dibelinya itu mahu diserahkan ke rumah si gadis idaman, terdengarlah seruan di jalanan Kota Madinah.
"Al-Jihad, al-jihad!" yang bererti "Perang Suci, Perang Suci!"
Itu adalah pengumuman untuk mempelawa menjadi perajurit sukarela bagi menghadapi serbuan musuh ke Bukit Uhud.
Pemuda tersebut menyimpan wang sebanyak 700 dirham itu. Dia menggunakan wang itu membeli seekor kuda dan senjata. Kemudian dia menunggang kudanya dan bertolak mengikut tentera yang sudah berada dalam perjalanan menuju ke medan perang.
Pada akhir pertempuran dahsyat itu, pemuda berwajah buruk tersebut gugur syahid kerana terkena senjata musuh. Namanya harum dan langi bagaikan bertaburan bunga-bunga menyambut rohnya.

- PAHLAWAN BERWAJAH BURUK
![]() |
gambar hiasan |

- HIKMAT ZAKAT
![]() |
gambar hiasan |
SEPERTI kaca berkilau, akhirnya ia akan berubah suram kerana dilitupi dengan debu. Begitu juga dengan batin manusia. Lama-kelamaan, ia akan menjadi hitam walaupun ketika dilahirkan begitu putih tanpa bernoda. Lantaran kehidupan dengan segala rangsangan, kadang kala disarati oleh gejolak nafsu yang sentiasa menghambakan kepada ajakan Iblis.
Salat lima waktu adalah cara yang paling mudah untuk menyucikan jiwa. Ibadat lainnya termasuklah yang sunat-sunat merupakan jalan menuju kepada keredaan Tuhan agar bila tiba masanya, manusia dapat kembali kepada Allah dengan tenang.
Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, "Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan mudah. Semoga kamu diredai-Nya. Jadilah hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
Islam telah mewajibkan kita mengeluarkan zakat bagi membersihkan rezaki yang dicari daripada unsur-unsur haram dan syubhat. Oleh itu, harta kita akan terpelihara daripada pelbagai fitnah. Secara tidak langsung, zakat juga dapat menyelamatkan kita daripada lembah kehinaan duniawi dan akhrawi.
Ini disebabkan daripada rezeki yang kita cari itu, terdapat bahagian kaum fukara iaitu kaum miskin dan lemah. Membayar zakat bererti melunas hutang kepada mereka. Meninggalkan zakat pula sama seperti merampas hak mereka. Ganjarannya hanya satu, seksa dunia dan seksa neraka.
Kehidupan Tsa'labah amat miskin. Sekiranya salat berjemaah, dia selalu pulang terburu-buru kerana kainnya cuma satu. Dia terpaksa memakai kain itu secara bergilir dengan isterinya.
Pada suatu hari, dia telah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
"Ya Rasulullah. Tunjukkanlah kepada saya jalan untuk menjadi kaya," katanya dengan sedih.
"Tsa'labah, terimalah dengan tawakal rezeki yang ada. Nikmatilah dengan rasa syukur. Pasti Allah akan membalasmu."
Tetapi Tsa'labah masih berkeras ingin menjadi hartawan. Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. pun memberikannya sepasang kibas.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T., ternakannya itu membiak dengan cepat. Dalam masa beberapa bulan saja, ternakannya telah bertambah sehingga jumlahnya beratus-ratus ekor. Kebun kurmanya juga luas dan subur.
Ini menyebabkan Tsa'labah tidak sempat mengerjakan salat berjemaah. Dia begitu sibuk menguruskan kekayaannya sehingga terpaksa salat di kebun atau di padang. Isterinya juga sibuk membantu.
Tetapi jumlah ternakan dan hasil kebunnya itu bertambah banyak. Akhirnya dia tidak ada masa langsung untuk mengerjakan ibadat lagi.
Tsa'labah terkenal sebagai seorang hartawan yang kaya raya. Pada suatu hari, kewajipan mengeluarkan zakat telah diwahyukan oleh Allah S.W.T.
"Ali, Tsa'labah sudah mencapai martabat hartawan yang wajib mengeluarkan zakat. Tuntutlah kepadanya," kata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ali bin Abu Talib.
Tsa'labah menyambut kedatangan Ali bin Abu Talib dengan wajah yang masam. Wajahnya semakin masam sebaik saja Ali menjelaskan maksud kedatangannya.
"Rasulullah mengatakan kamu harus mengeluarkan zakat untuk sebahagian daripada kekayaanmu untuk fakir miskin," kata Ali.
"Buat apa? Zakat untuk fakir miskin?" tanya Tsa'labah sambil memetik jarinya.
"Maaf saudara. Orang-orang miskin itu semuanya adalah orang-orang malas. Aku sendiri sekiranya duduk saja, pasti tidak akan mengumpul kekayaan sebanyak ini."
"Tetapi rukun Islam telah menetapkan semua orang yang mampu diwajibkan mengeluarkan zakat hanya sebahagian kecil saja!" sanggah Ali.
"Tsa'labah bertambah marah. "Apakah aku yang harus memberi makan kepada mereka? Adakah Allah sendiri tidak sudi memberikan rezeki kepada orang-irang itu? Saya tidak mahu membayar zakat!" katanya.
Nabi Muhammad s.a.w. berasa sedih memikirkan tentang Tsa'labah. Baginda bimbang sekiranya Tsa'labah dilaknat oleh Allah kerana keengganannya membayar zakat.
Baginda telah menyuruh Ali meminta zakat kepada Tsa'labah sehingga tiga kali. Tetapi Tsa'labah masih juga engkar dengan perintah Tuhan itu.
Nabi Muhammad s.a.w. hanya menggumam. "Hartanya tidak akan menyelamatkan dirinya."
Ternyata ramalan Nabi Muhammad s.a.w. itu benar. Tiba-tiba wabak menyerang ternakan Tsa'labah. Hama telah mengeringkan tanam-tanamannya.
Sebelum musnah seluruhnya, Tsa'labah telah mendatangi Nabi Muhammad s.a.w. Tujuannya ialah untuk membayar zakat. Tetapi baginda menolak.
Kemudian Tsa'labah berjumpa dengan Abu Bakar untuk tujuan yang serupa. Tetapi Abu Bakar tidak boleh berbuat apa-apa.
"Maaf. Aku tidak akan menerima yang telah ditolak oleh Rasulullah," jawab Abu Bakar.
Akhirnya hancurlah kehidupan Tsa'labah. Kekayaannya musnah. Nasibnya juga malang. Dosanya pula menggunung.
Oleh itu, mengapakah masih ada yang rela menjadi Tsa'labah pada kurun ini? Padahal masih ada yang memerlukan sedekah dan zakat. Tidakkah tergerak hati untuk kita menunaikankewajipan agama demi kepentingan kemanusiaan dan keuntungan bersama? Dengan mengeluarkan zakat, para hartawan tidak akan jatuh miskin.
Dengarkanlah wahai hati yang bening. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, "Kukuhnya dunia ini kerana empat perkara. Dengan ilmu para ulama, dengan derma orang-orang kaya, dengan doa-doa fakir miskin dan dengan keadilan para penguasa."
Alhamdulillah.
Disusun : AZIZAH SHARIFF
Tajuk buku : PAHLAWAN BERWAJAH BURUK
Siri : Siri Riwayat Islam
Tahun Cetakan : 1994
Publisher : PENERBITAN AL-RAMADHAN
Dicetak oleh : ATLAS PACKAGING & PRINTING SDN BHD
Bilangan muka surat : 24
ISBN : 983-9793-71-3
Comments
Post a Comment